Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

revenue for the Govt.

Expand Messages
  • mylias
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/1/nation/5020205&sec=nation -- VOTE THEM OUT!
    Message 1 of 2 , Nov 1, 2009
    • 0 Attachment
    • Suffian Abdul Majid
      Tax? Revenue? Bila agaknya kerajaan nak impose Cukai Kepala ? Lagi bagus. Pandangan peribadi saya. Ramai tak menyedari bahawa hasil gaji/pendapatan mereka,
      Message 2 of 2 , Nov 1, 2009
      • 0 Attachment
        Tax? Revenue? Bila agaknya kerajaan nak impose "Cukai Kepala"? Lagi bagus.

        Pandangan peribadi saya.

        Ramai tak menyedari bahawa hasil gaji/pendapatan mereka, hampir kesemuanya yang dibelanjakan kecuali sedekah anak yatim dan fakir miskin ada percent yang dikenakan cukai selain dari "Cukai Pendapatan" yang dibayar tiap2 tahun.

        Cuba bayangkan beli kereta, Camry contohnya. Pernah diberitahu, harga sebenar ialah RM64,000.00 sahaja, campur cukai import, duty eksais import, Kastam, cukai pelabuhan, gedebak gedebuk jadi RM150,000.00. Kita pula beli kereta ini dan buat pinjaman 90%(RM135,000) 7 tahun dan bayar bulanan lebih kurang RM1300.00 sebulan. Campur lagi faedah bank 3.5%. Siapa yang bayar cukai? Pembeli kan?

        Beban cukai diletakkan ditangan pengguna. Kenaikan harga barang keperluan agak ketara sekarang. Amat susah kita nak cari pendapatan RM100 sehari tapi amat senang kita untuk belanja lebih dari RM100 dalam satu jam. Tak percaya, tolak satu troli di pasaraya Giant dan beli barang keperluan. Average kita belanja RM250 -RM300. Pendapatan bersih kita cuma RM3,000 sebulan(eksekutif cabuk kerja swasta) Kita dah belanja 10% dari pendapatan kita. Dalam RM300 yang dibelanja itu, ada barangnya yang agak melampau mahal sebab cukai import atau cukai2 lain yang dikenakan oleh kerajaan kepada pengimpot dan pembuat barangan itu sendiri. Semua ditanggung oleh pengguna.

        Pengalaman saya pernah bekerja dipelabuhan, berbagai jenis cukai yang dikenakan kerajaan sebelum barangan itu masuk ke dalam pasaran. Secara otomatik, pengguna menjadi mangsa kerana pengimpot/peniaga tidak mahu menanggung cukai melampau dan memastikan adanya keuntungan dan melipat gandakan keuntungan syarikat mereka.

        Sama juga dengan barangan2 yang lain yang diiimpot dari luar negeri dan buatan Malaysia sendiri!, bermula dari ubat gigi, barangan makanan, kedai makan, perkhidmatan, mana2 surat agreement cth beli rumah(Duti Setem/setem hasil), dsb hingga ke sebatang pensel atau pen yang kita guna sekarang. Semua ada percentage pencukaian didalamnya. Sesiapa yang pernah bekerja menentukan harga jual sesuatu barangan/perkhidmatan mesti mengambil kira semua faktor ini. Any Actuarist in the group?

        So, kita jangan sangat rasa berpuas hati setelah membayar cukai pendapatan, harta, tiap2 hujung tahun, sebab kita akan menggunakan wang kita sendiri untuk membayar cukai kerajaan seterusnya secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita dan selamanya. Adil ke ini?

        p/s Zakat is the best. Tapi org dlm zakat sendiri pun agak boleh korup bila duit dah terlalu banyak. hehehehe.

        --- On Sun, 1/11/09, mylias <mylias@...> wrote:

        From: mylias <mylias@...>
        Subject: [wangsamaju] revenue for the Govt.
        To: "xpert" <xpert@yahoogroups.com>, wangsamaju@yahoogroups.com
        Date: Sunday, 1 November, 2009, 10:00 PM




        http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/1/nation/5020205&sec=nation

        --
        VOTE THEM OUT!




        New Email names for you!
        Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
        Hurry before someone else does!
      Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.