Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

FW: Bakal / bakul / bolong PM ......

Expand Messages
  • Salmah Ahmad
    http://malaysia-today.net/blog2006/ShamRais.php?itemid=6059#c Ciss ! Derhaka kau Si Burmaa ... Saya cukup marah apabila mendengar desas-desus melalui sistem
    Message 1 of 1 , Jul 3 4:44 AM
    • 0 Attachment
      http://malaysia-today.net/blog2006/ShamRais.php?itemid=6059#c

      Ciss ! Derhaka kau Si Burmaa
      --- Written by: Hishamuddin Rais


      Saya cukup marah apabila mendengar desas-desus melalui
      sistem pesanan ringkas bahawa bakal perdana menteri
      saya telah dikaitkan dengan....sapa namanya....daging
      se ketul? Nak sebut pun susah. Apa punya tuuur!

      Saya juga naik angin bila melihat akhbar petang Guang
      Ming Daily membuat laporan penuh di muka hadapan
      akhbar tersebut tentang cerita bakal perdana menteri
      yang baru disebut di mahkamah. Tidak cukup dengan
      laporan berita ada pula gambar si Minah itu bergaya di
      Paris. Dari mana gambar ini dikaut oleh Guang Ming
      wallahu a’lam bisawab.

      Saya dengar petang itu Guang Ming jual laris –
      entah-entah ada ulang cetak. Saya hanya dapat beli
      naskhah terakhir di Jalan Petaling. Ramai member yang
      gigit jari terutama teringin melihat gambar Minah ini
      berlagak di kota Paris. Belek punya belek gambar Minah
      ini ok juga, boleh ‘stim’. Boleh buat teman ‘pa chu
      ching’. Tetapi, itu cerita lain. Yang saya nak tulis
      ini ialah perangai akhbar Cina yang tidak tahu hendak
      menyurukkan berita. Nasib baik orang Melayu tidak
      pandai Mandrin, kalau tidak malu besar bakal PM saya
      ini.

      Perangai akhbar Inggeris pun sama. Macam ada agenda
      tersuruk lagi terpendam dengan niat busuk lagi masam
      untuk memburuk-burukkan bakal PM saya ini. Kerana itu
      kita rakyat Malaysia patut tabik hormat dengan Utusan
      Malaysia. Inilah satu-satunya akhbar yang TIDAK
      membuat berita laporan mahkamah tentang bakal PM saya
      yang telah dilihat makan bersama....sapa namanya....di
      Paris. Inilah contoh akhbar yang menyahut seruan
      glokal – goreng dan dangkal.

      Kita juga patut tabik hormat kepada semua stesen TV
      tempatan. Stesen-stesen ini cukup bertanggungjawab
      kerana tidak menunjukkan ‘kemaluan’ negara kita ke
      muka dunia. Stesen TV luar negara sedikit habuk pun
      tidak boleh dipakai. CNN, BBC ini semua stesen
      orientalis – yang anti Islam, anti bumiputera, anti
      Melayu dan tidak menggunakan Bahasa Malaysia.
      Contohnya, Stesen Star TV entah betul entah tidak,
      stesen ini telah membuat laporan mengkaitkan nama
      bakal PM saya dengan sapa namanya? Gambar bakal PM
      saya juga ada ditayangkan. Apa punya tuuur stesen ini.

      Laman-laman web? Ini semua laman fitnah dan tohmah.
      Tulisan-tulisan dari laman web tidak boleh dipercayai
      langsung. Laporan nombor ekor dan keputusan gol bola
      sepak pun tidak boleh dipercayai kalau diambil dari
      laman web. Semuanya bohong. Laman-laman web ini banyak
      yang dikendalikan oleh Mak-mak Janda yang tidak ada
      kerja. Itu sebab kita jangan membaca laman web.

      Laman-laman web ini bukan sahaja melaporkan tentang
      bakal PM saya yang makan malam dengan....sapa
      namanya....tetapi mereka goreng dan kaitkan pula
      dengan kapal selam. Saya tidak faham bagaimana satu
      ‘private dinner’ boleh ada sangkut-paut dengan kapal
      selam. Selalunya lepas dinner orang tidak pergi naik
      kapal selam. Lepas dinner biasanya orang akan berehat
      menghenjut tilam.

      Laman-laman web ini semakin naik tocang apabila mereka
      mendengar sidang akhbar Pak Syeikh yang bukan sahaja
      menyebut… sapa namanya … tetapi Pak Syeikh juga ada
      menyebut Scorpene. Ini bukan nama rock band tetapi
      satu jenis kapal selam yang telah dibeli oleh kerajaan
      Malaysia dari Perancis. Jual beli ini telah dijalankan
      oleh syarikat Perimekar Sdn. Berhad yang telah
      mendapat komisen sebanyak RM 530 juta.

      Laman-laman web menuduh bahawa duit komisen inilah
      yang menjadi rebutan sehingga....sapa
      namanya....menjadi daging seketul. Macam mana putar
      alam, duit komisen ini tersangkut dengan nama bakal PM
      saya ini, cukup menghairankan. Saya hanya dapat
      berkata: wallahu a’lam bisawab hanya laman web sahaja
      yang mengetahui.

      Saya sebenarnya amat tidak puashati dengan saksi yang
      bernama Burmaa Oyunchimeg. Hendak sebut nama pun bukan
      main susah. Apa punya ayah yang memberi nama yang
      susah hendak disebut. Sudahlah susah, nama ini panjang
      pula. Bayangkan kalau kerajaan Melaka memberi dia
      darjah kebesaran Datuk Seri Utama, berapa panjang nama
      ini nanti. Betapa susah hendak mengisi butiran nama
      dalam pasport. Kenapa tidak beri nama seperti Ziana
      sahaja. Nama Ziana lebih senang disebut, hanya dengan
      dua suku kata. Apa punya tuuur orang Mongol ini.

      Saya naik bengang juga apabila melihat gambar si
      Burmaa ini di akhbar. Saya naik marah kerana dia cuba
      berlagak macam Yoko Ono. Apa dia ingat dia pop star
      ke? Pakai cermin mata macam Yoko Ono. Yoko Ono insan
      spesial, dia avant garde artist. Suaminya John Lennon.
      Kamu siapa, kamu hanya sepupu kepada....sapa namanya?
      Janganlah cuba hendak menayangkan cermin mata hitam
      itu. Itu perangai Abang Zak.

      Si Burmaa ini menuduh bakal PM saya pernah berjumpa
      dengan....sapa namanya....di Paris. Ini satu tuduhan
      yang bukan kecil anak. Ini membawa implikasi besar.
      Apakah si Burmaa ini tidak melanggan Utusan Malaysia?
      Apa si Burmaa ini tidak membaca bagaimana bakal PM
      saya telah bersumpah dengan nama Allah ketika pilihan
      raya kecil di Ijok dahulu. Bakal PM saya TIDAK kenal
      dengan....sapa namanya?

      Ini bukan sumpah sumpit lada api – mak kau buncit
      dibahan Benggali. Ini sumpah di atas nama Allah. Bukan
      di atas nama al-Latt atau al-Uzza. Kenapa si Burmaa
      ini membuat fitnah? Tidakkah si Minah yang pakai
      cermin mata hitam ini sedar bahawa bakal PM saya ini
      TIDAK pernah berbohong. Bohong itu bukan nama
      keluarganya.

      Satu perkara yang ingin saya timbulkan di sini ialah
      tentang hal makan malam dengan....sapa namanya? Di
      restoran mana mereka makan. Apakah mereka makan di
      Chez Quick atau di Chez Maxim. Ini penting untuk
      diketahui oleh rakyat Malaysia. Dalam kota Paris ada
      beribu tempat makan. Kalau makan malam itu hanya di
      Chez Quick maka malulah kita rakyat Malaysia kerana
      bakal PM kita ini cekai.

      Kalau di Chez Maxim pasti ada kelas. Tetapi persoalan
      akan timbul terutama dari Mufti Perak, beliau akan
      bertanya apakah restoran ini telah mendapat kelulusan
      logo halal dari JAKIM. Atau apakah gelas, cawan dan
      pinggan mangkuk itu telah disamak dengan air lumpur.
      Ini soal akidah. Kerana ini saya cukup marah terhadap
      si Burmaa ini. Dia tidak memiliki sensitiviti
      kemelayuan dan kebumiputeraan. Si Burmaa ini hanya
      main tuduh dan fitnah sembrono. Kenyataan di mahkamah
      ini membawa implikasi yang boleh menggugat akidah
      umat.

      Saya cukup lega apabila setiausaha akhbar bakal PM
      saya mengeluarkan kenyataan. Kenyataan ini ringkas dan
      tepat. Bakal PM saya TIDAK kenal dengan.....sapa
      namanya? Saya memang merasa lega tetapi saya rasa ini
      tidak mencukupi. Ini kerana pada satu ketika dahulu
      Firaun juga pernah berkata bahawa dia tidak kenal
      dengan Lorraine Osman – ketua geng songlap duit BBMF –
      tetiba Rocket akhbar DAP mengeluarkan gambar Firaun
      makan semeja dengan Lorraine Osman. Terberak-berak
      Firaun, hampir tercampak tupee isterinya.

      Saya telah difahamkan dari desas-desus perawi yang
      tidak sahih gambar makan semeja ini wujud. Gambar ini
      hanya menunggu masa hendak di keluarkan. Jadi untuk
      menangkis tohmah dan fitnah ini – mengikut ajaran Sun
      Tzu The Art of War – lebih baik setiausaha akhbar
      bakal PM menyerang terlebih dahulu. Nyatakan bahawa
      jika gambar ini wujud itu adalah hasil dari teknologi
      photoshop. Khalas.

      Seharusnya bakal PM saya mengambil tindakan
      undang-undang dan menyaman si Burmaa ini. Bukan sahaja
      si Burmaa yang perlu dibawa ke mahkamah, akhbar Guang
      Ming, Pak Syeikh Anwar Ibrahim, laman-laman web Mak
      Janda dan sesiapa sahaja yang berani menyebut....sapa
      namanya....perlu disaman. Heret mereka semua ke
      mahkamah. Jika tidak disaman maka benar dan sahihlah
      cerita-cerita dongeng yang mengatakan bahawa duit
      komisen pembelian kapal selam inilah yang menjadi
      punca sapa namanya... menjadi daging seketul.

      Berselindung di belakang ‘sub judice’ adalah tindakan
      lekeh. Permata apa ke jadahnya makna ‘sub judice’ ini.
      Kedua, emak saudara Mawi dari Felda Taib Andak tidak
      faham akan makna perkataan ini. Ini perkataan Latin
      bukan bahasa orang Pekan atau Minah Kerinchi. Malah
      pembaca laman web pun kelam kabut mencari kamus untuk
      memahami perkataan ini. Apa punya tuur sub judice ini.

      Saya ada satu lagi cadangan untuk menyelamatkan
      keadaan agar nama bakal PM saya akan terus mengglokal.
      Kita semua tahu bahawa si Burmaa inilah yang telah
      menjadi saksi penting di Mahkamah. Dia telah melihat
      gambar bakal PM saya sedang duduk semeja
      dengan....sapa namanya? Saksi ini berbahaya. Lebih
      baik kita lupuskan sahaja dia, seperti kita lupuskan
      nama....sapa namanya dari sistem imigresen kita
      dahulu. Semua ini bisa diatur.

      Jika semua ini tidak dilakukan saya hanya sempat
      menyumpah tanpa menghunus keris – Ciss! Derhaka kau si
      Burmaa, berani membuat fitnah terhadap bakal PM
      beta....maaf....bakal PM saya....maaf bakal PM
      Malaysia.








      ____________________________________________________________________________________
      Choose the right car based on your needs. Check out Yahoo! Autos new Car Finder tool.
      http://autos.yahoo.com/carfinder/
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.