Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Pecat Mufti - Dollah jahat seperti Mahathir

Expand Messages
  • Salmah Ahmad
    Dulu Mahathir pecat Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom guna MB Selangor. Kini Mufti Perak, Datuk Harusani pula mahu dipecat guna usul Parti Gerakan. Dollah
    Message 1 of 1 , Apr 6 6:42 AM
      Dulu Mahathir pecat Mufti Selangor, Datuk Ishak
      Baharom guna MB Selangor.
      Kini Mufti Perak, Datuk Harusani pula mahu dipecat
      guna usul Parti Gerakan.
      Dollah Had-ada-hari dan Mahathir sama-sama Munafik !

      http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=3660


      Demonstrasi: Gerakan diberi tempoh seminggu

      KUALA LUMPUR, 6 April - Amarah umat Islam sampai
      kemuncaknya apabila PAS Wilayah Persekutuan
      bersama-sama orang ramai berkumpul membantah usul
      Gerakan memecat Mufti Perak dan menggesa supaya usul
      tersebut ditarik balik dalam tempoh seminggu dan
      disertai permohonan maaf secara terbuka.

      Kemarahan dan luahan bantahan itu disuarakan sewaktu
      perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat
      sebentar tadi bertempat di pekarangan Masjid Kampung
      Baru yang menghimpun ratusan umat Islam dan adalah
      lanjutan daripada penyerahan memo bantahan yang
      diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah
      Persekutuan pagi tadi di Pejabat Parti Gerakan dekat
      sini.

      Harakahdaily difahamkan bertempat di pekarangan masjid
      negeri Perak di Ipoh juga diadakan perhimpunan aman
      bagi tujuan yang sama.

      Turut hadir sama dalam perhimpunan aman tersebut ialah
      Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad;
      Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan, Mohammad Nor Mohd;
      Exco Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor; Ketua Pemuda PAS
      Wilayah dan wakil Pemuda Selangor serta Wakil Gabungan
      Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis).

      Sepanduk 'Gerakan mohon maaf segera' diangkat, beserta
      laungan 'Hidup Islam' dan 'Hancur Kuffar' adalah
      antara isyarat jelas, rasa tidak puasa hati umat Islam
      terhadap insiden yang berlaku yang bakal menggugat
      keharmonian kaum.

      'Presiden Gerakan biadap'

      Exco Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor yang berucap sewaktu
      perhimpunan tersebut memberi amaran kepada mana-mana
      pihak khususnya Gerakan supaya jangan bersikap biadap
      dalam mencampuri supaya urusan adat istiadat orang
      Melayu dan hal ehwal urusan agama Islam yang telah
      dijamin haknya dalam perlembagaan negara.

      "Presidennya yang secara biadap juga pernah
      mencadangkan supaya pelajaran agama Islam dihapuskan
      di sekolah-sekolah dan sekali lagi Gerakan cuba
      bermain api dan ini tidak boleh dibiarkan oleh umat
      Islam," ucapnya tegas.

      Dalam masa yang sama Mohammad Nor yang turut berucap
      menyoal sewaktu ucapannya sama ada umat Islam atau
      mana-mana organisasi, pertubuhan atau persatuan Islam
      pernah campur tangah dalam urusan hal ehwal agama
      Buddha, Kristian dan Hindu.

      "Pernah kita minta sami-sami atau paderi dipecat?"
      soalnya dan serentak dijawab orang ramai 'tidak' dan
      mempersoalkan tindakan biadap secara biadap Gerakan
      tersebut.

      Wakil Gamis yang turut berucap menyatakan bahawa
      mahasiswa akan bersama-sama mempertahankan hak-hak
      agama Islam dan instiutusi mufti supaya ianya tidak
      berulang lagi sejarah lama apabila tokoh-tokoh agama
      pernah disekat dan dihalang dalam menyampaikan
      kebenaran seperti Dato' Haron Din dan juga bekas Mufti
      Selangor, Dato' Ishak Baharom.

      Selain itu , wakil Pemuda PAS Selangor turut
      menyoalkan peranan Umno yang selama ini mendakwa
      membela agama Islam namun dalam isu ini berdiam diri
      sahaja dan turut melaungkan reaksi spontan agar umat
      Islam 'bermandi darah' demi mempertahankan kedaulatan
      agama Islam.

      Sungguhpun perhimpunan ini berjalan secara aman namun
      ia tidak terlepas daripada pantauan lima anggota polis
      berpakaian seragam yang berada di luar kawasan masjid
      tersebut.

      Rentetan Memo 9 menteri dan roadshow kumpulan Artikel
      11

      Sementara itu, Ustaz Idris dalam keadaan sebak
      memanjatkan doa sebelum menutup acara perhimpunan aman
      tersebut dan pihak penganjur bergerak menuju ke Balai
      Polis Campbell untuk membuat laporan polis terhadap
      parti Gerakan berkaitan isu yang sama.

      "Perkara ini berlaku disebabkan perlembagaan yang
      longgar, kegagalan Perdana Menteri untuk petahankan
      kedaulatan Islam sebagai agama rasmi," kata Ustaz
      Idris ketika ditemui selepas perhimpunan tersebut.

      "Ianya rentetan daripada sembilan orang Menteri yang
      menghantar memorandum berhubung kes perlembagaan
      121(1A)dan mereka sepatutnya sudah dipecat daripada
      kabinet," katanya lagi.

      Katanya ini juga atas lanjutan golongan Artikel 11 yag
      mengadakan roadshow dan kutipan di seluruh negara,
      yang mendapat 30 ribu tandatangan dan ini katanya
      telah tidak ditangani sebaiknya oleh Kerajaan Barisan
      Nasional pimpinan Abdullah.

      "Gerakan melampaui batasan kerana telah melanggar
      kontrak sosial antara kita dengan mereka sejak 50
      tahun merdeka yang disepakati bersama tanpa menyentuh
      hak-hak umat Islam dan orang melayu," katanya lagi.

      Gerakan sengaja main sentimen api perkauman

      Ketika ditanya wartawan berhubung laungan provokasi
      'bermandi darah', beliau menjelaskan PAS dan umat
      Islam tidak mahu ianya berlaku sehingga ke tahap
      tersebut dan minta penyelesaian secara aman serta
      jangan ulangi sikap 'menyentuh' atau mencabar agama
      lain.

      Ustaz Idris juga menjawab apabla diajukan soalan
      bahawa adakah Gerakan benar-benar faham atas isu yang
      berlaku dan tahu implikasi mempersoalkan urusan agama
      Islam?

      "Gerakan faham...parti ini terdiri daripada orang yang
      berpendidikan dan profesional. Jadi sentimen ini
      sengaja diadakan untuk melihat kelemahan di bawah
      kepimpinan Abdullah dan ini seperti 'test market'
      mereka dengan pelbagai tuntutan," katanya lagi dan
      turut menambah sekiranya permohonan maaf tidak dibuat,
      tindakan susulan akan dibuat oleh PAS bersama-sama
      rakyat yang beragama Islam demi mempertahankan maruah
      agama daripada dicabuli di kemudian hari. - mks.






      ____________________________________________________________________________________
      We won't tell. Get more on shows you hate to love
      (and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list.
      http://tv.yahoo.com/collections/265
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.