Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
  • Back
  • About Group

  • Join Group

In last 7 days

No Activity

Group Description

Assalamualaikum waroh matullahiwabarokatuh ..

Salam Netters

Selamat datang ke timang1005. Egroups ini merupakan satu e-komuniti untuk kaum hawa berkumpul membincangkan permasalahan tentang kewanitaan khususnya kesuburan mereka dan lain-lain.

Konsultan tetap kita merupakan Dato' Dr. Hamid Arshat selaku pengasas timang1005. Saya, Kak Nini merupakan moderator komuniti cyber ini.

Topik yang dibincangkan adalah

1. Masalah kesuburan
2. Masalah kehamilan
3. Masalah rumahtangga
4. Masalah anak-anak
5. Strategi menangani masalah yang dikemukakan

Objektif timang ialah untuk membina keluarga bahagia selaras dengan seruan Al-Quran untuk melahirkan zuriattun toiyiban... zuriat yang cemerlang. Ia juga bertujuan mendidik wanita menangani masalah-masalah kehidupan harian mereka berpandukan pendekatan berhemah, rasional, berilmiah dan jua berasakan teknologi moden.

Harapan Dato' Dr. Hamid Arshat adalah untuk melahirkan generasi melayu yang berdaya saing, gilang gemilang, berdikari dan maju dan paling penting sekali beriman kepada Allah s.w.t.

Oleh itu wahai members.... marilah kita merealisasikan impian ini dengan berkongsi cerita suka dan duka bersama komuniti timang yang bersifat tolong-menolong, kasihan mengasihani dan supportive. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul!!!! :).


Sekian, wassalam.
Kak Nini

Note:- nasihat yang diberi berpandukan pendapat yang diketahui penulis. Adalah dinasihatkan merujuk kepada pakar kalau ada kemusykilan lagi. Penulis serta Dato' Dr. Hamid Arshat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pengiklanan yang dijalankan secara persendirian oleh individu-individu di sini..dan segala promosi kecuali yang disebut adalah atas hakmilik individu tersebut dan bukannya persendirian.

Group Information

  • 3126
  • Reproductive
  • May 18, 2004
  • English

Group Settings

  • This is a public group.
  • Attachments are permitted.
  • Members cannot hide email address.
  • Listed in Yahoo Groups directory.
  • Membership does not require approval.
  • Messages require approval.
  • All members can post messages.

Message History