Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Re: [tamanflora] Mencari benih epal

Expand Messages
  • Mohd Yusri Mohdyusri
    assalam,   kak Sara ________________________________ From: Sara Bt Saad To: tamanflora@yahoogroups.com Sent:
    Message 1 of 30 , Jun 26, 2013
    • 0 Attachment
      assalam,

        kak Sara

      From: Sara Bt Saad <sara@...>
      To: "tamanflora@yahoogroups.com" <tamanflora@yahoogroups.com>
      Sent: Saturday, March 23, 2013 9:03 AM
      Subject: RE: [tamanflora] Mencari benih epal

      Mang,

      Belum ada benih la, sebab k.Sara tengah nak membiakkan abiu menjadi ladang.  Abiu cuma dua tahun untuk berbuah...tu yang best tu....

      Kak Sara

      "Buat Baik pada Orang, Allah buat baik pada kehidupan kita dan sebaliknya"
      ________________________________________
      From: tamanflora@yahoogroups.com [tamanflora@yahoogroups.com] On Behalf Of Azman Bin Awang @ Hamid [azmanha@...]
      Sent: Friday, March 22, 2013 12:16 PM
      To: tamanflora@yahoogroups.com
      Subject: RE: [tamanflora] Mencari benih epal

      k.sara
      ada anak pok lebih x?
      nak pinjam bole? hehe

      -----Original Message-----
      From: tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com> [mailto:tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com>] On Behalf Of Sara Bt Saad
      Sent: Thursday, March 21, 2013 7:47 PM
      To: tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com>
      Subject: RE: [tamanflora] Mencari benih epal

      Kak Sara dah give up dgn pokok epal. Sekarang concentrate dgn abiu ja yang growing extremely well di tanah kak Sara. Berbuah sepanjang tahun . Penjagaan amat amat senang, tak perlu baja n air, just biar saja pun boleh hidup. Tapi k. Sara tak buatgitu la, sebab sayang, so jaga betul, boh baja n water selalu. Tapi kalau kawasan tanah ada banjir, jgn tanam abiu ni. Ish banak lagi nak tulis pasal pokok2 ni.....best woooo

      Kak Sara

      "Buat Baik pada Orang, Allah buat baik pada kehidupan kita dan sebaliknya"
      ________________________________________
      From: tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com> [tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com>] On Behalf Of Azman Bin Awang @ Hamid [azmanha@...<mailto:azmanha%40jaring.my>]
      Sent: Thursday, March 21, 2013 12:06 PM
      To: tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com>
      Subject: RE: [tamanflora] Mencari benih epal

      ada.
      hari sabtu, gi tempat parking pintu masuk gerbang MAHA serdang tapi harga nya buleh merabakkan poket jugak laa hehee

      From: tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com> [mailto:tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com>] On Behalf Of Azman
      Sent: Thursday, March 21, 2013 11:49 AM
      To: tamanflora@yahoogroups.com<mailto:tamanflora%40yahoogroups.com>
      Subject: [tamanflora] Mencari benih epal

      salam semua,

      sunyi betul taman kita ni :)

      apa2 pun sy nak tanya kat penunggu yg masih setia disini. seminggu dua ni gatal betul tangan sy ni. ingat nak cuba tanam epal la pulak. nak ikut jejak langkah tok penghulu. cuma tak tau mana nak dapat benih yg sesuai. nak pergi cameron jauh sangat. kalau ada sesiapa boleh tolong minta beritahu ye.

      insyallah petang ni balik KL, lepas tu ke Perak jap sehari dua. jadi kalau ada di kawasan berhampiran boleh le saya selitkan masa yg ada tu.

      lagi satu nak tanya pendapat kawan2 semua. setuju ke kalau kita buka forum khas utk tamanflora. yahoogroup rasanya org yg kurang mahir berat nak masuk. jadi kalau ada forum senang sikit nak dapat ahli2 baru. domain dan hosting isnyallah sy support. cuma tok penghulu dan penolong tok penghulu kita kekalkan. sy support dari segi teknikal shj.

      tp, kak sara amacam, ada berani??

      azman

      ________________________________
      DISCLAIMER : This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system administrator. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited. Please note that any views or opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the company. The recipient should check this email and any attachments for the presence of viruses. The company accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email.

      Disclaimer:
      This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Universiti Utara Malaysia (UUM) immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of UUM and/or its group of companies shall be understood as neither given nor endorsed by UUM and UUM accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.

      ------------------------------------

      Yahoo! Groups Links

      <*> To visit your group on the web, go to:
          http://groups.yahoo.com/group/tamanflora/

      <*> Your email settings:
          Individual Email | Traditional

      <*> To change settings online go to:
          http://groups.yahoo.com/group/tamanflora/join
          (Yahoo! ID required)

      <*> To change settings via email:
          tamanflora-digest@yahoogroups.com
          tamanflora-fullfeatured@yahoogroups.com

      <*> To unsubscribe from this group, send an email to:
          tamanflora-unsubscribe@yahoogroups.com

      <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
          http://docs.yahoo.com/info/terms/

    • Azman Bin Awang @ Hamid
      Koleksi 99 spesies buah di FRIM [cid:image001.jpg@01CE9750.130F7100] Pokok cempedak (kiri) dan cermai belanda (kanan) adalah salah satu daripada lebih 100
      Message 2 of 30 , Aug 11, 2013
      • 0 Attachment

        Koleksi 99 spesies buah di FRIM

        http://www.utusan.com.my/pix/2013/0729/Utusan_Malaysia/Sains_&_Teknologi/st_03.1.jpg

        Pokok cempedak (kiri) dan cermai belanda (kanan) adalah salah satu daripada lebih 100 spesies pokok buah-buahan tempatan yang hidup di FRIM.

        Othaman Hasin, 58, dan Zawiah Ngah, 43, ( menghabiskan sebahagian besar daripada masa kerja mereka dengan pokok dan tanaman.

        Selama lebih 30 tahun, Othaman bekerja sebagai pembantu am tapak semaian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong dan semasa menemani ahli botani dalam dan luar negara menjalankan kerja lapangan beliau telah banyak menimba ilmu.

        Zawiah pula, seorang pembantu penyelidik bahagian hutan ladang FRIM yang telah banyak membantu pegawai penyelidik sekali gus mengumpul pelbagai pengalaman dan pengetahuan berharga sejak menceburi bidang pertanian seawal usia 20 tahun.

        Apa pun, alam semula jadi telah lama menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan, sumber makanan dan kesihatan, malahan hingga kini masih terdapat beberapa kaedah kesihatan tradisional yang terus diamalkan.

        "Kami masih menggunakan bedak pupur pucuk jambu batu dengan beras goreng yang ditumbuk halus untuk kesihatan kulit, selain minum air rebusan daun jambu untuk merawat cirit birit dan mengawal sakit perut," kata Zawiah.

        Dia turut bercerita bahawa pada masa dahulu, sumber makanan mereka termasuk kulit pokok sentul, kulit rambai serta gajus yang boleh dimasak sebagai lauk, selain tampoi, asam paya, buah salam dan kamunting yang juga enak dimasak.

        "Apabila tiba musim pokok asam gelugur berbunga, kami sering mengutip kudup bunga dan pucuknya yang mempunyai rasa masam-masam kelat tetapi amat enak dicicah garam," tambah beliau.

        Bagaimanapun, cinta pasangan suami isteri ini terhadap pokok dan tanaman menghasilkan sebuah buku ilmu yang padat dengan gambar dan maklumat menarik bertajuk 99 Spesies Buah di FRIM.

        Berkongsi minat yang sama nyata memudahkan mereka mengumpul gambar dan maklumat mengenai pelbagai spesies pokok buah-buahan ketika berada di lapangan.

        Sementara kebanyakan rakyat Malaysia mengenali buah-buahan popular seperti durian, rambutan, ciku dan yang lain, buku bergambar ini juga menampilkan buah-buahan yang jarang orang ramai dengar.

        http://www.utusan.com.my/pix/2013/0729/Utusan_Malaysia/Sains_&_Teknologi/st_03.2.jpg

        Lebih menarik, buku ini menghuraikan khasiat bahagian tertentu pada pokok buah yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan, perubatan tradisional dan kecantikan yang telah diwarisi oleh pelbagai kaum termasuk kaum Orang Asli.

        Buku itu juga dilengkapi dengan keterangan pengenalan, taburan, sejarah nama tempat, kegunaan, pembiakan dan penanaman pokok selain huraian morfologi pokok, daun, bunga dan buah.

        Selain menyenaraikan 99 spesies buah mengikut nama famili bagi memudahkan rujukan pantas, buku itu juga dilengkapkan dengan glosari dan indeks.

        Menyentuh tentang buku bergambar ini, Othaman menjelaskan, FRIM sebenarnya mempunyai lebih daripada 100 spesies tumbuh-tumbuhan berbuah dengan pelbagai fungsi dan khasiat.

        Bagaimanapun, mereka memilih hanya 99 spesies untuk dibincangkan sempena 99 nama Allah selain buah-buahan adalah kurniaan Allah untuk umat manusia.

        Selain merupakan hasil tangan pertama pasangan itu, ia juga menandakan kali pertama FRIM menerbitkan buku mengenai kepelbagaian spesies buah yang terdapat di pusat penyelidikannya.

        ''Idea menerbitkan buku itu sebenarnya berasal dari Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd Latif Mohmod yang tidak pernah jemu berkali-kali memujuk kami melakukannya," kata Othaman.

        Nyata, penghasilan buku itu mempunyai nilai tersendiri kepada Ketua Pengarah itu yang enggan membiarkan koleksi gambar dan catatan yang dikumpulkan selama bertahun-tahun itu sekadar terperuk dalam fail dan lesap begitu sahaja.

        Apa pun, koleksi tumbuhan hidup itu adalah satu aset tidak ternilai yang wajar ditempatkan dalam koleksi peribadi mahupun perpustakaan, memandangkan generasi kini makin kehilangan ilmu pengecaman pokok apatah lagi untuk menghayati alam sebagai khazanah dan warisan semulajadi.

        Dr Abd Latif turut menjadi penyunting buku itu bersama beberapa lagi ahli botani.

        Kebanyakan gambar dalam buku itu dirakam di sekitar pusat penyelidikan FRIM, termasuk di Arboretum Buah-buahan Taman Botani Kepong (Kepong Botanical Garden) selain di stesen penyelidikan mereka yang terletak di seluruh negara.

        Mereka merakam gambar pokok, daun, bunga dan buah bagi memudahkan pembaca terutama kanak-kanak mengenalpasti dan membuat rujukan dengan lebih pantas.

        Bagi spesies pokok buah yang bermusim, penerangan musim berbunga dan berbuah turut disertakan. Bagaimanapun, kata Othaman, ada juga buah yang sukar untuk dirakamkan gambarnya seperti asam payang dan sepam memandangkan mereka bermusim panjang dari tiga hingga lima tahun.

        Menariknya, pembaca akan sedar betapa banyaknya buah-buahan tempatan seperti cerapu, rawa, redan, jentik-jentik yang mungkin tidak pernah didengari nama ataupun dilihat sebelum ini.

        Barangkali pembaca juga baru mengetahui pelbagai kegunaan lain buah tertentu, sebagai contoh, buah belinjau yang biasanya dibuat kerepek sebenarnya juga enak direbus untuk dimakan seperti kacang rebus.

        Tahukah anda buah belinjau muda berfungsi sebagai pengempuk daging jika ditambahkan dalam masakan daging manakala pucuk belinjau mempunyai rasa manis dan sedap dibuat sayur masak lemak?

        Selain mencatatkan kepelbagaian buah-buahan yang terdapat di sekitar FRIM, pasangan itu turut memantau pokok buah di sekitar Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) yang terdapat di Terengganu, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Perlis.

        Di SPF Setiu misalnya, keadaan tanah berpasir membolehkan pokok seperti gajus, belinjau, pauh, mangga dan ceri Terengganu hidup dengan subur.

        Pokok seperti durian beludu, manggis dan rambutan tumbuh dengan baik di SPF Jengka, sementara pokok berangan paling berjaya hidup di SPF Pasoh.

        Selain itu, pokok buah seperti sukun, pauh, mengkudu dan nangka banyak terdapat di SPF Bidor, manakala pokok buah-buahan masam seperti mangga, kedondong dan limau kasturi amat subur di SPF Mata Ayer Perlis.

        Apabila ke lokasi luar, mereka turut membawa pulang anak benih untuk ditanam di FRIM bagi mengekang kepupusan spesies itu.

        Othaman dan isterinya berharap agar buku itu dapat dimanfaat sebagai satu rujukan warisan semulajadi yang kekal subur untuk generasi akan datang.

        "Jika diizinkan, kami berharap agar ia dapat diterjemahkan ke Bahasa Inggeris supaya lebih ramai pembaca dari dalam dan luar negara dapat manfaat, kami juga sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah lagi buku iaitu jilid kedua dengan topik yang serupa," jelasnya.

        Anak pasangan ini Nur Azirah, 13, bangga dengan nukilan ibu bapanya, bukti minat mendalam ibu bapanya terhadap tanaman dan pokok.-Bernama

        Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130729/st_03/Koleksi-99-spesies-buah-di-FRIM#ixzz2biqegFUu
        © Utusan Melayu (M) Bhd

        DISCLAIMER : This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system administrator. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited. Please note that any views or opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the company. The recipient should check this email and any attachments for the presence of viruses. The company accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email.
      Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.