Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Fw: Sabut Petola & petua petik buah kelapa

Expand Messages
  • Ummu Waheedah
     Dari blog Khazanah Alam Sabut Petola Posted: 28 Nov 2011 09:15 AM PST Sabut petola secara tradisinya diguna sebagai pencuci pinggan, berus badan dan barangan
    Message 1 of 1 , Dec 2, 2011
    • 0 Attachment

       Dari blog Khazanah Alam
       
      Posted: 28 Nov 2011 09:15 AM PST
      Sabut petola secara tradisinya diguna sebagai pencuci pinggan, berus badan dan barangan kraf. Sudah lama saya menggunanya tetapi masalahnya ianya agak sukar ditemui. Sekali sekala dijual di pasar-pasar tani secara kecil-kecilan. Harganya tak mahal sekitar RM-RM2 bergantung kepada saiznya. Kepada yg kreatif tentu sabut petola ini dapat menjadi hiasan disamping bunga-bunga kering yg lain.
      Kini tak jadi masalah. Di rumah kakak saya di Ipoh sudah pun ditaman pokok petola ini yg mana ianya jenis petola yg bulat licin kulitnya, rasanya masih rasa petola. Bezanya, petola biasa yg dijual di pasar2 bentuknya bersegi dan berwarna hijau gelap. Petola sabut ini warnanya cerah macam warna labu air.Buah mudanya boleh dibuat sayur bila dah tua renta dan dibiarkan kering, sabutnya pula yg berguna. Buah tua dan dibiarkan keperangan begini, ia sudah sesuai untuk dikutip dan di biarkan kering. Bila dibuang kulit luarnya maka dapatlah sabut yg berkerawang cantik. Ia di gunakan seperti span pencuci pinggan, malah kulitinya jauh lebih baik kerana ianya ciptaan Allah s.w.t. Ia tidak memerangkap minyak, jadi pinggan mangkuk dan periuk belanga akan lebih mudah dicuci. Cara menanam adalah dari bijinya. Ia mudah tumbuh.Selamat mencubay
      Posted: 28 Nov 2011 10:00 AM PST
      Bila pokok kelapa dah tinggi, satu masalah yg sering dihadapi ialah untuk memetik buahnya. Di tahun pertama pembuahan, buah kelapa boleh dipetik dihujung jari sahaja. Setelah empat tahun berbuah, pokoknya sudah lebih tinggi dari bumbung rumahTips yg nak saya kongsikan ialah pengunaan tali nylon sepanjang 4-5 meter. Cara pertama ialah menggunakan tali untuk menarik buah yg sudah tua dan tinggi. Belit dan ikat tali pada pangkal tandan kelapa. Untuk membelitkan tali kena guna galah panjang. Hujung tali terlebih dahulu diikat dengan kayu/ batu sederhana besarnya supaya mudah tali dijolok ketangkai kelapa. Bila sudah terbelit tarik hujung kayu supaya kita boleh pegang dua2 hujung tali. Anda seorang atau berdua boleh mula menarik tandan tadi dengan gerakan serentak.. satu, dua tiga.... yah, setandan tergolek ke bawah. Pastikan cara ini untuk ambil kelapa tua.. yg tandannya mudah tanggal dari dahan. Kaedah ini boleh dan sesuai dibuat oleh kaum wanita secara berkumpulan, satu aktiviti yg santai dan menggembirakan! oh ya sebelum menarik tandan kelpa pastikan dibawah tandan ini tiada pelepah kelapa. Jika ada, tarik pelepah kelapa itu dulu dengan kaedah yg sama! Tips kedua ialah menggunakan tali nylon juga, iaitu untuk mengelak buah muda jatuh terhempas. Tali diguna untuk mengikat tandan kelapa dibahagian tengah, kemudian tali disusupkan ke pelepah kelapa yg berada di atas darni tanda yg hendak dipotong. Hujung tali kemudiannya ditambat pada pokok atau pada pagar secara longgar sekadar panjangnya tak mencecah bumi. Bila tangkai kelapa ditebang, tali ini akan menahan setandan kelapa jatuh terhempas dan buahnya berselerakan terguling.Kaedah ini memerlukan mereka yg mahir memanjat dan menebang.Ini kerja orang lelaki....orang perempuan jangan buat no...jangan duk panjat pokok kelapa, satgi kelapa tak jatuh kita yg jatuh.
      You are subscribed to email updates from Khazanah Alam
      To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
      Email delivery powered by Google
      Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.