Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Coke Sebagai Racun Serangga

Expand Messages
  • saraglu
    Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cubalah! Serius ni..... Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
    Message 1 of 36 , Feb 2, 2009
    • 0 Attachment
      Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke
      untuk bunuh serangga. Cubalah! Serius ni.....
      Cili tu rasa pedas manis berperisa
      coke kot?
    • mystrique
      OOoo, memang takda takungan air bawah tanah kot. BTW, hari tu ada buat sprinkler guna timer set kat pam akuarium. Pasang dalam sebulan, pam terus retired,
      Message 36 of 36 , Feb 10, 2009
      • 0 Attachment
        OOoo, memang takda takungan air bawah tanah kot.

        BTW, hari tu ada buat sprinkler guna timer set kat pam akuarium. Pasang
        dalam sebulan, pam terus retired, pencen. Takmau kerja dah.
        Sekarang dah tukar, guna solenoid valve washing machine, sambung direct ke
        paip air. Wayar cucuh kat valve pastu sambung dengan timer.
        Setakat ni takde ura2 nak lompat parti lagi, eh ura2 nak pencen lagi.

        Satu lagi semua pasu bunga dah pasang selimut, pakai sphagnum moss beli
        kat kedai orkid, (boleh jugak guna sabut rasanya). Tutup permukaan tanah,
        cover dengan hiasan batu sebagai pemberat. Hasilnya lepas siram, air tak
        terus tersejat dan dapat bertahan lebih lama. Memang ada kesan berbanding
        dulu sebab angin kuat sangat tanah jadi cepat kering. Pokok pun kecut.
        Sekarang dah hijau ayu2 gitu.

        Musim kemarau macam ni, sapa tanam pokok mangga harum manis sure malatop
        punya. Lumayan deh.

        On Wed, 11 Feb 2009 14:11:24 +0800, Sara Bt Saad <sara@...> wrote:

        > Haaah kat Changlun...he, he, terpanggil Kak Sara...dah cuba korek
        > sana...korek sini tak ada ayaq bawah tanah. Cina/Melayu yang nak korek
        > cari ayaq bawah tanah pun tak mau korek kat kawasan kita ni. depa tau
        > tak ada ayaq. La ni dok wat sprinkler guna ayaq paip ja guna timer.
        > Tadah ayaq hujan dalam 2 tank besaq pun dah habis.
        >
        > Padang rumput berubah warna, pepohon kering daun jatuh
        > berguguran...laaa...lani musim pokok getah lurhoh daun la. Tapi kesian
        > kat penoreh getah dah la harga getah turun, pokok lak kurang susu getah.
        >
        > Kak Sara
        >
        > www.uum.edu.my
        > ________________________________________
        > From: tamanflora@yahoogroups.com [tamanflora@yahoogroups.com] On Behalf
        > Of mystrique [mystrique@...]
        > Sent: Wednesday, February 11, 2009 12:40 PM
        > To: tamanflora@yahoogroups.com
        > Subject: [tamanflora] Center Pivot Irrigation
        >
        > Salam,
        >
        > Sekarang ni musim kemarau sedang melanda di kawasan Changlun. Tiupan kuat
        > angin yang kering dan panas menambah suasana terik dan perit. Ada juga
        > berlaku kebakaran belukar yang kecil di sana sini. Padang rumput berubah
        > warna, pepohon kering daun jatuh berguguran. Macam nak tulis novel cinta
        > pulak. Haha!
        >
        > Saya ke kedai hardware, ada orang beli sprinkler dalam kuantiti yang
        > banyak. Mungkin seorang petani di kawasan tersebut.
        >
        > Justeru, saya ingin bertanya sekiranya ada yang berpengalaman di sini
        > berkenaan sistem pengairan. Ada terbaca di sini
        > http://en.wikipedia.org/wiki/Center_pivot_irrigation
        >
        > Sistem ni guna pam, sedut air bawah tanah dan salurkan ke satu paip
        > panjang yang dilengkapi springkler pada tekanan yang bersesuaian. Paip
        > akan bergerak dalam bentuk bulatan dan meliputi kawasan radius yang luas.
        > Mungkin kos menjadi halangan untuk menggunakan sistem ini.
        >
        > Soalan : Adalah sistem ini dipraktikkan di Malaysia?
        >
        > Nota: Saya bukan seorang petani/peladang/penternak.
        >
        >
        > ------------------------------------
        >
        > Yahoo! Groups Links
        >
        >
        >



        --
        Using Opera's revolutionary e-mail client: http://www.opera.com/mail/
      Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.