Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
  • Back
  • About Group

  • Join Group
No activity in last 7 days

Group Description

Perkahwinan yang lebih dari seorang isteri dipanggil poligami, di negara kita poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ianya adalah sesuatu yang kerap dibincangkan di akhbar samaada oleh kaum wanita maupun ustaz-ustaz yang mahir dan bijak tentang agama. Di negara kita setiap lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan berpoligami bagi kelayakkan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya bila berpoligami. Namun tak kurang juga kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk berpoligami dengan bernikah di selatan Thailand kemudian merujuk ke Mahkamah Syariah untuk tujuan pendaftaran. Ada juga sebahagian lelaki yang berpoligami tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada isteri dan anak-anaknya jika berlaku kematian si suami, bukan itu sahaja. Anak yang dilahirkan dari poligami itu tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran ( rujuk Jabatan Pendaftaran Negara ) sudah pasti akan menyusahkan anak-anaknya untuk kehidupan seharian.

Poligami biasanya diamalkan oleh golongan yang mempunyai kerjaya yang mantap seperti ahli perniagaan maupun usahawan dan tidak kurang juga orang biasa. Apa yang diketahui melalui berita akhbar dan sebagainya, ada keluarga yang berpoligami cukup bahagia dan ada sebahagian tidak bahagia. Ada seorang, orang tua yang saya temui, berkata lelaki tidak akan berpoligami jika kaum isteri mampu melakukan yang terbaik untuk suami. Kepada kaum wanita isteri amnya renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah kata-kata orang tua itu. Lakukan yang terbaik untuk suami dan suami jadilah pemimipin yang terbaik buat isteri dan anak-anak. Persoalannya kenapa ada yang bahagia dan ada yang tak bahagia? Di manakah silapnya pengamal poligami?

Group Information

  • 361
  • Heartbreak
  • Dec 18, 2008
  • English

Group Settings

  • This is a restricted group.
  • Attachments are permitted.
  • Members cannot hide email address.
  • Listed in Yahoo Groups directory.
  • Membership requires approval.
  • Messages require approval.
  • All members can post messages.

Message History