Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
  • Back
  • About Group

  • Join Group
No activity in last 7 days

Group Description

Syair Aidilfitri


Tali persaudaraan semakin teguh,
Rasa bahagia juga bertambah,
Inilah kurnia dari Allah,
Kepada hamba-Nya yang menyerah.

Bersyukur kepada Allah ya Rabbi,
Memberi petunjuk kepada insani,
Buat yang disuruh, larangan dijauhi,
Itulah amalan muslim yang sejati.

Ayah bonda tersenyum gembira,
Anak menyembah ampun dipinta,
Di Hari Raya Aidilfitri mulia,
Supaya bersinar lampu bercahaya.

Di Aidilfitri muslim bertabur,
Ziarah-menziarahi,juga ke kubur,
Membaca Fatihah dengan tafakur,
Kepada ibu bapa yang telah gugur.

Itulah tanda amalan yang soleh,
Tahu mengenal dan memilih,
Ketika senang ataupun susah,
Kerana banyak jasanya sudah.

Kepada yang di rantau jauh,
Kad Hari Raya dikirim sungguh,
Pengganti diri datang merendah,
Saudara mara ibu dan ayah.

Bagai menjelma datang sembah,
Menuntut ampun mana yang salah,
Terkikislah dosa yang sudah,
Di saat mulia hari bersejarah.

Group Information

  • 676
  • Malay
  • Feb 3, 2001
  • English

Group Settings

  • This is a public group.
  • Attachments are not permitted.
  • Members can hide email address.
  • Listed in Yahoo Groups directory.
  • Membership does not require approval.
  • Messages require approval.
  • Only moderators can post messages.

Message History