Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

[SN] Al-Hadith : Kelebihan Bulan Ramadhan

Expand Messages
  • Abu Heakal
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan
    Message 1 of 1 , Aug 1, 2011
      Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

      Riwayat Bukhari & Muslim

      Huraian

      Pengajaran Hadis:i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

      Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.