Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

[partai-keadilan] Amaran peperangan di antara India dan Pakistan.

Expand Messages
  • idris syafiee
    O********************************************************************O * MILIS KELUARGA MUSLIM HANNOVER (KMH) * * - Sarana
    Message 1 of 1 , Jul 6, 1999
    • 0 Attachment
      O********************************************************************O
      * MILIS KELUARGA MUSLIM HANNOVER (KMH) *
      * - Sarana dakwah dan silaturrahmi Muslim di Hannover - *
      * "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru *
      * kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah *
      * dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." *
      * (QS Ali Imron: 104) *
      O********************************************************************O
      Amaran peperangan di antara India dan Pakistan.

      Pertelagahan di antara India dan Pakistan nampaknya akan berlangsung
      dengan sengit dan panjang, dan akan mengakibatkan kehausan kedua dua
      pihak lalu menjadikan kemiskinan berpanjangan dirantau Asia dalam
      jangka masa yang panjang. Inilah masanya negara negara kuasa besar mula
      mahu menjualkan senjata mereka dan menjadikan Kashmir sebagai medan
      pertelagahan antarabangsa dan menguji kecekapan atruan baru dunia yang
      mereka telah ciptakan.

      Krisis Kashmir telah bermula sejak setengah abad yang lalu iaitu sejak
      muslihat untuk memisahkan kaum muslimin di India di negara merdeka
      Pakistan untuk melemahkan pengaruh Islam terhadap penduduk Hindu di
      India. Dengan itu India dan Pakistan telah berperang sebanyak dua kali.
      Aktiviti politik tidak membuahkan hasil begitu juga dengan aktiviti
      ketenteraan. Sekarang India menguasai dua pertiga dari Kashmir dan
      Pakistan menguasai sepertiga yang lain. Penduduk majoriti Kashmir yang
      dikuasai oleh India adalah terdiri dari penduduk muslimin, yang
      bersungguh sungguh mahu membebaskan diri mereka dari penguasaan India
      melalui kemerdekaan atau penyatuan dengan Pakistan.

      Krisis Kashmir mempunyai potensi untuk meletus bila bila masa dan
      keadaan. Keadaan serantau dan dunia masa kini telah mengakibatkan
      krisis tersebut boleh meletus dengan senang. Dalam hal serantau,
      Pakistan telah sedaya upaya menyelesaikan masalah penduduk Kashmir dari
      segi politiknya dengan menggunakan institusi UN untuk memakskan
      resolusi resolusi UN yang menyatakan penduduk Kashmir mempunyai hak dan
      kebebasan masing masing atau pilihanraya yang diaturkan oleh masyarakat
      antarabangsa, atau menjadikan Kashmir sebagai wilayah autonomi.

      Tetapi usaha tersebut tidak diendahkan oleh India atau dari berbagai
      blok antarabangsa. India yang berkeras menyatakan Kashmir adalah
      sebahagian dari wilayahnya dan sikap tidak endah masyarakat
      antarabangsa terhadap kemahuan Paksitan telah mendukacitakan ahli
      politik Paksitan dan kaum muslimin di Pakistan dan Kashmir. Oleh sebab
      itu Paksitan telah mengambil tindakan ketenteraan dan di telah
      menyediakan keadaan yang baik untuk tindakan ketenteraan itu. Oleh itu
      ia telah mengambil beribu ribu pejuang mujahidin dari Afganistan,
      Pakistan dan Arab dan melatih mereka menggunakan senjata moden dan
      telah masuk ke dalam wilayah Kashmir yang dikuasai oleh India dan juga
      membina jalan untuk bekalan. Pejuang itu telah membina pangkalan
      pangkalan mereka di atas lereng lereng pergunungan yang susah dicapai
      oleh tentera India. Kehadiran mereka telah memeranjatkan tentera India.
      India telah melakukan pengeboman ke atas pangkalan ketenteraan
      mujahidin itu. Tentera India telah cuba memasuki lereng lereng
      pergunungan di mana terdapat pangkalan ketenteraan mujahidin tetapi
      menemui kegagalan dalam usahanya dan selepas seminggu, tentera India
      kehilangan lebih seratus askarnya dibunuh dalam peperangan. India terus
      mengalami kegagalan dalam usahanya itu.

      Setiap pagi akhbar India menyiarkan senarai tenteranya yang mati dalam
      peperangan. Perkara ini telah mengaibkan ketenteraan India. Oleh itu
      Parlimen India di New delhi dan juga penduduk India telah berasa marah
      dan malu dengan kejadian ini. Ini telah memberikan mereka rasa dendam
      dan benci terhadap Pakistan yang telah menjadikan mereka mahu
      melancarkan peperangan membalas dendam terhadap Pakistan. Sehinggankan
      kaum muslimin di India telah juga dikerah untuk berperang dengan
      Pakistan.

      Rancangan Pakistan berjaya dalam meraih sokongan dan bantuan untuk
      Kashmir dan juga menyediakan keadaan yang sesuai untuk peperangan.
      Menteri Luar Paksitan iaitu Sartaj Aziz telah melakukan lawatan ke
      China untuk menguatkan perhubungan Paksitan dan China berdepan dengan
      India sebelum melakukan apa apa aktiviti politik terhadap India.
      Melalui ini Paksitan telah berusaha untuk memaksa India ke meja
      rundingan dan tidak melakukan apa apa tindakan ketenteraan. Tetapi
      India menyatakan bahawa Paksitan mempunyai tanggungjawab untuk
      mengeluarkan kesemua penceroboh dari wilayahnya. Selepas itu keadaan
      akan kembali tenang. Oleh kerana itu, usaha usaha telah gagal. Salah
      satu sebab kegagalan adalah kurang pengalaman Aziz dalam politik.

      Keadaan bertambah kritikal. Pakistan berasa bangga apabila menembak
      jatuh dua pesawat pejuang India yang terbang melintas sempadannya.
      Sebelum itu ia berasa ia boleh bersaing dengan India dalam bom
      nuklearnya dan peluru ballistiknya. Dengan berlangsungnya aktiviti
      ketenteraan kedua belah pihak dan usaha India yang selalu gagal dalam
      memusnahkan pejuang dan bertambahnya angka kematian di tentera India,
      kesemua ini menjadikan keadaan akan bertambah buruk dan sukar dikawal.

      Ini adalah keadaan serantau. Dalam keadaan antarabangsa Amerika sedang
      berusaha untuk meletuskan peperangan serantau sepertimana perang
      Iran-Iraq dalam tahun 1980an. Ini adalah langkah pertama ke atas dasar
      meluaskan pengaruh amerika di rantau itu, demi untuk mengaktifkan
      Aturan Baru mereka. Clinton menyatakan: "Adalah kewajiban Pakistan
      untuk menarik balik segala pejuangnya dari wilayah India Kashmir".

      Dari kenyataan ini, Amerika melihat Paksitan sebagai bertanggungjawab
      dalam membawa masuk pejuang ke wilayah Kashmir dan adalah kewajiban
      Pakistan untuk menarik balik pejuangnya dari wilayah itu. Dalam hal ini
      Amerika mahu menjadikan krisis tersebut lebih buruk sehingga meletus
      kepada suatu peperangan, dan tidak berusaha untuk mendamaikan
      pertelagahan. Untuk India, kenyataan Amerika yang berat sebelah itu
      menjadikan dirinya semakin berusaha untuk menghalau pejuang yang
      menceroboh wilayah Kashmir itu.

      Sekiranya pertelagahan itu berterusan maka keadaan serantau dan dunia
      telah bersedia untuk peperangan itu meletus, yang merupakan suatu
      peristiwa permulaan kepada abad ke 21. Terutamanya serangan ketenteraan
      NATO ke atas rantau Balkan telah berakhir. Dan Pakistan merasa
      terperanjat NATO tidak mengambil tindakan ketenteraan di Kashmir
      sebagaimana di Kosovo. Oleh itu Pakistan berusaha untuk menjadkan isu
      itu isu antarabangsa sementara India merasakan ianya adalah isu dua
      hala yang tidak memerlukan apa apa campurtangan luar untuk
      menyelesaikannya sama ada dari Amerika atau UN. Ini adalah kerana apa
      apa campurtangan luar akan mengakibatkan India ditekan oleh Amerika dan
      menjadikan India tersekat dengan mengikuti telunjuk Amerika sebagaimana
      Pakistan yang dipengaruhi oleh Amerika melalui tenteranya.

      7 Rabiul Awal 1420 A.H.
      21 Jun 1999 C.E.


      ______________________________________________________
      Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


      ********************************************************************
      * Perintah Allah s.w.t.: "Hai orang-orang beriman, bila diseru untuk *
      * menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada *
      * mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli (pekerjaan)... " *
      ** (QS Al-Jumu'ah 62:9). **
      ******************************************************************
      * MILIS KELUARGA MUSLIM HANNOVER (KMH) *
      * Posting: oktova@...-hannover.de, http://www.getnet.de/KMH *
      ******************************************************************

      ------------------------------------------------------------------------

      eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/partai-keadilan
      http://www.egroups.com - Simplifying group communications
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.