Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Apa Istimewanya Warna Kuning ?

Expand Messages
  • Suara N9
    Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan. Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna
    Message 1 of 1 , Nov 1, 2007
      Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang
      sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan.

      Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua
      warna merah dan hijau sel-sel kon retina.

      Kuning melambangkan kerabat diraja dalam banyak
      kebudayaan, termasuknya kebanyakan Asia Tenggara.

      Di negara China kuno, kuning merupakan salah satu
      daripada lima warna utama serta lambang untuk "Pusat"
      dan "Bumi". Maharaja legenda China yang pertama
      digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di.

      Penduduk-penduduk serta orang-orang yang berketurunan
      Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai
      bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna
      ras.

      Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di
      Malaysia. Warna kuning datangnya daripada air perahan
      kunyit hidup. Nasi kuning ialah nasi kunyit Indonesia
      yang mempergunakan kunyit untuk pewarna.

      Warna kuning dipergunakan untuk jalur pergelangan
      tangan Livestrong yang dicipta oleh oleh Lance
      Armstrong, seorang pelumba basikal dan penakat
      penyakit barah, untuk membantu mangsa-mangsa dan
      penakat-penakat barah.

      Beberapa nama tempat merujuk kepada warna kuning:
      Air Kuning Selatan, sebuah bandar di Negeri Sembilan
      yang terletaknya dekat Gemas.
      Kampung Air Kuning, sebuah desa di Negeri Sembilan
      Air Kuning, sebuah bandar di Perak
      Terumbu Kuning , sebuah tapak penyelaman antara Pulau
      Perhentian dengan Pulau Redang.
      Empangan Air Kuning ialah sebuah empangan konkrit yang
      terletaknya di cawang Sg. Air Kuning di Shah Alam,
      Selangor.

      “Gelombang Kuning , Gelombang Kebahagiaan dan Keamanan
      – Jumpa di Dataran Merdeka 10 November nanti”

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuning

      Ihsan dari http://amkns.blogspot.com


      Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS NS www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net
      Reformis Muda http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul http://chegubard.blogspot.com




      __________________________________________________
      Do You Yahoo!?
      Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
      http://mail.yahoo.com
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.