Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

JAIS gagal tangkap Us Nasrudin Tantawi

Expand Messages
  • Suara N9
    PERISTIWA AR – RAAFIQ Oleh : Us. Nasrudin Tantawi 3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al
    Message 1 of 1 , Oct 1, 2007
    • 0 Attachment
      PERISTIWA AR – RAAFIQ Oleh : Us. Nasrudin Tantawi

      3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang
      Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al
      Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar
      Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah
      menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang
      berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan
      menangkap saya di surau tersebut.

      Sehari sebelum jadual itu berlangsung (iaitu pada 29
      Sept 2007 / sabtu), pihak penganjur telah menghubungi
      saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan
      ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh
      Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan
      yang benar dan tepat.

      Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah
      saya akan hadhir atau tidak ?

      Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti
      diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS
      tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana
      terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan
      terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap
      golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di
      khalayak ramai .

      Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk
      menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini
      kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia -
      sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya
      sebagai seorang pejuang insyaallah .

      Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan
      agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk
      menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan
      menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang
      bijak dan bertamaddun.

      Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat
      rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang
      serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai .

      Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur
      bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah
      kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu
      adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya
      telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di
      negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang
      positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa
      perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam .

      30 September 2007

      Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa
      sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah
      untuk saya bentang.

      Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau
      tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan
      Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah
      yang bertauliah di negeri Selangor.

      Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang
      tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada
      di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan
      tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang
      akan berlaku di saat itu.

      Apabila saya telah berada di dalam surau , saya
      mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS
      sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak
      mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah
      penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju
      medan pergaduhan .

      Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa
      dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah
      yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk
      Feqhud Daulah .

      Format yang Menarik

      Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah
      beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai
      Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak
      dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya
      berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang
      tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

      Para audien mengambil kesempatan untuk terus
      mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz
      Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari
      itu.

      Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak
      berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan
      tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan
      perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap
      saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam
      majlis tersebut.

      Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada
      sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau
      berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak
      ramai ulama' muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan
      Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam
      majlis tersebut.

      Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya
      mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah
      point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir.
      Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan
      menyerahkan microfon kepada saya .

      30 minit ulasan

      Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point
      penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan
      tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30
      minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada
      pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan
      diutarakan oleh audien .

      Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian
      juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis
      Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali
      untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu
      yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan
      idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat
      kepada semua yang hadhir .

      Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point
      atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria
      yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu , pada
      anggarannya melebihi tempoh satu jam. Saya puas hati
      dengan format baru ini walaupun bukan saya yang
      memimpin majlis kerana menghormati pihak JAIS yang
      tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

      Suasana di Luar Semakin Kalut

      Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang
      cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan blur
      dan dilema setelah didapati bukan saya yang
      menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria
      yang memberi kuliah. Saya hanya menambah beberapa
      point atas permintaan dan dibawah selia Ustaz Nasir
      seorang penceramah yang bertauliah.

      Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri
      mereka , mereka nak tangkap juga saya pada hari itu ,
      dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis
      beruniform telah masuk ke kawasan surau .

      Sementara majlis telah berada di penghujung. jam telah
      menunjukkan pukul 11.30 am . Keadaan di luar surau
      bagai dikepong oleh JAIS , Polis dan SB . Seorang
      saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang
      yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.

      Saya Tidak Mahu Mengalah

      Pihak penganjur mula meminta saya keluar , tetapi saya
      enggan keluar sehinggalah majlis selesai , kerana saya
      merasakan saya tidak bersalah .

      Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur.
      Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu
      pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak
      demokratik dan bertamaddun itu . Ya , saya memahami
      hal itu , malah jika saya selaku penganjur , saya juga
      akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa- apakan
      oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu .

      Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di
      pihak yang benar . Apakah salah saya menyampaikan ilmu
      ? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka
      ada rakaman , mereka ada SB yang dihantar untuk
      mencatit , mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa
      perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan
      kekuatan anggota polis sebegitu ramai .

      Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya
      selesai . Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan
      keselamatan saya . Saya menenangkan mereka.

      Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya
      dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang
      mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi
      biarpun disiang Ramadhan , malah saya melihat sebuah
      gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang
      tidak berpuasa , tidak jauh dari tempat program
      tersebut. Kenapa JAIS tidak menangkap mereka sebalik
      merancang untuk menangkap saya ? atau mereka bertindak
      atas arahan orang - orang tertentu ? apakah JAIS hanya
      menjadi alat orang politik yang terdesak untuk
      mengekalkan pengaruh politik mereka ?

      Sejurus Majlis Selesai

      Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis
      tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar
      menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk
      menghantar saya pulang ke pejabat saya .

      Semasa saya melangkah keluar , 4 atau 5 orang unit
      keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar
      melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta .
      Alhamdulillah , takdir Allah swt. sebegitu ramai
      anggota JAIS dan Polis yang mengepong , mereka tidak
      perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke
      pejabat saya.

      Dalam perjalanan saya ke pejabat , saya dihubungi oleh
      seorang rakan bagaimana pihak JAIS dan Polis menyerbu
      naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah
      tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga
      melihat saya telah tiada . Mereka mengeledah 4 penjuru
      surau dan mereka terus mengepong surau dan mencari di
      persekitaran surau .

      Mereka menyangka saya menyorok di mana - mana . Malah
      kelihatan sebahagian dari mereka yang marah - marah
      kerana gagal menangkap saya . Ada yang mungkin sebelum
      menyamar pakai kupiah , mencabut kupiah lalu
      menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal
      menangkap saya , ada yang meludah marah penuh kecewa.

      Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan sayan
      melewati telefon . Apa yang lucu , mereka turut
      mengekori mana - mana kenderaan yang keluar dari surau
      tersebut , bimbang kalau - kalau saya berada dalam
      kereta tersebut. Mereka mencari kenderaan saya ,
      mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari
      kepongan mereka.

      Saya teringat firman Allah swt .

      æ ãßÑæÇ æ ãßÑ Çááå æ Çááå ÎíÑ ÇáãÇßÑíä

      Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah
      sebaik - baik perancang.


      HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
      TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
      http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/10/peristiwa-ar-raafiq-seksyen-7-kota.html#links



      Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS NS www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net
      Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul http://chegubard.blogspot.com





      ____________________________________________________________________________________
      Don't let your dream ride pass you by. Make it a reality with Yahoo! Autos.
      http://autos.yahoo.com/index.html
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.