Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

FW: H-Muslimat-Net* FW: Saya telah memfitnah Doktor Akbar HTAR

Expand Messages
  • Azila Kamarudin
    ... From: Azila Kamarudin[SMTP:Azila.Kamarudin@wdc.com] Sent: Monday, October 02, 2000 7:21 AM To: muslimat@hizbi.net; harsa@time.net.my; izham_y@yahoo.com;
    Message 1 of 1 , Oct 1, 2000
    • 0 Attachment
      ----------
      From: Azila Kamarudin[SMTP:Azila.Kamarudin@...]
      Sent: Monday, October 02, 2000 7:21 AM
      To: muslimat@...; harsa@...; izham_y@...;
      warga_kilang@egroups.com
      Subject: H-Muslimat-Net* FW: Saya telah memfitnah Doktor Akbar HTAR

      Sila war warkan.


      ----------
      From: Insan Manusia[SMTP:insan_peninn@...]
      Sent: Saturday, September 30, 2000 12:25 PM
      To: Azila.Kamarudin@...
      Subject: Saya telah memfitnah Doktor Akbar HTAR

      Assalamualaikum,

      Tolong forwardkan pada semua.

      Setelah saya membaca dan memahami isi kandungan e-mail dari doktor HTAR,
      barulah saya sedar akan situasi yang sebenarnya berlaku semasa isteri saya

      bersalin di HTAR. Terima kasih saya ucapkan pada doktor yang telah sudi
      untuk memberikan penerangan kepada saya tentang segala prosedur dan apa
      yang
      berlaku di HTAR. Terima kasih sekali lagi juga saya ucapkan pada doktor
      yang
      telah menyedarkan saya tentang perbuatan dan kata-kata saya yang secara
      langsung telah MEMFITNAH seorang doktor yang baik yang telah menyelamatkan

      isteri dan anak saya.

      Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf
      kepada
      doktor Akbar dan saya dengan ini juga mengakui telah memfitnah doktor
      Akbar.
      Sega-galanya berlaku mungkin kerana disebabkan 'PENGALAMAN PERTAMA' dan
      sifat 'CEMBURU BUTA' saya. Saya pada masa itu mungkin tertekan dan cemburu

      bila isteri saya selalu menyebut tentang layanan baik yang telah diberikan

      oleh Doktor Akbar kepada beliau. Hati suami mana yang tidak cemburu dan
      tidak rasa tercabar bila kebaikkan seseorang menjadi sebutan isteri.

      Di ruangan ini saya amat berharap agar doktor Akbar dapat memaafkan saya
      di
      atas keterlanjuran fitnah yang telah saya lemparkan. Dengan ini saya juga
      memohon kepada semua penjaring yang telah menerima e-mail JAHAT saya
      dahulu
      untuk memforwardkan sekali lagi e-mail ini kepada ruangan atau sesiapa
      yang
      pernah menerima e-mail saya yang terdahulu. Semoga dengan cara ini
      sekurang-kurangnya dapat membersihkan kembali nama baik doktor Akbar yang
      telah tercemar. Saya juga akan cuba untuk meluangkan masa bagi mengunjungi

      doktor Akbar untuk memanjangkan kemaafan saya kepada beliau.

      Kepada doktor Akbar, saya bersalah kerana telah memfitnah saudara doktor.
      Dari penjelasa yang diberikan oleh doktor HTAR barulah saya sedar tentang
      betapa kolotnya fikiran saya yang langsung tidak mengetahui tentang dunia
      perubatan. Saya amat berharap kepada saudara doktor Akbar untuk menjawab
      e-mail saya sekiranya ada apa-apa perkara yang boleh lakukan sebagai
      ganjaran di atas keterlanjuran fitnah saya. Saya juga berharap doktor
      Akbar
      boleh memahami keadaan saya di dalam suasana rumah tangga yang hampir
      runtuh
      bermacam-macam perkara boleh terjadi di luar kawalan seseorang seperti
      saya
      yang amat lemah imannya.

      Kepada para penjaring sekelian, juga kemaafan saya pinta kerana telah
      melibatkan anda semua. Untuk pengetahuan penjaring semua, doktor Akbar
      yang
      telah saya fitnah adalah seorang doktor yang baik. Beliau menjalankan
      tugasnya dengan baik dan melakukan tugas-tugasnya adalah berdasarkan
      kepada
      prosedur pihak hospital dan keperluan perubatan. Diri saya yang terlalu
      kolot dan 'CEMBURU BUTA' telah hampir memusnahkan karier beliau. Saya juga

      telah berkesempatan bertemu dengan pesakit-pesakit lain yang pernah di
      rawat
      oleh doktor Akbar dan mereka menyatakan rasa puas hati dan gembira diatas
      layanan yang telah diberikan oleh doktor Akbar. Saya juga mengakui doktor
      Akbar adalah seorang yang bertanggung jawab dan amanah, tetapi segalanya
      tertutup dari pandangan dan fikiran saya oleh kerana hati yang gelap dan
      kotor.

      Sehubungan dengan ini, bagi mengelakkan berulangnya persitiwa fitnah ini
      kepada para doktor dan suami yang lain di masa hadapan, saya berharap
      doktor-doktor yang beragama Islam di HTAR cuba berusaha untuk merubah
      sedikit peraturan yang ada di HTAR seperti;
      1. Tidak masuk secara berdua-duaan dengan pesakit di sebalik tirai. Jika
      boleh biarlah di temani oleh seorang nurse kerana ini adalah punca
      wujudnya
      fitnah.
      2. Cuba untuk membenarkan suami berada bersama jika doktor lelaki yang
      melakukan pemeriksaan terhadap bahagian-bahagian sulit pesakit. Inilah
      yang
      dituntut oleh Islam.

      Walau bagaimanapun ini hanyalah sekadar satu cadangan sahaja. Saya
      bukanlah
      seorang yang alim atau warak dalam agama. Saya adalah manusia jahil yang
      pernah hidup bergelumang dengan dosa. Mungkin apa yang terjadi pada isteri

      saya adalah sebagai pembalasan dari Allah Ta'ala terhadap apa yang pernah
      saya lakukan.

      Sekali lagi sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini, saya amat berharap

      doktor Akbar dapat memaafkan saya atas segala fitnah yang telah saya
      lemparkan. Dan saya juga berjanji akan bertemu dengan doktor Akbar bagi
      menghulurkan tangan memohon kemaafan.

      Maafkan saya doktor Akbar dan semua doktor di HTAR.


      _________________________________________________________________________
      Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

      Share information about yourself, create your own public profile at
      http://profiles.msn.com





      [Non-text portions of this message have been removed]
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.