Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Julung Kali Sukan Tahunan PASTI Rembau Selatan

Expand Messages
  • Suara N9
    Buat julung-julung kalinya PASTI di kawasan Rembau Selatan telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan pada 1 September 2007 yang lalu di padang Kg Pulau Hanyut,
    Message 1 of 1 , Sep 1, 2007
    • 0 Attachment
      Buat julung-julung kalinya PASTI di kawasan Rembau
      Selatan telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan pada
      1 September 2007 yang lalu di padang Kg Pulau Hanyut,
      Chengkau, Negeri Sembilan.

      Kejohanan yang pertama kali diadakan di Rembau Selatan
      ini telah disertai oleh PASTI Al Amin dari Chengkau
      dan PASTI As Sobirin dari Chembong telah dirasmikan
      oleh Tn Hj Mohd Taufek bin Hj Abd Ghani, Ketua Dewan
      Pemuda PAS Negeri Sembilan.

      Dalam ucapan perasmiannya Hj Taufek mengucapkan
      setinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibat
      dalam menjayakan sukan tahunan tersebut. Beliau
      menegaskan betapa pentingnya anak-anak diberi
      pendedahan awal pendidikan Islam dalam menghadapi
      dunia yang penuh mencabar sekarang ini. Masalah gejala
      sosial yang teruk melanda umat Islam terutamanya orang
      Melayu sekarang ini menurut beliau menunjukkan
      walaupun negara sudah 50 tahun merdeka ianya
      menunjukkan kegagalan sistem pembangunan insan yang
      sedia ada yang hanya mementingkan pembangunan
      infrastruktur.

      Lebih daripada 10 acara telah dipertandingkan dalam
      sukan tahunan pada kali ini. Kejohanan pada kali ini
      turut dimeriahkan dengan acara untuk ibu bapa dan
      orang ramai.

      Dalam pada itu Sdr Hussaini Pengurus PASTI Kawasan
      Rembau mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua
      pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan
      tersebut antara En Nordin Pengurus PASTI As Sobirin,
      Tn Hj Ahmad Ariffin Pengurus PASTI Al Amin, En Sufian
      Ibrahim Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan serta
      guru-guru, ibu bapa, ahli Unit Amal serta penduduk Kg
      Pulau Hanyut.

      Untuk melihat gambar sekitar kejohanan sila ke
      http://pasns.blogspot.com/2007/09/julung-kali-sukan-tahunan-pasti-rembau.html








      Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS NS www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net
      Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul http://chegubard.blogspot.com






      ____________________________________________________________________________________
      Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story. Play Sims Stories at Yahoo! Games.
      http://sims.yahoo.com/
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.