Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Fwd: Bantuan untuk Saudara Baru

Expand Messages
  • jalil@fka.utm.my
    ... Rohaizah Abdul Rahim@SIME DARBY GROUP 23-06-2000 10:10 AM Assalammualaikum semua. Saya ingin meminta bantuan daripada semua. Seorang mualaf di tempat saya
    Message 1 of 1 , Jun 30, 2000
    • 0 Attachment
      --- In dakwah@egroups.com, rohaizahar@s... wrote:




      Rohaizah Abdul Rahim@SIME DARBY GROUP
      23-06-2000 10:10 AM

      Assalammualaikum semua.

      Saya ingin meminta bantuan daripada semua.

      Seorang mualaf di tempat saya bekerja telah meminta bantuan saya
      membantunya
      mandapatkan bantuan sara hidup daripada pihak yang berkenaan.

      Buat pengetahuan semua, beliau dan keluarganya (isteri dan lima orang
      anak)
      telah memeluk Islam pada tahun 1993.

      Beliau hanya bekerja sebagai 'Tukang Kebun' yang pendapatannya sudah
      tentu tidak
      mencukupi untuk menyara isteri yang tidak bekerja beserta tiga orang
      anak yang
      masih bersekolah. Dua daripada anaknya sedang mencari pekerjaan,
      sebelum ini
      mereka belajar di sekolah agama di Sungai Besar dan Klang.

      Mengikut ceritanya beliau memeluk agama Islam di bawah bantuan SUK di
      Selangor
      bukan PERKIM. Dahulu beliau mengikuti kursus yang dianjurkan 2 kali
      seminggu
      tetapi kebelakangan ini kursus ini hanya dianjurkan 1 kali seminggu.
      Saya dapati beliau begitu berminat untuk mendalami Islam begitu juga
      ahli
      keluarganya.

      Buat masa ini beliau menyewa sebuah rumah di Sungai Buloh di Batu 13
      berhampiran
      dengan Masjid. Pemilik rumah berkenaan begitu bermurah hati
      menyewakan rumah
      tersebut dengan kadar sewa yang murah (RM200 sebulan) memandangkan
      rumah
      tersebut agak luas dan selesa untuk penginapan beliau seisi keluarga.

      Di sini yang ingin meminta bantuan daripada saudara semua bagaimana
      dapat saya
      berhubung dengan pihak yang boleh membantu beliau.

      Bantuan daripada saudara semua amat saya hargai demi mambantu saudara
      baru kita
      agar mereka tetap bersama kita menegakkan agama Islam.

      Sekian, Wassalam.
      --- End forwarded message ---
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.