Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

ermmmm......... contoh terbaik..

Expand Messages
  • Forum myMasjid
    KAHERAH, 23 April (Hrkh) - Siswa dan siswi Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar sering mendapat jolokan pelajar paling berakhlak di kalangan
    Message 1 of 1 , May 1, 2002
    • 0 Attachment
      ermmmm......... contoh terbaik.. KAHERAH, 23 April (Hrkh) - Siswa dan siswi Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar sering mendapat jolokan pelajar paling berakhlak di kalangan mahasiswa bangsa lain di negara ini.

      Bahkan para ulama Al Azhar mengiktiraf pakaian pelajar-pelajar perempuan Malaysia di sini sebagai pakaian yang paling bertepatan dengan kehendak Islam.
      Melihatkan cara berpakaian dan akhlak serta sopan santun pelajar-pelajar ini, mereka beranggapan keseluruhan rakyat Malaysia juga seperti itu.


      Perkara ini diakui oleh Professor Kesusasteraan Arab Universiti Al Azhar, Dr Abdul Nasir Mohd Said.

      Katanya, "Wanita Malaysia adalah wanita yang paling berakhlak di atas muka bumi!"

      Kata-katanya itu adalah hasil kajian dan pemerhatian beliau terhadap budaya dan cara hidup pelbagai bangsa yang ada di Mesir serta pengalaman sahabat-sahabatnya yang telah berkunjung ke Malaysia.

      Beliau juga mempunyai rumah yang disewakan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia di Mansurah.

      Kebanyakan siswi Malaysia di Al Azhar memakai jubah dan tudung labuh yang menutupi semua anggota yang dianggap aurat oleh Islam. Ada juga di kalangan mereka yang memakai purdah.

      Ini menjadikan mereka sering dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain terutamanya yang berbangsa Arab. Kebanyakan pelajar Arab tidak memakai pakaian yang menepati syariat Islam walaupun mereka belajar di Al Azhar.

      Pujian terhadap siswi Malaysia ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam.



      Oleh :black
      http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=167133

      myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.