Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Sabda Rasullulah s.a.w

Expand Messages
  • Forum myMasjid
    Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tolonglah saudara kamu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi. Lalu seorang lelaki
    Message 1 of 23 , Apr 29, 2002
      Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
      Tolonglah saudara kamu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi. Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia dizalimi (menghalang daripada dia dizalimi), tetapi apa pandangan kamu jika dia melakukan kezaliman, bagaimana cara untuk aku menolongnya? Baginda menjawab: Kamu menghalang atau kamu melarang dia dari melakukan kezaliman atau penganiayaan. Itulah cara menolongnya.

      (Hadis riwayat Imam Bukhari).

      -----------------------------------------------------

      Kesimpulan Hadis:

      1- Nabi s.a.w mentafsirkan dasar "Bantulah saudara kamu sama ada yang melakukan kezaliman atau yang dizalimi" dengan penafsiran moral yang sangat baik di mana baginda memindahkannya dari nilai yang boleh meruntuhkan kepada nilai yang boleh membina dan dari kebatilan kepada kebenaran.
      2- Seruan Rasulullah s.a.w supaya berurusan sesama manusia secara mendorongnya melakukan kebaikan dan melarangnya dari melakukan kejahatan.

      'the truth is out there'

      Oleh :TuKuN
      http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=166274

      myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
    • Forum myMasjid
      Diriwayatkan daripada Amr bin Syu aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan
      Message 2 of 23 , May 1, 2002
        Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Amr bin Syu'aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya:
        Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

        (Hadis riwayat Abu Daud).

        ----------------------------------------------------

        Kesimpulan Hadis:

        1- Bapa diwajibkan menyuruh anak-anak mereka yang telah berumur tujuh tahun supaya mendirikan sembahyang, mengajar hukum yang berkaitan dengan sembahyang kepada mereka dan membiasakan mereka dengan mendirikan sembahyang serta menghukum mereka apabila mereka meninggalkannya walaupun secara memukul mereka.
        2- Bapa wajib menjaga anak-anak mereka dari terpengaruh dengan apa jua fitnah dan untuk tujuan tersebut bapa hendaklah memisahkan tempat tidur anak-anak mereka.
        3- Umur mumayyiz dan belajar adalah bermula dari umur tujuh tahun manakala umur di ambang remaja pula adalah bermula dari umur sepuluh tahun. Inilah petunjuk tarbiah (asuhan) yang diberikan oleh Nabi s.a.w sekaligus menjelaskan tentang ciri-ciri kanak-kanak dan anak di ambang umur remaja dari sudut tarbiah (asuhan) dan pendidikan.

        'the truth is out there'

        Oleh :TuKuN
        http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=167407

        myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
      • Best of Forum myMasjid
        Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Dunia adalah perhiasan (kesenangan) dan sebaik-baik perhiasan (kesenangan)
        Message 3 of 23 , May 9, 2002
          Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
          Dunia adalah perhiasan (kesenangan) dan sebaik-baik perhiasan (kesenangan) di dunia adalah wanita yang solehah.

          (Hadis riwayat Imam Muslim).

          ------------------------------------------------------

          Kesimpulan Hadis:
          1- Dorongan supaya memilih wanita yang solehah kerana wanita yang solehahlah yang boleh membahagiakan suami di dunia ini dan membantunya untuk taat kepada Allah s.w.t.
          2- Di antara kesan betapa perlunya wanita solehah ialah supaya suami merasa tenang dengan teman hidupnya yang mengetahui semua rahsianya dan dapat menjamin pendidikan anak-anak serta menjaga harta dan maruah keluarga.

          'the truth is out there'

          Oleh :TuKuN
          http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=172619

          myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
        • Best of Forum myMasjid
          Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat Jibril sentiasa berpesan kepada aku supaya sentiasa berbuat baik kepada jiran
          Message 4 of 23 , May 10, 2002
            Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
            Malaikat Jibril sentiasa berpesan kepada aku supaya sentiasa berbuat baik kepada jiran tetangga sehingga aku menyangka bahawa jiran tetangga akan mewarisi jiran tetangganya.

            (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan muslim).

            ------------------------------------------------------

            Kesimpulan Hadis:

            1- Besarnya kewajipan jiran tetangga dan kewajipan menjaganya.
            2- Menegaskan kewajipan jiran tetangga dengan memberi wasiat (pesanan) yang merangkumi persoalan mesti memuliakan jiran, berkasih-sayang, berbuat baik, menghindari keburukan daripada mereka, menjenguk mereka apabila sakit, mengucapkan tahniah (turut bergembira) apabila mereka bergembira dan mengucapkan takziah (turut bersedih) apabila mereka ditimpa musibah.

            'the truth is out there'

            Oleh :TuKuN
            http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=173648

            myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
          • Best of Forum myMasjid
            Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah diberi peluang untuk memilih antara dua pilihan kecuali baginda memilih pilihan yang
            Message 5 of 23 , May 11, 2002
              Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
              Rasulullah s.a.w tidak pernah diberi peluang untuk memilih antara dua pilihan kecuali baginda memilih pilihan yang paling mudah selagi ia tidak termasuk di dalam dosa. Jika termasuk di dalam dosa, Rasulullah s.a.w adalah merupakan orang yang paling jauh dari perkara tersebut. Rasulullah s.a.w tidak pernah membalas dendam untuk kepentingan dirinya sendiri tetapi biasanya Rasulullah s.a.w membalas dendam kerana kehormatan Allah diganggu, menyebabkan baginda membalas dendam kerana Allah s.w.t.

              (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

              --------------------------------------------------------------------------------

              Kesimpulan Hadis:

              1- Penjelasan tentang toleransi Islam dan rahmat Rasulullah s.a.w terhadap umatnya.
              2- Disyariatkan marah kerana membela Allah s.w.t.
              3- Seseorang manusia sepatutnya memilih perkara yang paling mudah selagi ia tidak dilarang oleh hukum syarak.

              'the truth is out there'

              Oleh :TuKuN
              http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=174726

              myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
            • Best of Forum myMasjid
              Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda: Perempuan dikahwinkan berdasarkan empat perkara: Kerana harta, kedudukan,
              Message 6 of 23 , May 12, 2002
                Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
                Perempuan dikahwinkan berdasarkan empat perkara: Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Oleh yang demikian utamakanlah perempuan yang mempunyai agama, nescaya kamu beruntung.

                (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

                ------------------------------------------------------

                Kesimpulan Hadis:

                1- Petunjuk Islam supaya memilih isteri yang solehah dan menganggapnya sebagai kesenangan (perhiasan) yang sebaik-baiknya yang perlu dicari oleh setiap orang.
                2- Penjelasan tentang asas-asas yang perlu digunakan untuk memilih isteri berdasarkan skopnya dan asas yang paling penting ialah faktor agama.

                'the truth is out there'

                Oleh :TuKuN
                http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=174311

                myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
              • Best of Forum myMasjid
                Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a: Ayat: (????????? ??????? ???????? ??????????) yang bermaksud: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dialah sebaik-baik
                Message 7 of 23 , May 12, 2002
                  Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:
                  Ayat: (حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ) yang bermaksud: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dialah sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami), pernah dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s ketika baginda dicampakkan ke dalam api dan pernah juga dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika orang-orang kafir mengatakan: (إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ) yang bermaksud: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).

                  (Hadis riwayat Imam Bukhari).

                  ------------------------------------------------------

                  Kesimpulan Hadis:

                  1- Kelebihan bertawakkal kepada Allah s.w.t dan kegunaannya di saat-saat yang genting.
                  2- Mencontohi sikap para nabi dan orang-orang yang hampir dengan Allah s.w.t secara berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.

                  'the truth is out there'

                  Oleh :TuKuN
                  http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=174861

                  myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
                • Best of Forum myMasjid
                  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi
                  Message 8 of 23 , May 13, 2002
                    Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
                    Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya dan orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya terhadap isterinya.

                    (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

                    ------------------------------------------------------

                    Kesimpulan Hadis:

                    1- Kedudukan akhlak yang baik di dalam Islam.
                    2- Dorongan supaya memperelokkan pergaulan dengan isteri seperti bermuka manis, tidak menyakiti, berbuat baik dan bersabar dengan karenahnya.

                    'the truth is out there'

                    Oleh :TuKuN
                    http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=175665

                    myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
                  • Best of Forum myMasjid
                    Diriwayatkan daripada Abu Mas ud r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda: Apabila seseorang membelanjakan harta untuk keperluan keluarganya dan mengharapkan
                    Message 9 of 23 , May 14, 2002
                      Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
                      Apabila seseorang membelanjakan harta untuk keperluan keluarganya dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dia akan dicatat sebagai pahala sedekah.

                      (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

                      ------------------------------------------------------

                      Kesimpulan Hadis:

                      1- Memberi nafkah kepada isteri juga akan mendapat ganjaran pahala.
                      2- Seruan dan dorongan Islam supaya berbelanja kepada isteri dan anak-anak.

                      'the truth is out there'

                      Oleh :TuKuN
                      http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=176460

                      myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
                    • Best of Forum myMasjid
                      Diriwayatkan daripada al-Miqdam r.a, daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda: Seseorang yang memakan dari hasil usaha tangannya sendiri itu adalah lebih
                      Message 10 of 23 , May 19, 2002
                        Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada al-Miqdam r.a, daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda:
                        Seseorang yang memakan dari hasil usaha tangannya sendiri itu adalah lebih baik. Sesungguhnya Nabi Daud a.s memakan dari hasil usaha tangannya sendiri.

                        (Hadis riwayat Imam Bukhari).

                        -----------------------------------------------------

                        Kesimpulan Hadis:

                        1- Kelebihan melakukan pekerjaan dan perkilangan sebagai mencontohi perjalanan kehidupan para nabi a.s.
                        2- Makanan yang paling afdhal adalah dari hasil usaha sendiri.

                        'the truth is out there'

                        Oleh :TuKuN
                        http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=179609

                        myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
                      • Best of Forum myMasjid
                        Diriwayatkan daripada Khaulah al-Ansariyah r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang menyalahgunakan harta Allah
                        Message 11 of 23 , May 20, 2002
                          Sabda Rasullulah s.a.w Diriwayatkan daripada Khaulah al-Ansariyah r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
                          Sesungguhnya orang-orang yang menyalahgunakan harta Allah (baitulmal) tanpa hak, di hari kiamat nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

                          (Hadis riwayat Imam Bukhari).

                          -------------------------------------------------------

                          Kesimpulan Hadis:

                          1- Prihatin Islam terhadap harta kepunyaan umum dan ancamannya terhadap usaha untuk mencerobohnya tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak.
                          2- Harta adalah tulang punggung kehidupan, oleh yang demikianlah ia wajib dijaga terutamanya harta umum umat Islam.

                          'the truth is out there'

                          Oleh :TuKuN
                          http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=180394

                          myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
                        • Best of Forum myMasjid
                          ============================================================= Tajuk :Sabda Rasullulah s.a.w Untuk memberi respond kepada topik ini, sila ke URL berikut :
                          Message 12 of 23 , Oct 13, 2002
                            Sabda Rasullulah s.a.w =============================================================
                            Tajuk :Sabda Rasullulah s.a.w
                            Untuk memberi respond kepada topik ini, sila ke URL berikut :
                            http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=220181
                            =============================================================
                            Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
                            Allah s.w.t telah menentukan kadar zina bagi setiap orang anak Adam (manusia) yang tidak dapat dielakkan. Zina mata berlaku secara melihat, zina telinga berlaku secara mendengar, zina lidah berlaku melalui percakapan dan nafsu berangan-angan serta menginginkan sedangkan kemaluan boleh membenarkan atau membohonginya (melaksanakannya ataupun tidak).

                            (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

                            --------------------------------------------------------------------------------

                            Kesimpulan Hadis:

                            1- Nasihat supaya menjauhi zina, menjauhi perkara-perkara dan pendahuluan-pendahuluan yang boleh menyebabkan berlaku zina. Umat Islam hendaklah berhati-hati dengan tempat-tempat yang meragukan supaya dia dan anggota tubuh badannya selamat.

                            'the truth is out there'

                            Oleh :TuKuN
                            http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=220181

                            myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
                            =============================================================
                            Anda ingin mencari Jodoh? > www.myjodoh.net
                          Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.