Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Pengkalan Data myMasjid ..

Expand Messages
  • Forum myMasjid
    myMasjid merupakan laman web yang dapat mengumpulkan maklumat-maklumat seperti gambar, aktiviti masjid serta pelbagai data tentang masjid. Di seluruh Malaysia
    Message 1 of 1 , Nov 1, 2001
      "Pengkalan Data myMasjid . myMasjid merupakan laman web yang dapat mengumpulkan maklumat-maklumat seperti gambar, aktiviti masjid serta pelbagai data tentang masjid. Di seluruh Malaysia sahaja terdapat lebih dari 6000 masjid dan adalah mustahil untuk seorang individu mahupun satu organisasi seperti JAKIM sekalipun untuk mengemaskini data-data terkini sesebuah masjid di seluruh Malaysia.

      Justeru, saya ingin menjemput para netters sekalian agar memberi sumbangan dalam bentuk "maklumat" dalam melengkapkan pengkalan data myMasjid.

      Apa yang perlu anda lakukan adalah memdaftar sebagai Editor Awam myMasjid dan anda akan mendapat "access" untuk mengedit pengkalan data myMasjid. Anda hanya perlu memasukkan data-data masjid yang terdekat dengan tempat ada, seorang sedikit maka akan lengkaplah pengkalan data masjid seluruh Malaysia.

      Cara Mendaftar
      ~~~~~~~~~~~~~~
      1) Ke http://www.mymasjid.com.my/editor.asp
      2) Klik pada 'daftar' di bawah page tersebut.
      3) isikan semua data yang perlu.
      4) Anda adalah Editor myMAsjid !!

      Cara Menambah Masjid
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      1) Ke http://www.mymasjid.com.my/editor.asp
      2) Login
      -- Tidak Perlu jika telah login --
      3) Anda akan dibawa ke laman utama myMasjid
      4) Klik pada negeri anda.
      5) Klik pada daerah anda.
      6) Klik pada add Masjid
      7) Masukan Nama masjid anda.
      8) Klik Submit

      Cara Mengedit Pengkalan Data Masjid
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      1) Ke http://www.mymasjid.com.my/editor.asp
      2) Login
      -- Tidak Perlu jika telah login --
      3) Pada cari masjid taipkan nama masjid tersebut.
      4) Masjid berkenaan akan disenaraikan.
      5) Klik pada masjid tersebut.
      6) Anda akan dibawa ke laman khas masjid tersebut.
      7) Anda akan ternampak [Edit] di bahagian butiran, aktiviti khas dan am serta berita semasa.
      8) Klik pada Edit tersebut untuk mengedit bahagian yang anda inginkan.

      Untuk keterangan lanjut sila email ke : aalwi@...

      Sekian,terima kasih.

      Webmaster myMasjid
      Azrul Alwi.



      Life's too short . make the best of it ..

      Oleh :Rule.Net
      http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=37910

    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.