Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

RISALAH FIKIR (298) : MENGHIDUPKAN MALAM, WAKTU SAHUR DAN.......

Expand Messages
  • jalil@fka.utm.my
    RISALAH FIKIR (298) : MENGHIDUPKAN MALAM, WAKTU SAHUR DAN WAKTU DI ANTARA ZOHOR DAN ASAR...... Dan drp Naafi roh.a., katanya (menceritakan tentang) Ibnu
    Message 1 of 1 , Jul 1, 2001
    • 0 Attachment
      RISALAH FIKIR (298) : MENGHIDUPKAN MALAM, WAKTU SAHUR DAN WAKTU DI
      ANTARA ZOHOR DAN 'ASAR......

      Dan drp Naafi' roh.a., katanya (menceritakan tentang) Ibnu 'Umar
      r.a., bahawasanya Ibnu 'Umar r.a. adalah MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN
      BERSOLAT. (Sambil menghidupkan malam itu) Ibnu 'Umar bertanya
      kepadaku : Wahai Naafi', Adakah kita telah berada dalam waktu
      sahur ?

      Aku (ya'nii Naafi') menjawab : Tidak (ya'nii belum masuk waktu
      sahur/sahar lagi).

      (Bila Ibnu 'Umar r.a. mendengar jawapanku itu), maka beliau r.a. pun
      terus kembali MENERUSKAN BERSOLAT.

      Kemudian beliau r.a. bertanya lagi : Wahai Naafi', adakah kita telah
      berada dalam waktu sahur ?

      Maka daku pun menjawab : Ya .

      (Setelah beliau r.a. mendengar jawapanku itu), maka beliau pun terus
      DUDUK DAN BERISTIGHFAAR DAN BERDO'A SEHINGGALAH MASUK WAKTU SUBUH.

      Dan drp Naafi' (menceritakan tentang) Ibnu 'Umar r.a. bahawa
      Ibnu 'Umar r.a. adalah beliau r.a. MENGHIDUPKAN (BER'AMAL PADA)
      WAKTU DI ANTARA ZOHOR DAN 'ASAR.


      Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS- SOFWAH, susunan Al-
      Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a.,
      mujallad 1, halaman 577.

      Begitulah rentak kehidupan orang yang dekat dengan Allooh swt......

      Kembali kpd rentak kehidupan kita pula (terutama diri ana
      sendirilah) : pada waktu malam cukup lena tidur, pada waktu sahur
      lagi- lagilah lenanya tidur, dan pada waktu di antara zohor
      dan 'asar penuh kelalaian demi kelalaian.....

      Walhal diri semakin menuju ke qubur ...!!!
      Tetapi peningkatan persiapan tidak berlaku, malah terus
      menurun.....!

      Walloohu A'lam.
      Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar.
      Wassalaamu'alaikum wrb.
      Alfaqiiru ilallooh.

      MUFRODAAT :

      [1] 'IYAAD : repetition, reiteration, recurrence
      [2] 'IYAADAH : visit (with a patient), doctor's call (on a patient)

      [3] 'IYAADAAT : clinic, office (of a physician), consultation room
      (of a physician)

      [4] 'IYAADAH KHOORIJIYYAH : policlinic, outpatient clinic.
      --- End forwarded message ---
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.