Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Maahad Tahfiz Darul Fuqaha

Expand Messages
  • Mat Susu
    Pengambilan Pelajar Ting 1 Institut Pintar Tahfiz Fuqaha, Sg. Merab, Bangi, Sesi 2011 dibuka SABTU, 27.11.2010: Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (IPTAF)
    Message 1 of 1 , Dec 8, 2010
    • 0 Attachment

      Pengambilan Pelajar Ting 1 Institut Pintar Tahfiz Fuqaha, Sg. Merab, Bangi, Sesi 2011 dibuka

      SABTU, 27.11.2010: Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (IPTAF) merupakan institut pendidikan bersepadu; "Tahfiz, Akademik dan Agama Pengantar Arab, Berasrama Penuh" yang ditubuhkan oleh Darul Fuqaha khusus untuk masyarakat awam. Ia bertujuan melahirkan golongan profesional yang menghafaz al-Qur'an, fasih berbahasa Arab dan bersahsiah tinggi. Bermula sesi 2011 bahasa Arab akan dijadikan bahasa pengantar sepenuhnya dengan penyeliaan guru-guru berbahasa Arab, berbangsa Arab dan Melayu.

      Untuk pengambilan sesi 2011 seramai 30 orang pelajar dijangka terpilih untuk ditawarkan mengikuti pengajian di Tingkatan 1. Penekanan untuk tahun pertama lebih kepada pengukuhan hafazan dengan sasaran 7-10 juzuk al-Qur’an dan pengukuhan bahasa Arab menerusi sukatan agama dalam bahasa Arab sepenuhnya.

      Waktu hafazan bermula seawal 5 pagi hingga 6.30 pagi, seterusnya disambung pada pukul 8.00 -10 pagi. Bermula pukul 10.30 sehingga 12.30 tengahari pelajar akan mengikuti pengajian Talaqqi Kitab Tradisi, Pengajian Tarannum dan pengukuhan Bahasa Arab.  Bermula 2.30 petang pelajar akan mengikuti kelas akademik sehingga pukul 4.30 ptg. Seterusnya di waktu maghrib sesi hafazan diteruskan sehingga pukul 9.30 mlm.

      Yuran Bulanan yang dikenakan ialah RM400 sebagaimana berikut: Yuran Asrama Rm 100, Yuran Makan Minum RM 150, Yuran Pengajian RM150.

      Pengambilan Pelajar baru Tingkatan 1 sesi 2011 masih di buka. Sila hubungi Penolong Kanan Ust Azlan di talian 0192677703.

      Forum : respeks
      Facebook : respeks
      Weblog : respeks_group
      Weblog higoat : Mr_higoat
      Daftar Ahli Online : Daftar Online
      Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.