Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 
  • Back
  • About Group

  • Join Group
No activity in last 7 days

Group Description

Assalamualaikum Warahmatullah...

YahooGroups ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan perhubungan antara DPM dan ahli-ahli..Moga-moga YG ini dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin..

Sejarah Penubuhan
Dewan Perwakilan Mahasiswa
Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


1] PENDAHULUAN

Alhamdulillah dengan taufik dan hidayah serta inayahNya Yang Maha Besar, seluruh warga pelajar Malaysia di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra [MAQAZ] menikmati payung wadah pelajar ke arah merealisasikan tuntutan Ulul Albab yang bertaqwa melalui ilmu, iman dan amal.
Sesungguhnya era pelajar berhemah dengan kecairan fikiran yang dibentuk bertunjangkan kematangan minda yang subur semata-mata hanya mencerminkan golongan intelektual yang menjadi kembiri kepada insani berilmu dalam menterjemahkan tuntutan budaya ilmu di dalam masyarakat.

Adalah menjadi harapan seluruh pelajar Malaysia di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra memenuhi tuntutan di atas melalui Dewan Perwakilan Mahasiswa yang telah ditubuhkan sebagai satu wasilah agar dapat membangunkan masyarakat pelajar yang cemerlang dalam membantu kebangkitan umat Islam yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa serta dapat mengatasi penyakit masyarakat yang kita alami sejak dahulu lagi.

2] PENUBUHAN

Pada tanggal 23 Oktober 1992, tertubuhlah satu badan organisasi yang dinamakan DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA MAAHAD QIRAAT AL-AZAHAR; DPM [MAQAZ] Shoubra.

Penubuhan DPM MAQAZ melalui proses pilihanraya bagi menggantikan Ahli Jawatankuasa Tadbir sebagai wakil pelajar Malaysia di Persekutuan Malayu Republik Arab Mesir [PMRAM].

Keperihatinan dan tanggungjawab PMRAM terhadap kemaslahatan anak Malaysia di DPM [MAQAZ] Shoubra sebagai wadah pelajar bagi melangsungkan keseimbangan survival masyarakat beriman yang komited dengan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w.

YM n E-Mail : mymaqaz@yahoo.com

Group Information

Group Settings

  • This is a public group.
  • Attachments are permitted.
  • Members cannot hide email address.
  • Listed in Yahoo Groups directory.
  • Membership does not require approval.
  • Messages are not moderated.
  • All members can post messages.

Message History