Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Kursus Solat yang pertama di UK (UZAR)

Expand Messages
  • ummu kifah
    Assalamualaikum warahmatullah Dijemput hadir pd sesiapa di UK yang berminat. *Kursus Penghayatan Solat* *Tarikh: 24 Jan 2009 (Sabtu)* *Lokasi: Aberdeen, UK*
    Message 1 of 1 , Jan 12, 2009
    • 0 Attachment
      Assalamualaikum warahmatullah
       
       
      Dijemput hadir pd sesiapa di UK yang berminat.
       
      Kursus Penghayatan Solat
       
      Tarikh: 24 Jan 2009 (Sabtu)
      Lokasi: Aberdeen, UK
      Penceramah: Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net)
       
      Untuk info lanjut, boleh hubungi salah sorang di bawah ini:
       
       
      Asyraf: waasyraf@...
      ummu raed: khairunannam@...
       
      Yuran:
      Pelajar : £3
      Bekerja : £5
       
      Nota atau buku Ustaz Zaharudin juga available di sini..£8 sahaja.
       
      Penempatan untuk bermalam, akan diusahakan oleh pihak penganjur untuk satu malam jika perlu.Bagi yang mempunyai keluarga bolehlah hubungi AJK di atas untuk maklumat lanjut.
       
      Tempat adalah terhad..
       
      wasallam..
       
       
      Kursus Penghayatan Solat  
      Pertama di United Kingdom
       
      Oleh
      Zaharuddin Abd Rahman
       
      Kursus Penghayatan Solat yang kerap saya anjurkan di Malaysia, kini buat pertama kalinya akan dianjurkan di United Kingdom. Namun demikian penganjur memberitahu kepada saya ia hanya mampu memuatkan maksimum 60-70 peserta sahaja disebabkan bilik seminar yang kecil.
       
       
      Justeru, bagi sesiapa yang berada di UK dan sekitar Eropah yang ingin :-
      1) mengaudit semula solatnya sama ada berdasarkan mazhab Syafie,
      2) juga berkenalan dengan dalil-dalil berkaitan solat agar solat dapat diupgrade status solatnya kepada ibadah dengan ilmu dan bukan hanya dengan ikutan
      3) menghayati tuntutan solat dan punca kegagalan khusyu'
      4) berbincang dan bersoal jawab secara live
      Anda dialu-alukan untuk segera mendaftar kepada individu yang tercatat email dan nama mereka di poster.
       
      Tiada nota disediakan, kecuali sebuah buku bertajuk "Formula Solat sempurna" yang boleh anda tempah semasa daftar. Saya akan menghuraikan buku tersebut. Namun ia adalah optional.
       
      Kursus dibuat di dalam bahasa Malaysia.
      Saya hanya ingin berkongsi ilmu, keputusan di tangan anda.
      Sekian
       
       
      Zaharuddin Abd Rahman
      6 januari 2009
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.