Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

5959Fwd: [melayucyber] akidah membentuk insan takwa

Expand Messages
  • MaZliZa AiNi
    Apr 12, 2002
    • 0 Attachment
      >From: iimah@...
      >To: melayucyber@yahoogroups.com
      >Subject: [melayucyber] akidah membentuk insan takwa
      >Date: Fri, 12 Apr 2002 13:32:37 +0800 (SGT)
      >
      >AQIDAH MEMBENTUK INSAN TAQWA
      >
      >
      >1. PENGENALAN
      >
      >1.1 Aqidah
      >
      >Dari Bahasa Arab yang memberi erti ikatan, simpulan atau pegangan
      >manakala menurut istilah ialah keimanan yang tegas yang tidak
      >membawa kepada keraguan bagi orang yang berpegang dengannya.
      >
      >1.2 Maksud Aqidah Islam
      >
      >Ialah keimanan yang tegas terhadap Allah S.W.T. dan beriman kepada
      >apa-apa aqidah tauhid seperti yang terkandung dalam rukun Iman.
      >
      >1.2.1 Percayakan Allah sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus
      >baginya serta taat setia kepada-Nya yang tidak berbelah bahagi
      >seperti firman Allah S.W.T. yang bererti:
      >
      >"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah sesungguhnya aku bimbang
      >(kamu menyembah yang lain) kamu akan ditimpa azab yang bersangatan
      >dihari pembalasan nanti." (Surah Hud: 26)
      >
      >1.2.2 Beriman kepada Malaikat
      >
      >Maklhuk Allah yang dijadikan dari cahaya sentiasa taat kepada
      >Allah, melaksanakan tugas yang ditentukan kepadanya tidak melanggar
      >larangan.
      >
      >1.2.3 Beriman kepada Kitab
      >
      >Kitab-kitab Allah yang wajib kita beriman secara ditel ialah 4 buah:
      >
      >Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
      >
      >Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
      >
      >Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
      >
      >Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
      >
      >Kitab terakhir inilah disuruh kita membaca dan wajib mengamal
      >dengannya.
      >
      >1.2.4 Beriman kepada para Rasul
      >
      >Rasul adalah utusan Allah untuk menyampaikan ajarannya kepada
      >manusia. Bilangan mereka ramai yang wajib kita percaya secara ditel
      >hanya 25 orang. Muhammad s.a.w. Rasul terakhir yang menjadi ikutan
      >kita.
      >
      >1.2.5 Beriman kepada Hari Akhirat
      >
      >Hari Akhirat ialah alam yang manusia menerima pembalasan dari Allah
      >S.W.T. Manusia akan hidup kekal di sana.
      >
      >1.2.6 Beriman kepada Qada' dan Qadar
      >
      >Bahawa buruk dan baik adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
      >
      >2. TAQWA
      >
      >2.1 Erti Taqwa
      >
      >2.1.1 Asal maknanya ialah sentiasa meletakkan diri dalam keadaan
      >terkawal dan terpelihara iaitu dari semua perkara yang berbahaya
      >sama ada kepada iman dan diri seseorang.
      >
      >2.1.2 Pada istilah Ulamak
      >
      >Menurut para Ulamak, Taqwa itu adalah menuruti perintah Allah
      >S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya lahir dan batin, serta
      >merasakan bahawa kebesaran yang hakiki adalah bagi Allah S.W.T.
      >yang patut kita merasakan kehebatan, kekuatan, ketakutan dan
      >kegerunan terhadap-Nya.
      >
      >3. AQIDAH MEMBENTUK INSAN TAQWA
      >
      >3.1 Aqidah menjadi asas utama membentuk diri manusia seorang muslim
      >dan mukmin yang bertaqwa dan Allah S.W.T. menyuruh manusia hidup
      >beriman dan berugama Islam.
      >
      >Firman Allah S.W.T. yang bererti:
      >
      >"Berimanlah kamu kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya serta kepada
      >penerangan cahaya (Al-Quran) yang kami turunkan. Dan (ingatlah)
      >Allah amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu
      >kerjakan." (Surah At-Taghabun: 8)
      >
      >Firman Allah S.W.T. lagi, ertinya:
      >
      >"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
      >(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya." (Surah Al-Baqarah: 208)
      >
      >3.2 Aqidah membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana
      >tertakluk di bawah itu Iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia
      >dalam perkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah S.W.T.,
      >Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, Takdir
      >Baik dan Jahat.
      >
      >3.3. Iman juga membentuk diri manusia bersifat sabar, mengasihi
      >saudara seugama sebagaimana mengasihi diri sendiri, bercakap dalam
      >perkara-perkara kebajikan, memuliakan tetamu, menghubungkan
      >silaturrahim, tidak menyakiti jiran tetangga dan lain-lain lagi.
      >semua perkara tersebut adalah timbul dari keimanan yang dibentuk
      >oleh aqidah.
      >
      >3.4 Islam membentuk diri manusia dalam perkara-perkara zahir, iaitu
      >mengucap dua kalimah syahadat, mengerjakan sembahyang, berpuasa di
      >bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, mengerjakan ibadat haji dan
      >juga menyeru kepada kebaikan (ma'aruf) dan mencegah kemungkaran
      >(mungkar). Oleh itu dalam aqidah Islam, iman dan Islam tidak boleh
      >dipisahkan, kerana kedua-duanya tertakluk di bawah aqidah yang
      >membentuk diri manusia menjadi muslim dan mukmin yang sebenar.
      >
      >4. ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
      >
      >4.1 Islam sebagai ugama Allah S.W.T. yang sebenar yang diredhaiNya
      >telah mengaturkan bebagai-bagai sistem. Antaranya sistem ibadat
      >yang memperlihatkan keutuhan perhubungan antara hamba dengan Allah,
      >antara hamba dengan hamba, masyarakat dengan masyarakat, negara
      >dengan negara dan sebagainya.
      >
      >4.2 Dalam konteks ibadat yang berbentuk khusus, Islam telah
      >menentukan jenis-jenisnya dan menetapkan cara-cara perlaksanaan
      >yang tersendiri dan tersusun rapi demi menuju pencapaian matlamat
      >kesempurnaan dalam berugama, merangkumi keduniaan dan keakhiratan.
      >
      >4.3 Di dalam pengajaran Islam terdapat solat, puasa, zakat, haji
      >menyuruh melakukan ma'ruf dan mencegah yang mungkar, berkahwin
      >memberi nafkah, membahagikan harta kekayaan, berniaga dan
      >menggadai, menyewa dan meminjam, mengikat dan menepati janji-janji,
      >tolong-menolong dalam urusan kebaikan, melaksanakan fungsi
      >keadilan, memperbaiki ekonomi, mempertinggikan pengetahuan,
      >mengatur dan memimpin masyarakat dan seterusnya memimpin dan
      >mentadbir negara mengikut lunas-lunas Islam menuju negara bahagia,
      >aman makmur di bawah keampunan Allah S.W.T. Segala yang disebut itu
      >adalah menggambarkan kesempurnaan Islam itu sebagai "Ad-Din" yang
      >juga disebut Islam sebagai cara hidup yang sempurna.
      >
      >5. KESAN TANPA AQIDAH
      >
      >5.1 Menolak Ke-Esaan Allah
      >
      >Setiap orang Islam wajib beriman dengan penuh yakin bahawa Allah
      >Taala itu Ada, Maha Esa lagi Maha Sempurna dan Dialah sahaja yang
      >mesti disembah. Kalimah syahad yang ertinya:
      >
      >"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w.
      >adalah pesuruh Allah."
      >
      >Orang yang tidak mempunyai aqidah yang teguh, akan menolak ke-Esaan
      >Allah S.W.T.
      >
      >5.2 Menolak Semua Samiyyat
      >
      >Samiyyat ialah sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat oleh
      >pancaindera manusia semata-mata. Ia hanya diketahui melalui
      >perkhabaran Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah s.a.w. sahaja.
      >Contohnya dosa dan pahala, syurga dan neraka, hisab, Padang
      >Mahsyar, Titian Siratul Mustaqim dan lain-lain.
      >
      >Orang-orang yang tidak mempunyai aqidah yang kuat dan kukuh akan
      >menolak semua samiyyat.
      >
      >5.3 Menolak Qiamat dan Akhirat
      >
      >Qiamat ialah hari pembinasaan, kehancuran, kemusnahan dan
      >sebagainya. Sebagai seorang Muslim kita wajib percaya dengan
      >sepenuh hati bahawa hari Qiamat pasti berlaku, di mana alam dan isi
      >kandungannya akan hancur. Manusia dihidupkan semula bagi menghadapi
      >pengadilan Allah dan menerima keputusan masing-masing.
      >
      >Orang yang tidak ada aqidah akan menolak berlakunya qiamat ataupun
      >hari akhirat.
      >
      >Di akhirat manusia akan menerima pembalasan, yang baik syurga yang
      >tidak baik neraka.
      >
      >Kesan bila menolak perkara-perkara tersebut, maka mereka sanggup
      >pula meninggalkan perintah dan melanggar larangan Allah S.W.T.
      >
      >Oleh itu aqidah mesti dijaga supaya tidak rosak. Rosak aqidah
      >rosaklah segala-galanya. Mantap aqidah mantaplah segala-galanya.
      >
      >6. PENUTUP
      >
      >6.1 Mereka yang ingin bahagia hidup di dunia dan akhirat hendaklah
      >membentuk diri mereka dengan iman dan Islam yang berasaskan aqidah
      >yang sahih, iaitu yang berlandaskan kepada Al-quran dan Al-Sunnah
      >s.a.w.
      >
      >6.2 Setelah peribadi muslim dapat dibentuk melalui aqidah Islamiah
      >maka hendaklah diikuti pula dengan amal-amal yang soleh (kebaikan).
      >Kerana orang yang beriman (beraqidah) dan beramal soleh adalah
      >merupakan orang yang paling untung lagi bertuah di dunia ini namun
      >rugi dan kecewa tidak sekali-kali.
      >
      >6.3 kita sebagai muslim hendaklah berpegang teguh dengan aqidak
      >Islamiah.
      >
      >6.4 Berusaha hidup membangun bersama Islam.
      >
      >
      >
      >Disediakan oleh:
      >
      >Ustaz Mohd. Hussin Mat Nawi
      >
      >-----------------------------------------------------------------------------
      >This mail is sent through: Catcha.com
      >
      >Get your FREE Email from Catcha! http://mail.catcha.com
      >




      _________________________________________________________________
      Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com