Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

15972Fw: [UniS_MSS] Program Fiqh Luar Negara: Mudah Praktik Islam di mana-mana

Expand Messages
  • Hezerul Abdul Karim
    Oct 16, 2008
    • 0 Attachment


      Assalamualaikum

      Sempena bulan Syawal yang mulia ini, saya mewakili pihak penganjur ingin  mengumumkan tentang program ini yang akan diadakan Sabtu , 18 Oktober di University of Surrey, Guildford:

      First time travel overseas? Macam mana nak solat bila tak ada surau? Dekat mana nak ambil wuduk? Apa nak buat kalau tandas tak ada air? Macam mana nak kongsi dapur dengan non-Muslim? Macam mana nak bergaul dengan mereka? Makanan apa yang boleh beli dekat kedai? Macam mana nak solat pada musim sejuk, dahlah waktu solat pendek? Kelas & lab pula sepanjang hari!
      Musim panas pula Isyak lewat sangat & Subuh awal sangat! Jadual solat mana nak ikut? Macam mana nak puasa bila hari panjang? Kenapa mula puasa & hari raya berbeza dengan Malaysia? Macam mana nak study dalam keadaan macam ni?

      Semua kemusykilan anda & kemudahan dalam Islam yang jarang kita dengar akan dikupas oleh Ust. Maszlee Malik berdasarkan bukunya: Fikah Luar Negara: Mudah Praktik Islam di mana-mana

      Tentatif:
      12.45 : Solat Zohor
      1.00-3.30 : Talk
      3.30-4.00 : Rehat & Solat Asar
      4.00-5.30 : Talk bersambung
      5.30 : Jamuan ringan & bersurai

      Semua peserta akan diberi sijil!*

      Biodata Penyampai:
      Ust. Maszlee Malik adalah pensyarah di Jabatan Fiqh & Usul Fiqh di Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusian UIAM. Beliau aktif dalam bidang penulisan dan kebanyakan tulisan beliau adalah berkenaan isu Palestin, isu umat Islam antarabangsa dan fiqh kontemporari. Beliau kini mengikuti pengajian PhD di Durham dan mempunyai blog di alamat maszleemalik. blogspot. com

      Jumpa di sana!




      *Akan diusahakan

      Sekian harap maklum, wassalam.

      Ashrani Aizzuddin b. Abd. Rahni
      CVSSP, FEPS, UniS