Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
  • Back
  • About Group

  • Join Group
97 messages added in the last 7 days

Group Description

Assalamualaikum wr wb.........

Mengapa tertubuhnya group ini? Mungkin itulah salah satunya pertanyaan dan persoalan yang sering bermain dan berligar di dalam fikiran kita semua. Alhamdullilah........maka sesungguhnya dengan innayah dari Yang Maha Esa dan dengan sedikit kurniaNya maka lahirlah MAHLIGAI ini.

Kini MAHLIGAI yang mengunjungi anda dan para pembacanya yang budiman adalah ibarat akar sebelum adanya rotan.

Setiap group yang ditubuhkan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Namun apa yang saya rasakan dan lalui ialah adakalanya kita ini seolah-olah terasa terkongkong untuk berkarya dan adakalanya pula seperti ada ketidakpuasan dan sekatan untuk menyertai sesebuah group. Ini pada dasarnya merupakan satu hambatan untuk kita.

Marilah menyemarakkan lagi wadah email dan mengasah bakat kreativiti anda dengan mengirimkan sebarang artikel seperti cerita, puisi, pantun, kata-kata nasihat, gambar2 menarik serta apa saja yang tidak bercorak seksual ke MAHLIGAI ini supaya dapat kita berkongsi informasi dan saling mempereratkan silaturrahim di antara sesama insan tanpa mengira usul Timur...Barat...Utara mahupun Selatan.

Mudah-mudahan dengan sumbangan idea-idea yang bakal anda sajikan buat santapan bersama dapat mengilhamkan cara membangun ilmiah yang hak pada pemikiran baru menuju kepada asas yang sejati dan murni.

Anggaplah MAHLIGAI ini seperti singgahsana kita bersama. Bentuk dan corakkanlah dengan warna-warna ria agar MAHLIGAI kita kelihatan tersergam indah dengan bahan-bahan yang mencerna minda dan memberi kemanfaatan serta menjana impian kita bersama.

Semoga MAHLIGAI yang anda semua bina akan berkekalan dan menjadi pedoman sehingga ke akhir hayat.......ibarat tak lekang dek hujan....tak lapok dek panas........Insyaallah.


"Tunjangkan resahmu di dada solat...himpunkan peritmu di genggaman doa...tutupi kekecewaan dgn taqwa...dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Group Information

  • 11417
  • Families
  • Jan 31, 2003
  • English

Group Settings

  • This is a restricted group.
  • Attachments are permitted.
  • Members cannot hide email address.
  • Listed in Yahoo Groups directory.
  • Membership requires approval.
  • Messages require approval.
  • All members can post messages.

Message History