Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

546DEMONSTRASI Membantah - Seksualiti Merdeka 2011 - anjuran PEMBELA, di Masjid Negeri, Shah Alam, Jumaat, 4 November

Expand Messages
  • Ikatan Muslim Malaysia
    Nov 2, 2011
      DEMONSTRASI Membantah - Seksualiti Merdeka 2011 - anjuran PEMBELA, di Masjid Negeri, Shah Alam, Jumaat, 4 November

      PEMBELA membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penajaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama. Penganjur program "Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear" juga ingin mencabar kedudukan perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan.


      Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.

      Program tampa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia. Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara.

      Bantahan PEMBELA adalah berdasarkan kepada Artikel 25 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang dipersetujui oleh semua negara Islam bahawa setiap polisi yang hendak dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.

      Nyata sekali LBGT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) telah bercanggah dengan syariah dan bercanggah dengan deklarasi itu.

      Hak asasi perlu dipandang dalam kerangka agama supaya umat Islam tidak akan menjadi seperti di negara barat yang membenarkan hubungan sesama jenis yang di luar batas agama.


      Program DEMONSTRASI ada lah bertujuan MEMBANTAH kepada gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Demonstrasi ini adalah anjuran PEMBELA bersama NGO NGO Islam.

      Antara yang akan berucap dan memberi kenyataan untuk akbar dan media ada lah:

      1. Dr. Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA
      2. YB Dato Dr. Hasan Ali, EXCO Negeri Selangor
      3. Ketua Prowaris
      4. Ketua Perkasa
      5. Ketua Pemuda PAS
      6. Ketua FORKAD
      7. Pemimpin Pelajar
      8. Pemimpin Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
      9. Jemputan jemputan Khas

      Demonstrasi akan di adakan seperti berikut:

      Tarikh: 4 hb November, 2011 (Jumaat)

      Masa: 2.45 Petang

      Tempat: Masjid Negeri Sultan Sallahuddin, Shah Alam, Selangor


      Sidang Akbar : 4.30 Petang
      Tempat: Perkarangan Masjid

      Hubungi

      PEMBELA
      No. 25, Jalan Bandar 3
      Taman Melawati
      53100 Kuala Lumpur.

      (Sdr. Wan Burhan): logonwb@...
      (Sdr. Karim): akarimomar@...
      (sdr. Alif Basri, Setiausaha Kerja Pembela): aliffbasri@...

                                                                              (Tolong Hebahkan Segera)