Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

544Re: PR Kantoi lagi... Ahli Nujum Pak UMNO..

Expand Messages
  • Hizamri Johari
    Oct 20, 2011
      Salam

      Dahsyat nujum UMNO ni..

      [17.16] Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

      Jawapan saya


      http://www.youtube.com/watch?v=db-qmnTqSRs&feature=related ( Hudud - Dr Marsitah vs Ustaz Azhar )

      http://www.youtube.com/watch?v=ZmGi77cf7IU ( Hudud Untuk Bukan Islam )

      WAllahua3lam
      Wassalam
      Hizamri

      From: nizam penang <nizam_bgchik@...>
      Date: Monday, October 17, 2011, 1:59 AM

      Kita tengok sape yang bodoh ye.. 

      [2.13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

      Hasil kajian rambang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13, maka parti yang paling banyak kerusi ialah DAP, diikuti dengan PKR dan PAS. Manipulasi data menunjukkan ratio 5 : 3 : 2 (DAP : PKR : PAS).

      KAJIAN RAMBANG je.. RAMBANG = serkap jarang.. SUKAR dipercayai..

      Sekiranya DAP mewakili separuh kerusi kerajaan di Dewan Rakyat, mana mungkin DAP akan berdiam diri dan memberikan laluan mudah kepada PKR sebagai Perdana Menteri. Sejarah DAP turut tercatit di Perak di mana DAP ingin menjadi Menteri Besar; bagaimanapun Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkannya, maka jawatan itu diberikan kepada Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).

      Memang dah dilantik pun ketika PRU12.. Sebelum BN merampas kuasa.. Apakah akan terjadi kejadian lompat melompat sekali lagi..???


      Dalam kes siapa akan jadi Perdana Menteri, Perlembagaan tidak ada halangan kepada DAP untuk jadi PM. Maka, tentunya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri dan kenyataan Anwar untuk “memberi” kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada Cina tidak timbul. Kalau pun ada, ia mungkin membawa maksud DAP menjadi Perdana Menteri dan PKR akan meletakkan wakilnya berbangsa Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, segalanya dalam politik tidak ada yang mustahil.

      Cina Melayu India dll... semuanya berhak keatas bumi ALLAH SWT ini.. Kalau nak berkuasa sangat.. buatlah bumi sendiri.. kemudian perintahlah ikut suka hati.. Sure Allah SWT tak kisah punya.. 

      Apapun yang jelas, kenyataan LGE bila ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ia sedia melantik Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. LGE menolak. Apakah sebenar yang cuba diaturkan oleh DAP?

      [8.30] Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.


      Kesimpulannya, PRU13 adalah pita pengukur kemampuan kerajaan BN sekarang untuk terus kekal dipercayai rakyat atau kerajaan PR menakluki Putrajaya. Rakyat kini sebenarnya dalam dilema. Banyak isu yang diundang dari BN yang belum terjawab serta sudah semakin hilang kepercayaan kepada PR. Jadi pembangkang atau kerajaan? Mereka kebanyakkan berada di atas pagar.

      Tak terjawab ke.. tak bagi peluang untuk jawab???

       Sedarlah orang Melayu sekarang, jikalau pelbagai senario tidak mustahil berlaku!
      Orang Melayu bangsat seperti DSAI, Nik Aziz, dan Nizar dan yang lain-lain lagi dari PAS!!

      Yang cuba tegakkan hudud Allah SWT dikatakan bangsat.. Yang menentang hukum hakam Allah disanjung...

      http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3542-mahathir-gets-earful-on-hudud-after-daring-nik-aziz.html

      Dzulkefly was responding to former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who urged Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat should now implement the laws because he no longer was the prime minister.

      Then, Mahathir, in a letter to Nik Aziz, warned Kelantan it had no right to implement hudud as it did not have any backing from the Federal government to amend the Federal Constitution.

      LGE jikalau dia menjadi TPM di negara ini. Mungkin pelbagai senario akan berlaku, seperti:

      KALAU..JIKALAU.. submarine pun boleh terbang.. Kapal terbang pun boleh menyelam... 

      1. LGE akan bekerjasama dgn PAP di S'pura, (sekarang dia sedang mencuba dari Singapura) mengetepikan hak orang Melayu, menghapuskan hak asasi & kedaulatan & kesultanan Melayu di Tanah Melayu dgn mementingkan bangsa mereka sahaja. 

      Hmm...Penuh dengan buruk sangka.. BUSUK dan BERULATnya hati dia.. Hitam lagi gelap dari hidayah....

      2. Menghapuskan hak kepunyaan dan kehidupan bumi putra & orang asli secara beransur-ansur yg sekarang nampaknya sedang diancam oleh PAS di Kelantan, Gua Musang.(Tok Guru adalah satu drpd liabiliti ini.)


      3. Menyatukan Singapura, Penang, Sarawak & Sabah. 

      Pepatah Melayu.. Bersatu teguh.. Bercerai roboh...
      Falsabah UNMO.. Bersatu UMNO lemah.. Bercerai UMNO Raja..


      4. Menggandakan kerakyatan Cina & India di seluruh Malaysia melebehi orang Melayu, jadi pilihan raya di generasi-generasi akan datang (PRU14 atau 15) akan sukar di capai oleh parti yang pro Melayu. LGE akan meluluskan pergandaan kerakyatan Malaysia dari Cina & India, mengutamakan bahasa Mandarin.

      BANGLA.. INDON.. VIETNAM dll dah ramai jadi warga negara dah layak mengundi..

      5. Mengkayakan bangsa Cina dgn membeli banyak tanah yg terpaksa dijual oleh PAS & PKR kerana kebanyakan orang Cina dan India semuanya adalah taukeh dan jutawan.


      Tanah di Kelantanlah yang paling sedikit tergadai kepada bukan Islam....


      6. Anwar akan meluluskan undang-undang pro-homoseksual kerana bangsa asing yang kafir tidak akur dgn ajaran dari Al-Quran yang mengharamkan sodomy. Jenayah, pelacuran dan penjudian akan berlipat ganda.

      Zina/Pelacuran/Jenayah/Perjudian/Arak.. memang dah bermaharaja lela pun di Malaysia ni.. Bilala nak sedar..

      7.Ramai generasi muda Melayu akan terjebak didlm homoseksual yang akhirnya akan merosakkan masa depan mereka dan akhirnya bangsa Melayu akan runtuh maruah, tumpas bangsa, ekonomi,bahasa, ugama dan budaya.

      Sebab tu la kena laksanakan hudud.. InsyaAllah kalau hudud terlaksana.. Semua homosekual.. lesbian.. transeksual.. yang degil akan di hukum rejam... Maka bersihla Melayu/Islam dari golongan ini.. Yang kafir.. Biarla.. Kalau mereka nak menolak hudud...

      8. Anwar sendiri akan di tumpaskan oleh parti DAP kerana Karpal S adalah manusia yang tidak konsisten pendiriannya terhadap Anwar dan LGE akan menerajui seluruh Malaysia sebagai PM.


      Semuanya BALA dari Allah kerana UMNO INGKAR perintah Allah SWT ketika mereka berkuasa..

      [17.16] Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.



      ZamR


      =========================================================================================

      Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

      Setelah satu hari menunggu giliran untuk berucap bahas bajet 2012, akhirnya sebelum rehat pukul 1 tghari , saya memulakan ucapan dan kemudian menyambongnya pukul 2.30. Kami diberi 20 minit  untuk berbahas. Terlalu banyak yang hendak diperkatakan tetapi malangnya masa tak cukup. Saya telah menyentuh beberapa tajuk besar antaranya tanggungjawab membuat keputusan terbaik, kritikan bajet secara menyeluroh, soal alam sekitar, keselamatan dan peranan agama. Saya memulakan ucapan dengan membaca ayat Quran dari Surah Hud ayat 88, yang membawa tema perlunya reformasi atau dalam istilah Al Quran Al Islah. Saya juga memetik kata- kata hikmah orang tua-tua memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin:
      “Mengejar pangkat mau menjilat
      Mengejar harta mau melata
      Mengejar kedudukan mau melendan
      Mengejar pengaruh mau bergaduh
      Mengejar dunia mau menganiya”
      Saya menyatakan juga tentang kegagalan dasar kerajaan dalam menangani isu kesan alam sekitar. Saya membawa contoh Bukit Merah yang pernah dicadangkan untuk tapak loji nadir bumi yang akan dikendalikan oleh Mitsubishi dari Jepun. Usaha itu mendapat tentangan pada tahun 1982 sehingga 167,000 penduduk Pekan Papan dan sekeliling telah membantah kerana kesan alam sekitar yang membahayakan kesihatan penduduk, antaranya leukimia, keguguran, cacat kelahiran dan kanser paru- paru. Kejayaan menutup tapak itu adalah tanda kejayaan NGO menimbulkan kesedaran bahaya kesan alam sekitar dan ia juga menandakan sikap penduduk yg prihatin yang tidak rela dijadikan mangsa di atas nama pelaburan yang menguntungkan. Walaupun kini dalam pasca Bukit Merah masih ada berbaki 800,000 ton sisa radioaktif yg belum dihapuskan. Untuk menghapuskan sisa radioaktif itu menelan belanja US100juta. Malah kematian akibat kesan radioaktif ini juga tinggi iaitu 9 kes kematian kerana leukimia, selalunya kes leukimia hanya berlaku dalam kes terpencil.
      Tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan kes yang sama akan dibuka di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Corp dari Australia. Bayangkan kalau Bukit Merah luasnya hanya 9 ekar, kini di Gebeng luasnya 100ekar iaitu seluas 140 padang bola! Apakah sikap kerajaan yg lebih melihat laba ekonomi dan keuntungan dari kesan jangkapanjang yang mengancam keselamatan dan kesihatan awam? Dasar kerajaan terperangkap antara mengaut keuntungan atau menyelematkan kesan alam sekitar dari radioaktif. Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa radioaktifnya rendah tetapi sebagaimana yang digambarkan oleh pencinta alam sekitar relatifnya radioaktif itu rendah tidak menafikan ianya bahaya cuma tahapnya sahaja rendah atau tinggi!
      Dalam menyentuh persoalaan Gebeng, ucapan saya dicelah oleh Ulu Selangor bertanyakan saya secara nakal apakah saya bertentangan pendapat dengan Hulu Langat dari Pas yang memberikan pandangan bahawa radioaktif di tapak Gebeng tidak bahaya. Semua sudah mengetahui bahwa Hulu Langat, Yb Dr Che Rosli adalah pakar nuklear yang dihormati. Saya mengatakan di sebalik saya memghormati pandangan Dr Che Rosli, kes Bukit Merah menjadi rujukan secara hidup kesan dari sisa radioaktif, ia tidak perlu untuk mana mana pakar untuk memberitahu kita apa yang berlaku di Bukit Merah.
      Saya sempat juga menyentuh isu keselamatan di mana saya mendedahkan surat yang saya terima secara misteri. Saya menerima dari orang lain surat itu yang meminta saya supaya mendedahkannya. Surat itu ialah dari PGA (Pasukan Gerak Am) Briged Tengah mengarahkan anggotanya dan keluarga mereka serta pesara polis supaya menandatangani memorendum membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tentang peranan Mat Indera yang dikatakan seorang komunis. Saya menegaskan bahawa kalau betul surat arahan dari Pegawai Tinggi Polis dalam kes Mat Sabu, maka polis tidak profesional dan telah campurtangan dalam persoalan yang sifatnya politik! Adakah polis secara sengaja cuba menimbulkan kemarahan  terhadap Mat Sabu? Ataukah Polis menerima arahan dari pihak politik untuk merencanakan kebencian terhadap Mat Sabu? Saya minta Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan tentang surat ini. Saya diganggu dalam ucapan saya oleh Kulim-BandarBharu yang menuduh saya membuat fitnah! Saya kata saya cakap dalam parlimen dan bukan di kedai kopi! Saya bertanggunjawab atas soalan saya.
      Kerana diganggu, masa saya terjejas jadi isu peranan agama saya tak sempat nak perincikan. Saya mencadangkan hubungan antara agama mestilah memperbanyakkan dialog dan perbincangan secara bertamadun dan bukan dengan menimbulkan kemarahan atau isu yang sensitif. Saya mencadangkan juga akta zakat bagi memperkemaskan pengurusan dan kawal selia zakat bagi membantu pengukuhan umah. Malangnya masa tidak cukup dan saya terpaksa berhenti setelah diarahkan oleh Tuan Speaker.
      Selesai ucapan saya membuat sidang akhbar bersama rakan dari Kuala Kedah atas dua isu. Pertama sikap kami secara peribadi dalam perhimpunan sejuta umah di mana kami melihat ini eksploitasi Umno dan golongan desperate untuk menimbulkan kebencian antara agama dan bukan keharmonian antara agama. Kedua saya mendedahkan surat yang saya terima secara misteri yang memberi petunjuk bahawa Polis dari PGA terlibat mengarahkan secara resmi supaya anggotanya , keluarga dan pesara menandatangan kempen membantah Kenyataan Mat Sabu. jikalau ini berlaku ia sesuatu yang malang bagi Polis yang tercalar imej mereka kerana menjadi alat kepada pihak tertentu yang desperado untuk berpegang kepada kuasa mereka yang semakin terhakis.

      =========================================================================================

      Kerajaan tidak harus menyekat hak orang ramai daripada mendapat maklumat yang sepatutnya mereka peroleh, melalui pelbagai peraturan dan undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS).
      Jane E.Kirtley, Professor, Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi Massa University of Minnesota berkata, bagi negara yang mempunyai undang-undang seumpama itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan bidang akta itu kepada beberapa jenis dokumen dan hanya sesetengah orang yang tertakluk di bawah undang-undang itu.
      “Saya rasa adalah salah untuk mana-mana kerajaan menyekat maklumat awam dengan mengisytiharkan maklumat itu sebagai sulit,” katanya dipetik Bernama Online selepas menyampaikan ceramah pada bengkel bertajuk “Media dan Undang-undang & Kod Etika” anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini.
      Kirtley berkata jika mengekalkan OSA atas sebab keselamatan negara, kerajaan perlu menjelaskan maklumat tertentu yang akan diklasifikasi sulit kerana setiap negara mempunyai situasi berbeza dalam perkara yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
      Beliau menyebut contoh kerajaan British memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1911, yang menyebut bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk mendedahkan sebarang maklumat rasmi tanpa kebenaran pihak berkuasa, dan menggantikannya dengan Akta Rahsia Rasmi 1989.
      Mengikut undang-undang baru itu, adalah menjadi kesalahan untuk mendedahkan maklumat rasmi hanya jika ia tertakluk dalam kategori khas dan hanya jika pendedahannya menggugat kepentingan negara.
      Kirtley berkata wartawan tidak seharusnya dikehendaki mematuhi OSA kerana ia melanggar kod etika kewartawanan untuk mencari kebenaran, kejujuran, keadilan dan keberanian dalam mengumpul, melapor dan mentafsir maklumat.

      =========================================================================================
      ELANG PATAH - Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat
      (PKR) Johor mempersoalkan bagaimaana UMNO mendakwa begitu efisyen dalam mengurus tadbir negara ini namun dalam masa yang sama memperlihatkan 11 juta rakyat masih berada pada tahap berpendapatan sederhana sedangkan negara ini mempunyai sumber alamnya yang banyak.

      "Kenapa negara yang diberkati Allah, sumbernya kaya, tanah subur, tanah hijau tak ada padang pasir, telaga minyak banyak. Tapi kenapa11 juta rakyat hidup sederhana berpendapatan rendah?" soalnya lagi.

      Dalam pada itu katanya Singapore yang dulu dipandang rendah hingga dakwanya Malaysia telah memutuskan untuk berpisah namun hari ini negara tersebut jauh lebih maju meninggalkan negara jirannya.

      ''Hari ini, Singapore 5 kali ganda 500 % lebih daripada orang kita di Malaysia.'' ujarnya lagi.

      Hal ini terjadi kerana katanya wujudnya gejala rasuah, salah urus tadbir, ketirisan dan penyelewengan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak, mungkinkah soalnya suatu hari nanti, negara boleh jadi bankrap jika tidak tidak diurus secara berhemah.

      '' Kalau tak berhemah seperti Najib, kita bankrap. Bankrap satu hari nanti.'' tegasnya lagi.

      Katanya lagi UMNO sering berbangga dengan dasar ekonomi sedia ada dan mendakwa itu merupakan usaha mereka untuk mempertahankan kaum bumiputera Melayu sedangkan daripada 11 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 1500.00, 8 juta daripadanya adalah orang Melayu.

      ''Pendapatan rakyat yang kurang RM 1500.00 daripada 11 juta itu, 8 juta adalah Melayu.

      ''Apa bangga UMNO iaitu dasar ekonomi untuk pertahankan bumiputera Melayu?
      Ini bohong belaka ! Saya tak nampak orang Melayu yang kaya di Ulu Pulai ini'' katanya dengan nada sinis sambil disambut tepukan daripada orang ramai.

      Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa bersama Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.


      http://ibn75.wordpress.com/

      =========================================================================================
      =========================================================================================
      =========================================================================================