Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

FW: Dividen ASB tak wajib zakat? Insurans Islam?

Expand Messages
  • Nurazlina Azmi
    Kwn2 semua, Assalaamu alaikum... Jawapan penceramah terkenal, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, dalam Utusan Malaysia Online, 1hb Disember 2006, mengenai zakat
    Message 1 of 1 , Jan 5 12:15 AM


      Kwn2 semua,

      Assalaamu 'alaikum...

       

      Jawapan penceramah terkenal, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, dalam Utusan Malaysia Online, 1hb Disember 2006, mengenai "zakat untuk dividen ASB" & "Insurans Islam".

       

      Info untuk kita semua.... Wallahu a'lam.

      Tk, wassalamu 'alaikum wbt....

       

      HIJRAHnet,

      Kemaman.

      _____

       

      Dividen ASB tidak diwajibkan zakat

      Bersama: MOHD. FARID RAVIABDULLAH – 1hb. Dis. 2006  (Utusan MalaysiaOnline)

      SOALAN 1.

      Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.

      Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:

      1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?

      2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?

      3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?  

      JAWAPAN:

      Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

      * Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

      *.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

      Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

      *.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Hajike Tanah Suci Mekah .

      Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskansehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

      Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

      Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

      Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

      Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

      Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

      Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

      Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.  

      SOALAN 2.

      Saya mendapati ada fatwa yang menyebut tentang hukum insurans nyawa. Saya mengambil insuransdengan sebuah syarikat insurans tetapi skim berlandaskan Islam (menurut agen insurans saya). Harap ustaz dapat beri penjelasan tentang hukum insurans ini, sebab saya memang keliru.

      JAWAPAN:

      Mengikut keputusan majlis fatwa kebangsaan disebut insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip jual beli dalam Islam;

      a. mengandungi gharar (ketidaktentuan)

      b. mengandungi unsur judi.

      c. mengandungi muamalah riba

      Secara puratanya kebanyakan ulama tidak menyetujui konsep insurans nyawa hari ini kerana terdapat unsur perjudian, ketidaktahuan dan ketidaktentuan dalam kontrak tersebut.

      Sistem takaful telah dibincangkan secara intensif oleh para ulama mutakhir dalam mencari penyelesaian terhadap produk atau muamalah yang boleh menangani atau mengurangi kesulitan individu apabila berlaku kecelakaan.

      Ia diimplimentasi pada hari ini dan sewajarnya menjadi pilihan untuk menghadapi risiko pada masa akan datang. Syarikat-syarikat Takaful yang menawarkan produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga memaksa institusi lain (insurans konvensional) menerbit dan melancarkan produk takaful mereka walaupun mungkin sebahagiannya tidak mendapat pengiktirafan daripada Badan Penasihat Syariah yang berautoriti.

      Oleh kerana itu, setiap pelanggan perlu bertanya secara mendalam tentang maklumat produk khususnya berkaitan sijil pengiktirafan syariah daripada badan yang berautoriti, contohnya Bank Negara Malaysia . Pastikan kita meminta untuk melihat sijil ini kerana sebahagian agen sendiri mungkin agak keliru terhadap sistem insurans nyawa konvensional dengan takaful.


       




      Email Scanned And Protected by Takaful Ikhlas



      DISCLAIMER:-

      This email is confidential and intended only for the use of the
      individual or entity named above and may contain information that
      is privileged.

      If you are not the intended recipient, you are notified that any  
      dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited.
      If you have received this email in error, please notify us immediately by
      return email or telephone and destroy the original message.

      Thank you.

        
      ---------------------------------------
      The information in this e-mail and any attachment(s) hereto is only for the use of the 
      intended recipient and may be confidential or privileged. 
      If you are not the intended recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
      of, alteration to or copying of the information for any purpose is prohibited. 
      Any information not related to TAKAFUL IKHLAS's official business is solely the author's 
      and does not necessarily represent TAKAFUL IKHLAS's view and is not necessarily endorsed 
      by TAKAFUL IKHLAS. TAKAFUL IKHLAS shall not be liable for loss or damage caused by viruses 
      transmitted by this e-mail or its attachments. TAKAFUL IKHLAS is not responsible for any 
      unauthorized changes made to the information or for the effect of such changes.
      ---------------------------------------

      DISCLAIMER:-

      This email is confidential and intended only for the use of the
      individual or entity named above and may contain information that
      is privileged.

      If you are not the intended recipient, you are notified that any  
      dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited.
      If you have received this email in error, please notify us immediately by
      return email or telephone and destroy the original message.

      Thank you.

    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.