Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Re: [Renungan_Iktibar] Kawan daripada golongan bertakwa

Expand Messages
  • shah dun
    Jamiah Suseno wrote:Hadis: Kawan daripada golongan bertakwa RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu (dinilai) dengan siapa
    Message 1 of 1 , Apr 5, 2004


      Jamiah Suseno <tasauf@...> wrote:

      Hadis: Kawan daripada golongan bertakwa


      RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu (dinilai) dengan siapa dia duduk bersama dan seseorang itu (diukur) dengan siapa dia berjalan. Oleh itu, hendaklah engkau memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.”

      Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Duduk dengan orang soleh lebih baik daripada duduk sendirian dan duduk sendirian lebih baik daripada duduk bersama kawan yang jahat.”

      Daripada kedua-dua hadis ini, Baginda menjelaskan mengenai fungsi kawan dalam kehidupan. Ini kerana, jika baik kawan yang dipilih, maka baiklah diri seseorang itu. Sebaliknya jika buruk kawan dicari, maka buruk pula budi pekerti serta tingkah laku orang yang berkawan dengannya.

      Sesungguhnya, persahabatan dan duduk bersama orang yang bertakwa kepada Allah dan orang soleh adalah suatu pendekatan diri kepada Allah serta persahabatan terpuji.

      Maknanya, persahabatan yang menimbulkan kecintaan kepada Allah bakal memperoleh kelebihan dan dipandang tinggi oleh Islam.

      Sebaliknya, persahabatan dengan orang jahat dan yang tidak mendatangkan faedah daripada persahabatannya atau orang lalai dan membelakangi perintah Allah serta tidak mengindahkan janji-Nya mengenai hari akhirat, amat dicela.

      Sesiapa menyintai orang soleh iaitu yang menyandarkan seluruh amal dan baktinya atas ketakwaan kepada Allah, berjalan pada landasan Allah dan semata-mata kerana Allah, maka semestinya dia membenci orang yang gemar melakukan maksiat.

      Sebab itu, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah dua perkara tidak boleh dipisahkan. Rasulullah bersabda: “Seteguh-teguh pegangan iman ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.”

      Allah mewahyukan kepada Nabi Isa: “Jika engkau beribadat kepada-Ku selengkap ibadat penghuni langit dan bumi tanpa adanya cinta kerana-Ku dan benci kerana-Ku, nescaya tidak berguna semua ibadat itu kepadaKu.”

      Hassan al-Bashri pernah berkata: “Memutuskan hubungan dengan orang fasik adalah usaha mendekatkan diri kepada Allah.”

      Dengan ini, jelaslah bahawa setiap mukmin wajib menyintai orang yang gemar melakukan kebajikan, patuh kepada perintah agama serta berilmu.
       
      **********************************************************************************************
      Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 
      "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
      Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
      Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 
      ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 
       
      "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
      - LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
       
       


      Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.