Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Antara remaja Hindu dan remaja Melayu

Expand Messages
  • Hamidah Ali
      Pada pandangan saya,  ramai dikalangan remaja melayu ni macam terumbang ambing..tak berpanjangan jauh...Asyik nak enjoy je....Jiwa mereka
    Message 1 of 7 , Jan 15, 2013
    • 0 Attachment
       
      Pada pandangan saya,  ramai dikalangan remaja melayu ni macam terumbang ambing..tak berpanjangan jauh...Asyik nak enjoy je....Jiwa mereka seolah2 kosong....Sesetengah mereka macam bangga pulak bila melakukan perkara buruk dan sebaliknya malu melakukan perkara yg baik....Tak hormat org yg lebih dewasa dari mereka....Memang menyedihkan tengok gelagat dia org tu..geram dan marah pun ada....Tapi kita org dewasa jgn putus asa....Dlm perangai dia org yg liar tu, saya berpendapat hati mereka sebenarnya masih boleh dijinakkan tapi cara kita mendekati mereka mestilah berhemah, ikhlas dan tidak mengutuk atau memperkecil kan mereka. Ibu bapa, Guru2 dan masyarakat kena main peranan, sentiasa berkomunikasi dengan para remaja tak kira lah anak sedara ke,  jiran ke, anak org lain ke lebih lebih lagi anak kita sendiri.... kalau boleh dari anak2 lagi...sedarkan mereka betapa pentingnya solat, disiplin, dan pelajaran untuk masa depan di dunia dan di akhirat nanti. Org dewasa kena berani buat teguran...Remaja ni kalau mereka terlalu enjoy sekarang, masa depan mungkin gelap dari umur 18 tahun keatas sampai lah tua kot sebab takleh nak sambung pelajaran ke IPTA or IPTS...Kalau Berjaya pun lambatlah... kena struggle betul2.  Kalau dia org sacrify masa remaja, belajar, solat dan tak buang masa melakukan aktivities tidak berfaedah....most likely insyaalah lepas sekolah, kerja dan  kemungkinan sampai tua hidup senang.  Biasanye lah yg masa sekolah yg kaki enjoy kaki ponteng..gangster lah konon eh tu..bila dan dewasa jadi pekerja bawahan lah... Nak2 keje bawah bangsa lain...alamat jadi sayurlah....Remaja2 yg skima...yg kuat study tu lah biasanya akan Berjaya dan jadi boss in future....biasanye lah.... Alangkah baik Nye kalau kebanyakan remaja kita Berjaya bila dewasa nanti dan jadi boss2...insyaalah terbela dan terjamin masa depan anak org2 melayu di masa akan dtg.....Takde lah kena tindas je kat bangsa lain....Kita bukan nak tindas bangsa lain..cuma kita tak nak ditindas.....Elok kita selalu tanya anak2 remaja kita ni samada dia org : Nak enjoy sekejap sampai umur 18 atau selagi mak bapak dia org tanggung dan lepas tu merana sampai ke tua  ATAU nak  bersusah dulu untuk beberapa tahun sahaja tapi lepas tu enjoy lama sampai tua...Pilih lah yg mana satu....
       
      From: ABDULLAH IBNU <annuriyy@...>
      To: "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>
      Sent: Tuesday, January 15, 2013 10:27 AM
      Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Antara remaja Hindu dan remaja Melayu
       
      Hindu yakin dengan kebatilan mereka, adapun melayu mulut cakap Islam, fikiran, pendidikan, kitab, undang2 semuanya sekuler, kufur tulen hanya dpt ditandingi oleh islam tulen


      From: perempuan gadis <wanitaau@...>
      To: "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>
      Sent: Friday, 11 January 2013 1:50 PM
      Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Antara remaja Hindu dan remaja Melayu
       
      Allah S.W.T lebih mengetahui hati manusia dari manusia itu sendiri. Allah memberi petujik kepada manusia yang mempunyai niat yang iklas dan lurus. Lihat lah Al Quran adalah dalam bahasa Arab tapi ramai Arab tidak mempraktiskan Islam dan ramai juga Arab berugama Christian.
      Jadi kalau remaja-remaja Melayu tidak minat mendalami dan mempraktiskan ajaran Al Quran mereka tak akan dapat pertunjuk kerana tiada keinginan di hati mereka.
      From: Kamilia Ibrahim <kamilia_ibrahim@...>
      To: "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>
      Sent: Tuesday, 8 January 2013 11:06 PM
      Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Antara remaja Hindu dan remaja Melayu
       
      Satu pemerhatian yg memerlukan tindakan semua pihak kena buatsatu  kempen berterusan utk umat Islam mendirikan Solat 5 waktu
      Sent from my iPad
      On 30 Dec 2012, at 21:13, Rozmal bin Malakan <rozmal@...> wrote:
       

      Malam tadi selepas ceramah di Kg Baru Chengkau Ulu dalam perjalanan pulang ke Seremban bersama anak saya, kami lalu di sebuah Kuil Hindu yang terletak di tepi jalan Utama Rembau-Seremban berhampiran Wet World Pedas. Waktu pada itu ialah 12.40 pagi baru melepasi tengah malam minggu 30 Dis 2012. Dari jauh saya tengok suasana terang, kemudian apabila menghampiri beberapa anggota Rela sedang mengawal lalu lintas.

      Saya tengok suasana kuil terang benderang, ramai penganut Hindu termasuk kanak-kanak, perempuan dan remaja sedang melakukan upacara keagamaan. Tak pernah lagi saya tengok suasana sebegini di masjid di Malaysia dengan kemudahan yang serba canggih, harga berpuluh juta, ada lampu chandeliar, ada penghawa dingin, ada projektor untuk dengar khutbah yang dibaca menggunakan teks yang sama seluruh Malaysia, tapi tidak dapat menarik umat Islam untuk berqiamullail terutama remaja Melayu.

      Kemudian saya terus memandu, sesampainya di Sg Gadut, kami perhatikan remaja Melayu bermotosikal hampir 10 motosikal , melakukan aksi wheelie apabila memotong kenderaan Viva saya.

      Kesian, sedih saya tengok, remaja Melayu yang ada Al Quran, ada Allah , ada Nabi Muhammad saw, ada masjid yang hebat-hebat bernilai berjuta-juta ringgit tidak dapat mengecapi keindahan iman dan Islam. Sebaliknya remaja Hindu yang tiada Al Quran, tiada Allah, tiada Nabi melakukan acara keagamaam di rumah ibadah mereka yang dibina ala kadar, tiada peruntukan berjuta-juta ringgit, tiada penghawa dingin tiada lampu chandeliar.

      Di mana silapnya? Sebelum nak salah kan orang lain, tanya diri kita sendiri dulu, adakah kita mengajak anak bini kita ke masjid, mengimarahkan masjid?


    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.