Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Tolong beli buku mengemudi bahtera perubahan minda...

Expand Messages
  • aznan hamat
    Assalamualaikum, Saya telah beli dan baca buku mengemudi bahtera perubahan minda oleh Mufti Perlis. Buku ini hasil dari tulisan di Mingguan Malaysia setiap
    Message 1 of 1 , Oct 13, 2008
    • 0 Attachment
      Assalamualaikum,

       Saya telah beli dan baca buku mengemudi bahtera perubahan minda oleh Mufti Perlis. Buku ini hasil dari tulisan di Mingguan Malaysia setiap minggu. Oleh itu tolong minta kawan-kawan, sanak saudara, keluarga beli buku ini supaya kita lebih memahami perjuangan tajdid dan pemikiran yang sederhana dalam memahami Islam.

      http://drmaza.com/home/?p=416

      Ini sinopsis buku mengemudi bahtera perubahan minda...

      Banyak pihak bertanya tentang buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Berikut kami petik sinopsis penerbit buku berkenaan untuk tatapan pembaca.

      Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau ‘Pena Mufti’ di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam negara ini. Daripada peringkat atasan sehingga rakyat bawahan.


      Ini kerana pemikiran perubahan yang segar lagi berani disajikan menerusi rencana-rencana tersebut secara mantap dan mempengaruhi minda pembaca. Ia membawa pembaca melihat sesuatu daripada dimensi yang luas dan berbagai.


      Namun, apa yang menjadi kekuatan tulisan-tulisan tersebut adalah teras dan kaedah penghujahan yang dikemukakan. Sehingga banyak yang diketengahkan itu menjadi bahan perbincangan masyarakat di segenap lapisan.


      Walaupun terdapat kadang-kala pro dan kontra, tetapi akhirnya ramai yang akur kebernasan hujah dan pemikiran yang ditampilkan.


      Ramai pembaca yang telah mengumpulkan sendiri rencana-rencana tersebut sebagai bahan rujukan. Atas pemintaan yang begitu tinggi daripada mereka, maka sebahagian rencana-rencana tersebut dibukukan dan diberikan judul “Pengemudi Bahtera Perubahan Minda”.


      Himpunan rencana-rencana ini menyentuh berbagai topik dan isu. Mengenai pegangan masyarakat, pembangunan minda dan ekonomi, hiburan dan seni, politik dan pentadbiran juga berbagai lagi. Kecenderungan rencana-rencana ini ialah mengubat kelemahan cara fikir, kejumudan, keterbabasan sikap dan mentaliti dan penyelewengan dalam berbagai aspek kehidupan. Dengan bahasa yang sinis, tegas, memujuk dan puitis penulis cuba menyampaikan mesej daripada pemikirannya yang bernas.








    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.