Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Re: Boycott Israel [hidayahnet] Kesal JAIS arah tutup surau

Expand Messages
  • seroja
    Sedih sungguh sedih sekali, macam tinggal di negara Israel je. redzuan_afendi@yahoo.com wrote: Wed | Aug 30, 06 | 08:50:10 PM Oleh Bedin bin Jusoh
    Message 1 of 53 , Sep 4, 2006
    • 0 Attachment
      Sedih sungguh sedih sekali, macam tinggal di negara Israel je.

      redzuan_afendi@... wrote:

      Wed | Aug 30, 06 | 08:50:10 PM
      Oleh Bedin bin Jusoh
      Assalamualaikum
      Saya sebagai Setiausaha Badan Bertindak Madrasatul Al-Ikhwan,
      Puchong Perdana kesal dengan pendirian Jabatan Agama Islam Selangor
      (JAIS) kerana berhasrat menutup operasi madrasah dari sebarang
      aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah.

      Isu ini semakin hangat diperkatakan akhir-akhir ini terutama sejak
      Masjid Terapung Puchong Perdana yang menelan belanja berjuta-juta
      ringgit telah siap dibina walaupun kontraktornya silih berganti.

      Apa yang menyedihkan, arahan JAIS ini berpunca dari aduan yang
      dibuat oleh segelintir pihak berkepentingan yang kurang senang
      dengan kelancaran aktiviti agama terutamanya majlis-majlis kuliah
      yang diadakan di madrasah ini. Mereka berasa terganggu kerana corong-
      corong pembesar suara madrasah begitu lantang menembusi tembok rumah
      mereka yang terletak berhampiran.

      Tanpa merujuk kepada penduduk dan jemaah surau, mereka mendesak JAIS
      untuk menutup surau itu. Tunduk kepada desakan itu, pihak JAIS telah
      mengeluarkan surat bertarikh 14 Februari 2006 bahawa madrasah yang
      kami makmurkan selama ini akan ditukar taraf kepada KAFA (Kelas
      Agama dan Fardhu Ain) Integrasi.

      Ekoran daripada itu, satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan
      penduduk bertujuan mendapat tandatangan orang ramai dan penduduk
      sekitar surau bagi membantah cadangan menukar taraf surau itu.

      Apa yang menjadi kemusykilan kami, surau tersebut telah dibina atas
      ihsan orang ramai. Pekeliling atau surat kebenaran kutipan derma
      khusus untuk pembinaan surau itu telah dikeluarkan oleh JAIS hampir
      10 tahun lalu.

      Demi memenuhi permintaan penduduk di taman-taman yang berdekatan
      dengan surau itu, sebuah sekolah agama rakyat telah dibina hasil
      persetujuan Ahli Jawatankuasa Madrasatul Al-Ikhwan di atas lot tanah
      yang telah pun diwakafkan kepada surau tersebut.

      Alangkah malang sekali, demi untuk memenuhi tuntutan segelintir
      pihak, JAIS dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan pekeliling kedua
      berhubung perkara yang sama, walhal surau tersebut adalah milik dan
      jariah orang ramai. Penukaran status surau kepada sekolah juga
      menjatuhkan martabat surau tersebut. Alangkah baiknya jika JAIS
      mendapatkan pandangan AJK surau sebelum mengeluarkan pekeliling itu.

      Demi untuk menuntut kebenaran, AJK badan bertindak akan sekali lagi
      bertemu dengan pihak JAIS menuntut agar arahan itu dibatalkan. Malah
      jika pihak JAIS tidak menghiraukan tuntuan dan hasrat kami, saluran
      undang-undang adalah jalan terakhir kami./tajdid

      Bedin bin Jusoh
      Setiausaha Badan Bertindak
      Madrasatul Al-Ikhwan
      Puchong Perdana



      Get your email and more, right on the new Yahoo.com

    • Sapuan Daman
      Salam ,   Kalau nak  di LRT Taman Melati - Blok 30 -00-01 , Pangsapuri Bandaraya Saya nak Sewa  Fix RM 650 jangan tawar. Start November 2009. First Come
      Message 53 of 53 , Oct 20, 2009
      • 0 Attachment
        Salam ,
         
        Kalau nak  di LRT Taman Melati - Blok 30 -00-01 , Pangsapuri Bandaraya
        Saya nak Sewa  Fix RM 650 jangan tawar. Start November 2009. First Come First Serve.

        Check In : 1 month deposit + 1 month rental + ( Electricity+ Water + Gas Utility - RM 250)
         
        Facility:

        1.     Ground Floor – Corner lot with  wide back area- Boleh cucuk tanam
        2.     Pipeline Gas Utility connection 
        3.     5  Walk Minutes to/from Melati  LRT station
        4.     Ample Parking Lot
        5.     Good Community.
        6. 3 minit ke Masjid Salahudin Al-Ayubi


        Regards
        Haji Sapuan 013-3320300

        --- On Tue, 10/6/09, Hawa@... <Hawa@...> wrote:


        From: Hawa@... <Hawa@...>
        Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mencari rumah sewa
        To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
        Date: Tuesday, October 6, 2009, 10:27 PM


         



        Assalamualaikum mod tolong lepaskan posting saya

        Saya sedang mencari rumah sewa sekitar KL yang berdekatan dengan LRT,
        komuter dan bas supaya senang hendak pergi berulang alik di tempat
        kerja di Sogo. Saya hendak masuk rumah sewa akhir bulan 12. Rumah yang di cari rumah adalah  flat yg berharga rm 400 ke bawah..Sekian terima kasih...

        hawalyana@yahoo. com.my
      Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.