Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Rumah untuk disewa (Alma, Bukit Mertajam)

Expand Messages
  • Muhamat
    **Tolong sorok identiti, terimakasih** Assalammuaalaikum,........... Rumah Untuk Disewa, Alma Bukit Mertajam Di Taman Permata, Alma Bukit Mertajam. Tingkat
    Message 1 of 13 , Mar 29, 2006
      **Tolong sorok identiti, terimakasih**
       
      Assalammuaalaikum,...........
       
      Rumah Untuk Disewa, Alma Bukit Mertajam 
       
      Di Taman Permata, Alma Bukit Mertajam. Tingkat bawah sekali.
      3 bilik tidur, 1 bilik air & 1 tandas (berasingan).
      Berdekatan dengan Bukit Mertajam,Kulim & Bukit Minyak.
      Kemasukan dengan segera.
      Berminat? Hubungi : 019 - 564 5392
    • PakNgah
      http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm ABU Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi
      Message 2 of 13 , Mar 30, 2006

        http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


        ABU Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibnu Bajjah berasal daripada keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas. Masyarakat Barat, mengenalinya dengan nama Avempace. Ibnu Bajjah dilahirkan di Saragossa, Sepanyol pada 1082 M.

        Ibnu Bajjah merupakan cendekiawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajari, antaranya menghafaz al-Quran, seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal serta menguasai ilmu matematik, fizik, astronomi dan falsafah.

        Selain bidang ilmu dan falsafah, beliau turut melibatkan diri dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragossa apabila beliau mula bergiat sebagai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.

        Pada 1118 M/512 H, Saragossa telah ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon dan Ibnu Bajjah berhijrah ke Seville, selatan Sepanyol. Di sana, beliau menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik.

        Kemudian Ibnu Bajjah berpindah pula ke Granada, dan seterusnya ke Afrika Utara iaitu pusat Dinasti Murabithun. Tetapi cara pemikiran dan falsafahnya yang asing di kalangan masyarakat di situ menyebabkan beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah, Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bidaah. Oleh kerana Ibnu Rusyd pernah menjadi muridnya, maka Ibnu Bajjah dilepaskan.

        Ekoran kejadian tersebut, beliau meneruskan perjalanan ke Fez di Morocco. Di sana, beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibnu Yusuf Ibnu Tasifin untuk jangka waktu yang panjang.

        Kedudukan yang beliau peroleh telah menimbulkan rasa iri hati daripada pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadan 1138 M/533 H, menurut satu riwayat, beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor yang bernama Abu al-'Ala Ibnu Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmunya. Beliau dimakamkan di samping makam Ibnu 'Arabi di Fez.

        Ibnu Bajjah banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Karya asal Ibn Bajjah ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Sepanyol).

        Antara karyanya yang terpenting ialah Risalah al-Wida' yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dipercayai masih tersimpan di perpustakaan Bodlein.

        Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah.

        Risalah al-Ittisal al-'Aql Bi al-Insan mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.

        Kitab an-Nafs menerangkan persoalan yang berkait tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi dan al-Razi.

        Menurut Carra dew Vaux, perpustakaan Berlin menyimpan 24 risalah manuskrip karangan Ibnu Bajjah. Antaranya ialah Tardiyyah (syair-syair) Risalah al-Akhlaq, Kitab al-Nabat dan Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah.

        Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Contohnya, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani yang telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung .

        Biarpun umur Ibnu Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

        Sesungguhnya Ibnu Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat sesuai dengan kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannya sebagai tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia. Menurut Ibnu Khaldun, kedudukan Ibnu Bajjah setaraf dengan Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan al-Farabi.



        --
        Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 3/31/2006 08:20:00 AM


        --
        "Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"

        Bicara Pak Ngah
        http://pakngah70.blogspot.com/


      • yana s
        53 peratus keuntungan Petronas dimiliki kerajaan Wed | Mar 29, 06 | 05:28:32 PM Oleh Wajdi Mayusoh KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) ����� Ketika
        Message 3 of 13 , Mar 30, 2006


          53 peratus keuntungan Petronas dimiliki kerajaanPDF Cetak
          Wed | Mar 29, 06 | 05:28:32 PM
          Oleh Wajdi Mayusoh
          KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) – Ketika kerajaan mendakwa menghadapi masalah kewangan bagi meningkat sistem pengangkutan awam, sebaliknya setiap RM100 keuntungan Petronas, sebanyak RM53 daripadanya masuk kepada akaun kerajaan.  Hasil Petronas yang masuk kepada kerajaan ialah dalam bentuk pembayaran cukai, royalti dan dividen. Malangnya semuanya itu tidak didedah kepada rakyat.
           
          Misalnya pada tahun lepas bayaran Petronas kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM31 bilion. Jumlah itu tidak termasuk hasil cukai lain seperti cukai perniagaan, pendapatan, kenderaan dan banyak lagi yang dibayar orang ramai.  Namun apa yang terbuku di hati rakyat, ke mana dibelanjakan wang keuntungan Petronas yang begitu banyak sehingga kerajaan kononnya mendakwa tidak mampu menanggung subsidi minyak dan gas untuk rakyat.
           
          Penganalisis politik, Saifudin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak pernah memberitahu secara terbuka bagaimana membelanjakan hasil perolehan Petronas yang begitu banyak.
          Katanya, kerajaan Barisan Nasional berjaya mengelakkan rakyat daripada mendapat tahu kedudukan sebenar kewangan Petronas disebabkan Akta Pembangunan Petroleum hanya menjadi kuasa 'veto' Perdana Menteri dan bukannya Parlimen atau jemaah menteri.
          “Akta ini meletakkan hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang bertanggungjawab soal kewangan Petronas. Sebab itu Parlimen Malaysia tidak tahu ke mana duit Petronas dibelanjakan. Jemaah menteri pun mungkin tidak tahu," katanya di sini.
           
          Petronas ditubuhkan pada tahun 1970-an, bermodal RM10 juta. Namun sekarang syarikat gergasi itu telah beroperasi di 35 negara sehingga berjaya memberi keuntungan besar kepada kerajaan.
           
          Saifuddin juga berkata, berdasarkan kepada penjelasan Perdana Menteri, subsidi minyak sebanyak RM4.4 bilion akan digunakan bagi membangun sistem pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan bas baru, namun ia hanya ditumpu di Lembah Klang tanpa mendapat manfaat rakyat di tempat lain.
           
          Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan masih memberi subsidi gas kepada empat penjana kuasa elektrik yang dimiliki jutawan terkenal termasuk Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari.
          "Kerajaan tidak jelaskan kepada rakyat subsidi yang begitu besar masih diberi kepada pengendali janakuasa tersebut yang berjumlah RM14 bilion setahun," dakwanya.
           
          Tenaga yang dihasilkan penjana bebas itu kemudiannya dijual dengan harga 30 sen satu kilowat kepada TNB dan TNB menjual semula kepada pengguna pada kadar 23 sen satu kilowat sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.
           
          Ertinya setiap satu kilowat TNB rugi 7 sen dan menjadikan keseluruhan TNB kerugian sebanyak RM30 bilion, seperti pernah diumumkan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor.

          --------------------------------------------------------------------------





          New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.

        • Inews Daily
          In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful Inews Daily Friday 31th March 2006 - 1st Rabi al-Awwal 1427 al-Sistani ignores Bush letter A letter from
          Message 4 of 13 , Mar 30, 2006
             
            In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
             
            Inews Daily
            Friday 31th March 2006 - 1st Rabi' al-Awwal 1427
             
             
            al-Sistani ignores Bush letter
            A letter from President Bush to Iraq's supreme Shiite spiritual leader, Ayatullah Ali al-Sistani, was hand-delivered earlier this week but sits unread and untranslated in the top religious figure's office, a key Sistani aide said yesterday. The aide said the ayatullah had laid the letter aside and did not ask for a translation because of increasing 'unhappiness' over American meddling in Iraqi attempts to form their first, permanent post-invasion government. The aide said the person who delivered the Bush letter said it carried Bush's thanks (sic) to al-Sistani for calling for calm among his followers in preventing the outbreak of civil war after a Shiite shrine was bombed late last month. The messenger also was said to have explained that the letter reinforced the American position that Prime Minister Ibrahim al-Jaafari should not be given a second term.
             
            Iran prepared for possible sanctions
            Iran is prepared for possible sanctions over its nuclear program, even though its government believes such an eventuality is highly unlikely, the country’s foreign minister said yesterday. The UN Security Council has given Iran 30 days to clear up suspicions that it is seeking nuclear weapons, and it could eventually impose economic sanctions, though Russia and China say they oppose such tough measures. "We have readied ourselves to deal with different conditions," Iran’s Foreign Minister Manouchehr Mottaki told reporters in Geneva. Western countries have refused to rule out sanctions against Iran and US officials have said the threat of military action must also remain on the table.
             
            Tourists die in Bahrain boat disaster
            A tourist ferry carrying more than 130 people capsized and sank off the coast of Bahrain and at least 48 bodies have so far been recovered, officials said. The Bahraini coastguard commander told a news conference that 63 people had so far been rescued. He said most of those on board the boat were Asians, but passengers also included Europeans and Arabs. Initial reports suggested around 25 Britons, 20 Filipinos, 10 South Africans and 10 Egyptians were among those on board. Officials said the boat had been hired by a local contracting company for a cruise. Organisers said around 150 people had signed up for a dinner cruise but around 130 were believed to have been on board when the boat sank on Thursday night, around 1.5km off the coast.
             
            Pirates seize tanker off Somalia
            Somali pirates have hijacked a fuel tanker 150km north of Mogadishu, according to port officials. The ship had just offloaded a cargo of fuel and had left El Ade port - a site seized by fighters with an alliance to regional commanders who killed at least 70 people last week. Somalia's lawless Indian Ocean waters are among the world's most dangerous. Crafts plying the waters often are attacked by armed men in heavily armed speedboats who demand ransom for the return of the ship or cargo, which often ends up being stolen. The piracy has often stopped food aid getting into the poor country. Sailors have been held for as long as 100 days and a cruise ship with more than 300 on board was attacked with rockets and machine guns last year.
             
            Saudis angry over US visa procedures
            Saudi businessmen have objected to the Riyadh US embassy’s negligence of their applications for visa. No one respond to their inquiries about interviews schedules essential for visa issuance. The problem was raised in the Riyadh Commercial Chamber last Sunday during a meeting with a delegation of Illinois businessmen. Despite close relations with American officials in the US embassy in Riyadh and Washington, it is not easy for a number of renowned Saudi businessmen to get visa due to the set procedures. The US embassy in Riyadh specified a telephone number for replying to inquiries. Yet, no one replies.
             
            Kurds clash with Turkish police
            Thousands of Kurdish protesters lobbed stones and Molotov cocktails at Turkish police yesterday, in the third day of street battles in which three people have been killed and more than 250 others wounded. The fresh fighting erupted during funerals for two young men and an eight-year-old boy killed during Wednesday's clashes in Diyarbakir, the main city of Turkey's mainly Kurdish southeast. The boy and one man were shot dead. The other man was crushed under a police armoured car. Some mourners, ignoring appeals for calm from local officials, attacked a police station. Police fired warning shots into the air with AK-47 assault rifles and sprayed tear gas. In Diyarbakir, a city of nearly one million, most shops and offices remained shut on Thursday and roads were blocked by barricades of burning tyres. The army deployed armoured vehicles in suburbs to discourage protesters.
             
            Danish Muslims sue newspaper
            A group of 27 Danish Muslim organisations has filed a defamation lawsuit against the newspaper that first published the contentious Prophet Muhammad cartoons, their lawyer said. The case was filed on Wednesday, two weeks after Denmark's top prosecutor declined to press criminal charges, saying the drawings that sparked a firestorm in the Muslim world did not violate laws against racism or blasphemy. A lawyer representing the Muslim groups said the lawsuit sought 100,000 kroner ($16,100) in damages from Carsten Juste, Jyllands-Posten editor-in-chief, and Flemming Rose, culture editor, who supervised the cartoon project. He said the lawsuit was filed in the western city of Aarhus, where Jyllands-Posten is based. The court confirmed it had received the lawsuit but said a date for a hearing had not been set.
             
            Britain, Indonesia agree to boost ties
            Indonesia and Britain yesterday agreed to strengthen anti-terror ties, but Muslim leaders told visiting British Prime Minister Tony Blair that his policies were breeding extremism. The five Muslim leaders, known as moderates on social and political issues, urged Blair to withdraw British troops from Iraq and talk to the recently elected Hamas government in the West Bank during a discussion at the presidential palace. Blair’s trip is the first by a British prime minister to Indonesia in more than two decades, showing the Southeast Asian country’s renewed importance to Western nations. Blair met with Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono for a private discussion at the palace, where the two leaders agreed to expand defense ties and cooperation in the war on terror.
             
            Straw asks European leaders to learn more about Islam
            British Foreign Secretary Jack Straw has asked European governments to learn more about Islam and "protect the rights of every citizen irrespective of their faith and creed." Addressing an award ceremony organised by the Muslim News in the capital, Straw said European governments have to provide a space in which the rights and diversity of people of all faiths are protected. The foreign secretary also said a peaceful co-existence of faith and modernity is essential for the future of Europe and the growing tendency to attack religion and religious people will lead to anachronism. He also challenged the secular credentials of the Western governments. Straw said the reason for singling out of Islam as a target of attack might be due to its reputation as a new European religion.

            Inews Daily - No Copyright - http://www.fsphost.com/inewsdaily - inewsdaily@...
            Subscribe by sending an email to: inewsdaily-subscribe@... or inewsdaily-subscribe@yahoogroups.com
          • Rahmaliki Mohamad
            *Konsert Sinar MaulidurRasul Rabbani bersama Siti Norhaliza: Bid ah Hasanah atau dhalalah?* [image: PDF] [image: Cetak] Thu | Mar 30, 06 | 06:17:00 PM Oleh
            Message 5 of 13 , Mar 31, 2006
              Konsert Sinar MaulidurRasul Rabbani bersama Siti Norhaliza: Bid'ah Hasanah atau dhalalah?PDF Cetak
              Thu | Mar 30, 06 | 06:17:00 PM
              Oleh Rantisi_Jr
              Satu perkembangan baru dalam industri dunia nasyid tanahair apabila artis nasyid berduet dengan penyanyi pop, rock, rap dan lain-lain. Raihan bersama Awie, Rabbani bersama Yaasin, Hijjaz bersama Waheeda (jadi ke?) dan terbaru Rabbani bersama Siti Norhaliza. Dalam menilai perkembangan seperti ini, kita perlu melihat melalui beberapa aspek. Saya cuba memberikan pandangan:

              Secara asasnya, sambutan MaulidurRasul diadakan oleh para ulama bagi mengingati kelahiran Junjungan Nabi Muhammad saw dan bagi memberi semangat baru bagi umat Islam meneladani baginda. Justru, MaulidurRasul bermaksud mengajak manusia kembali kepada Sunnah baginda yang agung.

              Suara wanita, aurat atau bukan aurat? Ulama mazhab Hanafi dan dijelaskan oleh Abu Bakar al-Jassas suara wanita adalah aurat berdasarkan ayat surah anNur:31. Menurut ulama mazhab Shafie dan disebut oleh al-Alusi dalam tafsirnya, suara wanita tidak dikira aurat kecuali jika tutur kata atau perbicaraan suara menimbulkan fitnah dan menggoda. Yang jelas, menyanyi adalah haram bagi perempuan kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

               Tepuk dada tanya iman. Justru, kemunculan Siti dan Waheeda dalam konsert MaulidurRasul (nabi pun perlukan konsert?) walaupun nantinya Siti dan Waheeda bertudung adalah bercanggah dengan semangat MaulidurRasul. (Tolong tanyakan Ustazah Siti Norbaayah)  

              Mungkin maksud Rabbani mahu melakukan pendekatan berbeza bagi menarik seramai mungkin peminatnya, peminat Siti, peminat Waheeda, Yaasin dan tidak ketinggalan Ustazah NorBaayah bagi mencintai Rasulullah saw. Niat yang baik. Tapi bolehkah niat yang baik dilakukan melalui perkara yang bercanggah dengan hukum? Matlamat tidak menghalalkan cara. 'The End Justify The Mean' boleh saja dipakai oleh orang lain tapi tidak bagi mereka yang mencintai Nabinya.

              Mendekati para artis bagi menyedarkan dan memberi kefahaman tentang Nabi dan agama adalah baik. Siti mungkin mahu berubah. Memakai tudung seperti Ustazah Norbayah dan Waheeda, tapi Siti perlu faham bahawa bertudung sahaja di zaman sekarang tidak membawa erti apa-apa kalau tidak ada perubahan total terhadap tudung yang dipakai.

               Fauziah Ahmad Daud bertudung tapi berceloteh dengan Saleh Yacob lebih dari aksi suami isteri. Bertudung tapi berboyfriend melampaui batas syarak, bertudung tapi disebalik tudung ada salib, bertudung di kepala, terbuka di pusat, ketat di punggung sudah menjadi trend masakini.

              Justru, berubah hanya dengan bertudung tidak memadai. Kalau Siti (termasuk Waheeda, Fauziah Ahmad Daud dan lain-lain selebriti bertudung) mahu menghayati MaulidurRasul, berubahlah secara total-luar dan dalam, fizikal dan mental, mulut dan bicara, akhlak dan pekerti.

              Menyambut MaulidurRasul bererti menyambut ketibaan petunjuk dan menandakan kecintaan kepada Nabi. Petunjuk dan kecintaaan kepada Nabi Muhammad saw membawa erti hanya apabila mengikuti Nabi, para Sahabat dan mereka yang terdahulu yang soleh. Adapun dengan cara bid'ah moden yang lain, agak sukar saya menerimanya.

            • syed dahij
              Nadie Sakura wrote: PAS Kawasan Shah Alam akan menganjurkan program Jamuan Ringan dan Bicara Semasa : Rakyat Tercabar Tetamu jemputan : 1.
              Message 6 of 13 , Mar 31, 2006
                Nadie Sakura <adiemad@...> wrote:
                PAS Kawasan Shah Alam akan menganjurkan program Jamuan Ringan dan
                Bicara Semasa : Rakyat Tercabar


                Tetamu jemputan :
                1. Ust. Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
                2. Sdra. Syed Sharir Mohamud (Presiden MTUC)
                3. Sdra. Mazlan Aliman (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS)

                Tarikh : 1hb April 2006 (Sabtu)
                Masa : 8:45 mlm - Jamuan
                9:15 mlm - Bicara Semasa

                Tempat : 6C, Blok 1, Worldwide Business Center, Sek. 13 (berhampiran
                TESCO), Shah Alam, Selangor

                Sila sebarkan kepada seluruh rakyat berhampiran Shah Alam, Kelana
                Jaya, PJ, Subang dan kawasan anda.

                Fil Islam,
                Muhammad Izwan A. Rashid
                Lajnah Penerangan dan Dakwah
                Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang



                --
                NADIE SAKURA E-SHOP
                "Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
                jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
                adiemad
                013-2357442
                http://www.adiemad.com/ver2
                1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
                   blouse.
                2. Busana Muslimin
                3. Buku-buku agama
                4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
                5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
                6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.


                Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now

              • syed dahij
                Belasah penunjuk perasaan: MTUC hantar bantahan kepada Suhakam Fri | Mar 31, 06 | 04:04:07 PM Oleh Zulkifli Sulong KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh)
                Message 7 of 13 , Mar 31, 2006

                   
                  Belasah penunjuk perasaan: MTUC hantar bantahan kepada SuhakamPDF Cetak
                  Fri | Mar 31, 06 | 04:04:07 PM
                  Oleh Zulkifli Sulong
                  KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - PAS dan pelbagai pihak yang kesal dengan tindakan kasar polis menyuraikan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api Ahad lepas telah menghantar memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi tadi.
                   
                  Rombongan itu diketuai sendiri oleh Syed Shahir, Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Turut serta adalah Setiausaha Agung MTUC, Rajasegaran, peguam R Sivarasa Rasiah (Parti Keadilan Rakyat), Dr Hatta Ramli (PAS), dan Yap Swee Seng (Suaram).
                   
                  Memorandum itu disampaikan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramanian dan Dato' Hamdan Adnan.
                   
                  Polis telah memenuhi perkarangan pejabat Suhakam ketika mereka datang untuk membuat laporan itu.
                   
                  Turut serta bersama mereka adalah hampir kesemua 22 mangsa yang ditangkap polis kerana menyertai perhimpunan di perkarangan bangunan KLCC 26 Mac lepas.
                  Mereka ditangkap kira-kira jam 12 tengahari dan dibebaskan dari penjara Pudu yang dijadikan lokap balai polis kira-kira jam 5 petang.
                   
                  Perhimpunan aman
                  MTUC telah menganjurkan perhimpunan aman anggota dan keluarga mereka bagi membantah kenaikan harga minyak sebelum menghantar memorandum kepada Perdana Menteri di bangunan Parlimen keesokan harinya, 27 Mac.
                   
                  Image
                  Dr Hatta dan dua anaknya keluar dari penjara Pudu
                  Namun polis telah bertindak mengisytiharkan perhimpunan itu perhimpunan haram dan mula mengejar, membelasah dan menangkap mangsa. Turut ditangkap adalah Dr Hatta dan dua anak gadisnya berusia 9 dan 16 tahun.
                   
                  Pada keesokan harinya, sekali lagi polis menghalang wakil MTUC masuk ke bangunan Parlimen untuk menyampaikan memorandum membantah kenaikan harga minyak itu kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
                  Ekoran itu, kira-kira 500 orang telah berarak di tengah-tengah bandaraya dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam.


                  Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.
                • syed dahij
                  Adi putra wrote: From: Said Al-khatib salkhatib@hotmail.com Subject: unbreakable spirit This is how a journey to school starts on a
                  Message 8 of 13 , Mar 31, 2006
                    Adi putra <shbt2005@...> wrote:
                    From: "Said Al-khatib" salkhatib@...
                    Subject:  unbreakable spirit


                    This is how a journey to school starts on a normal day in Hebron/Palestine.
                     
                    Please note that the occupied Palestinian territory has a 98.2% literacy rate among 15-24 year olds and a 91.1% adult literacy rate. 675 children, 199 university students and 39 teachers have been killed since September 2000 and the number is escalating.
                     
                    a spirit destined to win
                     
                    the journey starts here
                     
                    in Hebron
                     
                    the children starting their day going to school to be faced with a checkpoint:

                    IPB Image

                    the soldiers prevent them from passing and give them orders to go home



                    IPB Image

                    the children try to challenge the soldiers and pass the checkpoint



                    IPB Image

                    IPB Image

                    even younger ones try but in vain
                    :
                    they end up having their classes in the street by the checkpoint
                    IPB Image

                    IPB Image
                    what an amazing spirit



                    ?
                    IPB Image
                    ?
                    IPB Image

                    : the boys try a little bit harder they got shot at, and some arrested

                    IPB Image

                    IPB Image
                    ?yet in their eyes you see determination and dignity


                    To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

                  • Rawiyiah
                    Pertubuhan Jamaah Islah, sebuah NGO Islam memerlukan beberapa kekosongan jawatan yang perlu disi dengan kadar segera. Kami memerlukan calon-calon yang
                    Message 9 of 13 , Apr 2, 2006
                      Pertubuhan Jamaah Islah, sebuah NGO Islam memerlukan beberapa kekosongan jawatan yang perlu disi dengan kadar segera. Kami memerlukan calon-calon yang mempunyai akhlak Islam yang baik serta menjaga aurat.
                       
                      Jawatan-jawatan yang diperlukan:
                       
                      1. Pegawai Akaun - 1 kekosongan
                      2. Eksekutif Pentadbiran - 2 kekosongan
                      3. Pembantu Tadbir dan Akaun - 2 kekosongan
                       
                      Kelayakan yang diperlukan:
                       
                      1. Pegawai Akaun - Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan pengalaman minima 1 tahun dan mampu membuat penyata kewangan yang penuh (able to produce full set of account)
                      2. Eksekutif Pentadbiran - minima diploma dalam mana-mana bidang
                      3. Pembantu Tadbir dan Akaun - minima sijil atau diploma dalam bidang perakaunan atau pengajian perniagaan (business studies)
                       
                       
                      Sila hubungi Pn Salina untuk keterangan lanjut di talian 03-41089669
                    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.