Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

E-Makalah - Bil : 8 Minggu ke 1 April 1998

Expand Messages
  • Harisfazillah Jamel
    ... Hash: SHA1 E-Makalah Oleh Harisfazillah Jamel hafnie@bigfoot.com http://www.bigfoot.com/~hafnie ______________________________ Bil : 8 Minggu ke 1 April
    Message 1 of 1 , Apr 9, 1999
    • 0 Attachment
      -----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
      Hash: SHA1

      E-Makalah Oleh Harisfazillah Jamel
      hafnie@...
      http://www.bigfoot.com/~hafnie
      ______________________________

      Bil : 8 Minggu ke 1 April 1998
      ______________________________

      Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat
      semua. Ini adalah E-Makalah pertama saya buat anda
      yang telah memberikan alamat email melalui onelist dan
      listboat.

      Lama Haris tidak menulis. Kesibukan dengan tugas-tugas
      pejabat menyebabkan tiada tumpuan untuk menulis E-Makalah.
      InsyaAllah untuk bulan-bulan akan datang tumpuan sudah ada
      untuk anda semua.

      Kandungan.

      (1) Rehat
      (2) E-mail Filter
      (3) Kumpulan Perbincangan PC-BUILD
      (4) computing.net
      (5) Ask Jeeves

      - ---------

      (1) Rehat

      Bila sibuk dengan tugasan, berhadapan dengan "monitor"
      komputer, rasa penat cepat terasa. Perkara ini sering
      berlaku kepada kita yang terlibat secara langsung dengan
      komputer. Ambil masa anda untuk berehat. Kepada pembina
      laman atau "webmaster". Mata anda perlu dijaga. Rehat dengan
      berjalan-jalan di taman atau memerhati permandangan jauh
      dan menghijau.

      Tubuh kita juga cepat penat.
      Bagi yang biasa meyusuri internet sebelah malam sehingga lewat
      malam, perhatikan tubuh anda. Rasa lesu dan letih esok harinya
      adalah tanda and perlu jauhkan sekejap diri anda daripada komputer.

      Bagaimana jika anda melawat laman ini.

      http://www.cdc.gov/

      Maklumat menarik tantang JE dan tanyakan soalan.

      http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/jespot.htm

      - ----------

      (2) E-mail Filter

      Setiap kali Haris membuka e-mail dan mencapainya daripada
      pelayan e-mail, banyak email yang Haris terima. Kebanyakannya
      adalah makalah-makalah daripada laman yang Haris daftarkan
      dan kumpulan perbincangan yang Haris sertai. Untuk membantu
      Haris mengasingkan e-mail ini, Haris mengunakan penapis email atau
      "filter". Filter membantu Haris mengasingkan
      setiap-setiap email yang Haris dapat kedalam folder-folder tertentu.

      Bagi Netscape 4.x sahabat-sahabat semua boleh memilih
      Edit -> Message Filters. Filter yang mula-mula Haris buat
      ialah "Mail Failure".
      "Mail Failure" terjadi kerana mungkin "mail-box" penerima telah
      penuh atau pelayan email tidak berfungsi pada masa itu.

      Setiap kali Haris hantarkan E-mail kepada kumpulan perbincangan,
      pasti ada Haris dapat email ini. E-mail pemberitahuan ini membantu
      untuk kita tahu jika ada masalah pada alamat email tertentu tetapi
      jika asyik mendapatnya dan kita tahu ia daripada hasil penghantaran
      kita kepada kumpulan perbincangan kita boleh asingkannya.

      Edit -> Message Filters. Pilih New. Pada Filters Name,
      kita letakkan apa yang sesuai. Haris memilih "ke tong sampah 1" .
      Dalam filter kita perlukan keadaan ataupun "condition" apa dan
      dimana kita mahu letakkan ia. Maka bagi
      filter ini Haris mahu letakkan email yang mengandungi SUBJECT
      "mail failure" untuk diletakkan terus ke dalam folder "TRASH" .

      Dalam Filter tadi pilih "subject" dan "contain" isikan dalam
      ruang kosong selepas "contain" -> "mail failure" .
      Kemudiannya pilih "move to folder"
      dan pilih pula folder "trash". (Bagi Netscape 4.51, ada pilihan
      delete selain "move to folder").

      Maka jika anda membaca filter anda.

      Filter name "ke tong sampah 1" Match any of the following
      the "subject" of the message "contain" "mail failure" then
      "move to folder" "trash"

      Kita juga boleh membuat filter bila anda menerima email daripada
      pengirim tertentu, email itu akan dimasukkan ke dalam folder
      tertentu.

      Kita cuba buat folder yang baru (Buat dalam Netscape jangan keliru
      dengan folder Window) dengan pilihan File -> New Folder dibawah
      Inbox dengan nama folder Haris dan filter kita akan kelihatan
      sebegini.

      Filter name " Harisfazillah " Match any of the following the
      "Sender" of the message "contain" "haris@..." then
      "move to folder" "Haris".

      Ada sesetengah filter mengunakan perkataan From: untuk sender.

      Satu lagi filter yang anda boleh buat ialah mengasingkan
      pelbagai email daripada pelbagai kumpulan perbincangan ke
      dalam folder email masing-masing. Jika anda perhatikan
      hampir setiap email kumpulan perbincangan
      ada diletakkan dalam subject nama kumpulan perbincangan,
      Contohnya diawal tajuk kumpulan perbincangan
      Hizbi -> H-Net. Maka filter kita
      akan sebegini.

      Filter name "H-Net " Match any of the following the "Subject"
      of the message "contain" "H-Net" then "move to folder"
      "H-net".

      Bagi penguna e-mail yang aktif, kita sepatutnya menggunakan
      filter agar mudah kita mengasingkan pelbagai email ke dalam
      pelbagai folder. Anda boleh melawat ini untuk belajar
      lagi tentang email

      http://www.everythingemail.net/

      Filter juga membantu Haris dalam menghadapi email bomb.
      Biasanya bila kita kena email bomb, waktu sedang menerima
      email daripada pelayan email, jumlah email adalah
      luar biasa daripada hari-hari yang lain.

      Anda sepatutnya segera memberhentikan penerimaan.
      Cuba cari dalam Inbox anda email-email apa yang digunakan
      sebagai email bomb dan dapatkan header nya. Biasanya
      email-bomb walaupun banyak akan mempunyai header
      yang sama. Gunakan filter untuk terus tong sampahkan
      email-email bomb ini.

      Sahabat-sahabat juga perlu menyimpan beberapa
      email asal yang digunakan dalam email bomb. Ia
      akan diperlukan untuk kita membuat aduan nanti.
      Lawat laman ini untuk mempelajari bagaimana menghadapi
      email bomb atau juga spamming.

      (a) http://spamcop.net/
      Laman ini memudahkan kita untuk memcari asal email
      bomb dan membuat laporan kepada penjaga domain.

      (b) http://www.stopspam.org/email/headers/headers.html
      Belajar untuk mengenal header email.

      (c) http://kryten.eng.monash.edu.au/gspam.html
      Laman menentang spam. Ibu kepada laman penentang SPAM

      (d) http://email.miningco.com/msub14.htm?pid=2743&cob=home
      Ada lagi laman untuk kita.

      (e) Bagi penguna email sahaja. Hantarkan email kepada
      listserv@...

      dalam body

      subscribe SPAM-L

      Banyak yang kita boleh pelajari.

      - ----------------

      (3) Kumpulan Perbincangan PC-BUILD

      PC-BUILD adalah kumpulan perbincangan untuk masalah yang
      melibatkan perkakas komputer (hardware). Sepanjang Haris
      bersama kumpulan ini, walaupun sebagai permerhati sahaja
      banyak perkara tentang hardware yang boleh Haris pelajari
      dan sekurang-kurangnya, kita lebih kehadapan dalam teknologi
      kerana kumpulan perbicangan ini terdiri daripada mereka
      di dunia Internet barat.

      Adalah satu perkara yang sepatutnya
      menjadi amalan kita. Bagi Internet dunia barat, jika
      kumpulan itu hanya membincangkan tentang "hardware" maka
      tiada perkara lain yang akan dibincangkan melain sekitar
      perkara itu.

      Untuk sertai sila lawat laman ini.
      http://nospin.com/pc/pcbuild.html

      Sahabat-sahabat juga boleh mendapatkan beberapa panduan
      disini. Bagi yang ada email sahaja sila hantarkan email
      kepada

      listserv@...

      Dalam body email letakkan
      subscribe pcbuild

      - ---------------

      (4) computing.net

      Bagi mereka yang mencari laman yang khas untuk
      sokongan teknikal mengapa tidak cuba laman ini.
      http://www.computing.net/

      Pebagai forum yang dibahagikan berdasarkan operasi komputer
      seperti win95/98, unix dan WinNT.

      - --------------

      (5) Ask Jeeves

      http://www.aj.com adalah laman pencari, yang mencari berdasar
      kebiasaan penguna internet. Ia akan cuba memberikan anda
      link-link yang paling sesuai untuk dilawati.

      - - ---------

      Setakat ini sahaja buat kali ini. Harapan saya, sesuatu yang baik
      dapat digunakan oleh saudara/i semua. Walau bagaimana pun,
      saya tidak dapat bertanggung jawab kepada sebarang masalah
      yang timbul langsung atau tidak langsung hasil daripada penulisan
      saya.
      Situasi dan keadaan mungkin berbeza.

      Sila hantarkan komen dan pendapat anda ke hafnie@... .
      Saya sedia mendengarnya.

      Jika anda mahu berkongsi E-Makalah ini dengan orang lain. Harapan saya
      anda kirimkan kesemua E-Makalah ini tanpa ada sebarang perubahan.
      Saya amat menghargainya.

      Sekian.

      wassalam

      : )

      __________________________________

      Hakcipta Terpelihara 1998 - Harisfazillah Jamel
      Untuk keluar daripada senarai haris. Hantarkan email kosong ke
      haris-unsubscribe@onelist.com

      Untuk sertai senarai haris. Hantarkan email kosong ke
      haris-subscribe@onelist.com

      Bagi senarai email listboat.
      http://members.theglobe.com/hafnie/art/art.htm

      http://www.bigfoot.com/~hafnie
      - - - - - - ----- ATAU kpd To: belajar@... Dalam Subject: INDEX

      - - - ---
      -----BEGIN PGP SIGNATURE-----
      Version: PGPfreeware 6.0 for non-commercial use <http://www.pgp.com>
      Comment: http://members.theglobe.com/hafnie/art/harpgpkey.htm -hafnie

      iQA/AwUBNw1bzigZae/x0t8jEQJHpACg+dAnjtzINJwiuWIjZWDV0yeBJ58An3eF
      5KjDYajgxjqNIRXKat0j2gg/
      =jjQt
      -----END PGP SIGNATURE-----
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.