Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

UMAT ISLAM MUSNAHKAN TENTERA TARTAR

Expand Messages
  • othman abdul malek
    PERTEMPURAN AIN JALUT : UMAT ISLAM MUSNAHKAN TENTERA TARTAR Sejarah Islam telah merakamkan pertempuran defensive yang terpaksa dimasuki umat Islam kerana
    Message 1 of 1 , Mar 21, 2005
    • 0 Attachment

      PERTEMPURAN AIN JALUT :

      UMAT ISLAM MUSNAHKAN TENTERA TARTAR

       

      Sejarah Islam telah merakamkan pertempuran defensive yang terpaksa dimasuki umat Islam kerana mempertahankan aqidah, harta benda dan tanahair mereka. Pertempuran ini di anggap penting kerana ia menyebabkan selamatnya kawasan Timur Tengah dan Mesir dari penjajahan bangsa Tartar.

       

      Sebab utama kemenangan Islam pada pertempuran ini terletak pada Qathaz dan dua orang imam besar iaitu Al-Az bin Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali, dengan kata lain sebab kemenangan ini terletak pada panglima, ulama� dan tentera.

       

      Pada tahun 654 hijrah orang-orang Tartar telah menjajah semua negeri Asia Kecil dan Eropah Timur dengan kekuatan pedang, kemudian menduduki Baghdad ibu kota Empayar Abassiyyah pada tahun 656 hijrah. Orang-orang Tartar kemudiannya menawan Harran, Ar Raha, Dian Bakr pada 657 hijrah. Menawan Halab 658 hijrah sehingga Damsyik, seterusnya menawan Damsyik hingga ke kota Nablus, Al Kurk dan Baitul Maqdis.

       

      Matlamat orang-orang Tartar menguasai Palestin ialah untuk membuka laluan ke Mesir, tentera Tartar bergerak seperti gelombang besar memusnahkan apa sahaja kekuatan yang cuba menghalang mereka, mereka telah menyebarkan ketakutan dan kemusnahan di mana sahaja mereka lalui.

       

      Mesir ketika itu diperintah oleh Qathaz, beliau merasa bimbang kerana negaranya bakal diserang oleh tentera Tartar. Orang-orang Tartar sentiasa menang dan sedang maju dari satu kemenangan ke satu kemenangan yang lain. Kedudukan Mesir sudah terlalu hampir dari pihak penyerang. Bangsa Tartar sentiasa tamak untuk memasukan Mesir di bawah kekuasaannya yang memanjang dari Timur Jauh hingga ke laut Mediterranean.

       

      Qathaz telah mengumpulkan cendiakawan Islam, beliau berunding dengan mereka, hasil dari perbincangan mereka bersetuju supaya berperang diluar Mesir bagi mengelakkan kehancuran dan kemusnahan Mesir dan jika kalah pun masih ada tanah simpanan untuk berlindung. Seruan Qathaz disambut oleh ramai mujahid dan didahulu oleh dua orang tokoh ulama� iaitu Al Az Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali yang telah menyumbangkan tenaga moral yang tinggi kepada tentera Qathaz dalam bentuk pengukuhan aqidah Islamiyyah mereka.

       

      Kedua-dua ulama� tersebut mengarahkan setiap tentera Mesir sama ada panglima atau pun perajurit membuat makruf dan meninggalkan mungkar, menggesa mereka bertaubat nasuha, membersihkan segala kekotoran dijiwa mereka, meluruskan yang mana yang bengkok dan membetulkan mana yang salah, menampakkan pahala syahid di jalan Allah, menerangkan pangkat syuhada di sisi Allah, meningkatkan moral dan keazaman tentera Mesir. Sama ada mati syahid atau menang...pasukan tentera yang seperti ini tentu tidak dapat dikalahkan dengan izin Allah.

       

      Tentera Mesir sampai di Ain Jalut iaitu kira-kira lima batu dari Al Afula di Palestin, di antara bandar Al Afula dan Baisan. Apabila tentera tahu, mereka menyerbu tentera Islam di sana pada tahun 658 hijrah. Dari segi jumlah tentera dan kelengkapan, bangsa Tartar melebihi berlipat kali ganti jumlah tentera Islam. Akan tetapi kelebihan moral berada di pihak Mesir kerana mereka mempunyai senjata rahsia yang paling berkesan yang tidak dibuat perkiraan oleh bangsa Tartar iaitu keimanan yang mendalam kepada Allah dan keazaman untuk menang atau mati syahid.

       

      Secara zahirnya bangsa Tartar, kita tidak ragu-ragu akan meletakkan kemenangan kepada bangsa Tartar kerana :

      1. Panglima tentera Tartar mempunyai pengalaman yang lama dalam peperangan sedangkan Qathaz tiada pengalaman perang langsung.
      2. Moral tentera Tartar cukup tinggi kerana mereka maju dari satu kemenangan ke satu kemenangan yang lain, tidak pernah tewas sejak beberapa tahun ini sedangkan moral Qathaz rendah kerana tidak pernah berperang atau menang perang.
      3. Kemampuan bertempur bangsa Tartar amat tinggi melalui pengalaman mereka dalam banyak pertempuran sebelum ini.
      4. Tentera Tartar mengatasi dari segi jumlah tenaga dan kelengkapan terutama angkatan berkuda yang mahir. Kemasyhuran tentera Tartar memenuhi dunia tentang ketangkasan, keberanian dan paling terlatih dalam seni pertempuran berkuda.
      5. Tentera Tartar mengatasi dari segi logistik kerana ia bergantung kepada negara-negara kaya yang diduduki di tanah Syams. Sementera tentera Mesir kedudukannya terlalu jauh dari Mesir satu-satu tempat bekalan diterima, tambahan ketika itu hanya binatang di gunakan mengangkut bekalan.

       

      Tentera Tartar telah melancarkan serangan kilat secara besar-besaran ke atas tentera Mesir, mengakibatkan barisan tentera Mesir bergoncang hebat dan ditimpa kerugian jiwa yang besar, kemudian mereka berundur. Tentera Tartar hampir-hampir dapat menyapu bersih angkatan tentera Mesir.

       

      Melihat keadaan ini, Qathaz menjerit �Wa Islamahu, Wa Islamahu� (Oh Islam!). sebelum pertempuran dua tokoh ulama� tadi telah berusaha membangkitkan semangat keagamaan di dalam angkatan tentera Mesir. Maka jeritan kuat seorang mukmin yang amanah itu telah memberikan kesan yang mendalam dan menyentuh perasaan setiap perajurit lalu mereka menyusun kembali barisan dan membuat serangan balas sehingga mencapai kemenangan. Suatu kemenagan yang luar biasa bertentangan dengan prinsip-prinsip peperangan sebagaimana yang diramalkan dengan izin Allah.

       

      Selepas pertempuran itu bangsa Tartar tidak pernah berjaya lagi kerana mereka telah menderita kerugian jiwa dan harta benda yang besar, mereka berundur lari dan orang-orang lain pun mengambil kesempatan menghentam mereka.

       

      Selepas itu Qathaz memasuki Damsyik dan mengambil kembali dari tangan Tartar. Beliau mengarahkan panglima Baibras membersihkan saki baki Tartar di tanah Syam. Begitulah dengan keimanan yang dibangunkan oleh dua tokoh ulama� tentera Mesir telah mencapai kemenangan yang gilang-gemilang.


      Do you Yahoo!?
      Make Yahoo! your home page
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.