Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

30 Mac - Mesyuarat Agung Ke-2 PABD

Expand Messages
  • Hazarry Haji Ali Ahmad
    Pengiran /Awang / Dayang, PER: MESYUARAT AGUNG KEDUA Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD)
    Message 1 of 1 , Mar 21, 2007
    View Source
    • 0 Attachment
      Pengiran /Awang / Dayang,

      PER: MESYUARAT AGUNG KEDUA


      Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan
      Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) akan mengadakan Mesyuarat
      Agung II yang akan berlangsung pada:

      Tarikh : 30 Mac 2007 (11 Rabiulawal 1428)
      Hari : Jumaat
      Jam : 3.00 – 5.00 petang
      Tempat : Bilik Mesyuarat,
      Jame' `Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Kiarong
      Brunei Darussalam.

      Mesyuarat merupakan lanjutan dari mesyuarat Agung pada 22 Disember
      2006 yang telah dibatalkan atas sebab jumlah korum ahli mesyuarat
      yang tidak cukup.

      Sebagai makluman, Tuan Yang Di Pertua PABD, Awang Hj Mahadi bin Mohd
      Tahir akan menjadi pengerusi dalam mesyuarat ini. Adapun agenda
      mesyuarat yang akan dibincangkan ialah:

      1. Bacaan Surah Al-Fatihah.
      2. Ucapan Yang DiPertua PABD.
      3. Laporan Tahunan.
      4. Kewangan (Penyata Kira-Kira oleh Bendahari Agong)
      5. Pembubaran AJK Eksekutif 2007/2008
      6. Lantikan Pengerusi & Setiausaha sementara.
      7. Pencalonan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif.
      8. Perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif 2007/2008.
      9. Aktiviti Kegiatan / Rancangan / Projek 2007.
      10. Mengemaskini maklumat Keahlian.
      11. Lain-lain hal.
      12. Doa Selamat.
      13. Sesi Fotografi

      Pihak persatuan juga mengalu-alukan ahli-ahli yang ingin mencadang
      sebarang aktiviti, projek dan rancangan bagi tahun-tahun yang akan
      datang bolehlah mengusulkan perkara tersebut di Mesyuarat tersebut.
      Ahli-ahli PABD juga disarankan bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti
      yang dianjurkan bagi sama-sama menjayakan organisasi ini.

      Sehubungan dengan ini juga, mana-mana ahli yang ingin membaharui
      Yuran Tahunan atau belum membuat Pembayaran Pendaftaran bolehlah
      menjelaskannya pada hari mesyuarat diadakan kepada Bendahari PABD.

      Pihak persatuan juga menjemput orang ramai yang berminat menjadi ahli
      PABD untuk turut sama hadir pada hari tersebut dan seterusnya untuk
      membuat pendaftaran. Sebarang pertanyaan tentang keahlian persatuan
      sila layari laman web (http://www.bruneiastronomy.org) atau
      menghubungi ahli-ahli Eksekutif PABD.

      Kehadiran Pengiran/Awang/Dayang pada Mesyuarat Agung itu nanti adalah
      sangat-sangat diharapkan dan sekiranya Pengiran/Awang/Dayang tidak
      dapat hadir, maka dipohonkan kerjasama Pengiran/Awang/Dayang untuk
      menghubungi dan memaklumkan kepada Setiausaha PABD (Awg. Hazarry Hj
      Ali Ahmad) pada nombor telefon +6738820277 (M), +6738182602 (Video
      Call) dan 4221582 (R) atau sila e-mail kepada
      hazarry@...

      Di atas kesudian Pengiran/Awang/Dayang hadir pada mesyuarat tersebut,
      Pihak persatuan tidak lupa merakamkan ribuan terima kasih.

      Sekian
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.