Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Info Kesihatan : Memahami bengkak kelenjar

Expand Messages
  • biovco@yahoogroups.com
    Info Kesihatan : Memahami bengkak kelenjar SETIAP ibu bapa pasti runsing apabila mendapati anak mereka mendapat bengkak di bahagian kelenjar. Kelenjar yang
    Message 1 of 1 , Nov 13, 2005
      Info Kesihatan : Memahami bengkak kelenjar

      SETIAP ibu bapa pasti runsing apabila mendapati anak mereka mendapat
      bengkak di bahagian kelenjar. Kelenjar yang biasa bengkak ialah
      kelenjar limfa dan air liur (saliva).

      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      PROMOSI BULAN NOV. 2005 SEDANG BERLANGSUNG. DAPATKAN SEKARANG,
      Maklumat lanjut : http://www.maynetwork.net/biovco/
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan,
      sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain yang akan
      dinyatakan di bawah. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita
      adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan
      terhadap jangkitan penyakit.

      Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan
      penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini
      bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan
      yang menyerang bahagian itu.

      Kadangkala juga, seluruh kelenjar yang ada di badan membengkak. Ini
      boleh terjadi apabila berlaku tindak balas terhadap sesuatu ubat,
      contohnya ubat Dilantin yang digunakan untuk penyakit epilepsi
      (sawan) atau petanda berlakunya ketumbuhan atau barah seperti
      leukemia dan lymphoma.

      Kelenjar air liur yang terbesar terletak di antara dagu dan telinga.
      Ia selalunya membengkak apabila terjadi jangkitan beguk. Manakala
      kelenjar limfa di anggota tertentu membengkak apabila ada jangkitan
      di kawasan berkenaan.

      Contohnya, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya berkait dengan
      masalah tekak atau telinga. Bengkak kelenjar di pangkal paha berkait
      dengan jangkitan di kaki atau kemaluan.

      Manakala bengkak kelenjar limfa di belakang telinga mungkin berkait
      dengan jangkitan di kulit kepala, Rubella, penyakit Kawasaki atau
      jangkitan Epstein-Barr Virus (juga dikenali sebagai Infectious
      Mononucleosis).

      Jika bengkak kelenjar terjadi di seluruh anggota badan dan diikuti
      bengkak pada bahagian hati dan limpa, doktor akan melakukan
      pemeriksaan dan ujian selanjutnya kerana dikhuatiri ia satu petanda
      masalah barah seperti leukemia atau lymhoma.

      Malah, penyakit tuberculosis (batuk kering) juga boleh menyebabkan
      bengkak kelenjar limfa yang terjadi di sebahagian besar anggota
      badan pesakit.

      Jika kelenjar limfa pada anggota tertentu membengkak, doktor akan
      melakukan pemantauan terhadap saiz dan keadaan kelenjar berkenaan
      dari semasa ke semasa.

      Kelenjar limfa yang membengkak boleh terjadi hanya pada satu
      kelenjar atau sekumpulan kelenjar limfa pada bahagian anggota
      tertentu.

      Kebanyakan bengkak kelenjar disebabkan inflamasi daripada jangkitan
      virus dan ini tidak memerlukan rawatan khusus.

      Namun, jika bengkak kelenjar limfa disyaki disebabkan jangkitan
      bakteria (dengan tanda kemerahan dan sakit apabila di sentuh)
      rawatan antibiotik akan diberikan.

      Pembedahan

      Jika bengkak kelenjar limfa berubah menjadi bernanah, pembedahan
      kecil mungkin perlu dilakukan untuk mengeluarkan nanah. Pembedahan
      untuk membuang kelenjar dan seterusnya pemeriksaan histopatologi
      hanya dilakukan jika kelenjar terbabit kekal membengkak dan tidak
      mengecut.

      Jika anda melihat anak anda mempunyai kelenjar yang membesar cepat
      dalam tempoh tiga minggu, bawa segera berjumpa doktor. Kebanyakan
      kelenjar limfa yang membengkak akan mengecil dalam tempoh dua hingga
      tiga minggu.

      Doktor juga akan membuat penyelidikan awal dengan menyoal sama ada
      kanak-kanak yang mendapat bengkak kelenjar limfa juga mengalami
      demam, hilang selera makan, lemah seluruh badan dan berlaku
      penurunan berat badan.

      Pemeriksaan juga dilakukan untuk mengesan punca jangkitan yang
      menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Contohnya, seperti
      pemeriksaan tekak dan telinga jika ada kelenjar limfa membengkak di
      leher.

      Doktor biasanya memantau bengkak kelenjar dalam jangka masa tertentu
      dan akan membuat keputusan sama ada untuk menjalankan ujian darah,
      biopsi atau membuang kelenjar terbabit.

      Jika anda khuatir dan risau apabila anak anda mendapat bengkak
      kelenjar, bawa anak berjumpa doktor supaya pemeriksaan selanjutnya
      dapat dilakukan.

      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      TESTIMONI PENGGUNA :

      Anak saya berusia 5 tahun mengalami bengkak dibahagian leher.
      Selepas berjumpa doktor, doktor mengesahkan anak saya mengalami
      bengkak kelenjar disebabkan jangkitan virus / bakteria. Doktor
      memberikan ubat antibiotik dan tahan sakit.

      Ubat yang diberikan oleh doktor tidak saya beri kepada anak saya.
      Saya memberi 1 sudu besar Minyak Kelapa Dara BIOVCO 2 kali sehari
      kepada anak saya. Keesokan harinya bengkak tersebut mulai surut dan
      hilang.

      Terima Kasih kepada rakan yang memperkenalkan produk tersebut kepada saya.

      Pn. Siti Zubaidah
      Seremban N. Sembilan

      PROMOSI BULAN NOV. 2005 SEDANG BERLANGSUNG. DAPATKAN SEKARANG,
      Maklumat lanjut : http://www.maynetwork.net/biovco/

      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.