Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Berita terkini dari UMNO Bahagian Johor Bahru

Expand Messages
  • umnojbcom
    Assalamualaikum. Berita terkini dari UMNO Bahagian Johor Bahru (Layar Juang). Anda boleh melayari laman web layer juang http://www.umnojb.com.my Webmaster
    Message 1 of 17 , Mar 21, 2005
    • 0 Attachment
      Assalamualaikum.

      Berita terkini dari UMNO Bahagian Johor Bahru (Layar
      Juang). Anda boleh melayari laman web layer juang
      http://www.umnojb.com.my

      Webmaster
      Faizal Riza UMNOJB.com.my

      JIKA MELAYU HENDAK MENJADI TERAS,MELAYU PERLU KUASAI
      SEMUA BIDANG � YB DATO HAJI SHAHRIR BIN HAJI ABDUL
      SAMAD
      Oleh : Borahan Bin Kassim

      Parlimen Johor Bahru walaupun sebuah kawasan parlimen
      yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru
      namun kemudahan infrastrukturnya tidak sehebat
      mana.Oleh itu tidak hairanlah UMNO Bahagian pada
      majlis jamuan Hari Raya menggunakan Dewan Sekolah Foon
      Yew disebabkan tiada dewan yang cukup luas dan pada
      kursus pentadbiran,kewangan dan penerangan kepimpinan
      diadakan di luar kawasan iaitu di Dewan Kompleks Nusa
      Mutiara.

      UMNO Bahagian Johor Bahru telah menyuarakan perkara
      ini dalam pertemuan dengan YAB Dato Haji Abdul Ghani
      Bin Othman,Menteri Besar Johor pada 7\2\2005.Selain
      itu UMNO Bahagian juga menimbulkan soal projek
      pembangunan yang terbengkalai di Larkin Perdana bagi
      menggantikan kawasan penempatan Kampung Melayu Dewata
      yang masih belum mendapat CFO dan penduduknya masih
      tinggal di rumah panjang.Begitulah juga dengan
      pembangunan Desa Larkin,biarpun sudah empat tahun
      namun pembangunan tersebut belum selesai lagi.Selain
      itu projek rumah menggantikan Rumah Pangsa Lumba Kuda
      masih belum didirikan walaupun peruntukan kewangannya
      sudahpun diperolehi.

      YB Dato� Haji Shahrir Bin Haji Abdul Samad,Ahli
      Parlimen Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian berkata
      demikian sewaktu majlis perasmian kursus
      pentadbiran,kewangan dan penerangan kepimpinan kepada
      kira-kira seribu orang pemimpin wanita,puteri,pemuda
      dan ketua-ketua cawangan serta pegawai-pegawainya di
      Dewan Besar Nusa Mutiara.Menurut beliau lagi mandat
      dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat tidak harus
      disia-siakan .Untuk itu UMNO Bahagian Johor Bahru
      meminta YAB Dato� menteri Besar Johor berusaha
      membantu menyelesaikan masalah tersebut.

      Selepas pertemuan tersebut YAB Dato�Menteri Besar
      telah mengadakan mesyuarat susulan dan ini adalah
      petanda yang baik.Ahli-ahli parti dan masyarakat perlu
      sedar bahawa kuasa sebenar bukan di tangan ahli
      politik sebaliknya terpaksa melalui pegawai-pegawai
      kerajaan dan segala masalah di Parlimen Johor Bahru di
      bawa ke dalam mesyuarat.Sebagai contoh tanah di Kem
      Majidi,Kampung Bakar Batu dan lain-lain. UMNO Johor
      Bahru berpegang kepada politik akar umbi.Politik UMNO
      JB sentiasa mendengar pandangan dan rintihan rakyat
      bawahan.Dan inilah yang menyebabkan UMNO bahagian
      Johor kuat serta menjadi rujukan ahli-ahlinya.

      UMNO JB juga mencadangkan supaya pembangunan di Kem
      Majidi hendaklah mengambil kira pandangan rakyat dan
      parti dengan kepimpinan UMNO JB dibawa berunding.
      Selain itu Stadium Larkin yang selama ini menjadi
      tempat diadakan temaya sukan sekolah di daerah ini
      jangan dirobohkan atau dipindahkan ke tempat lain.

      Mengenai nilai harta melayu di Bandaraya
      ini,berbagai-bagai usaha telah dibuat antaranya ialah
      penduduk setinggan Stulang Baru yang diarah pindah
      dapat pampas an sebuah rumah dengan harga 25 ribu
      ringgit yang nilai sebenarnya melebihi 60 ribu
      ringgit.Perbincangan dengan YAB Dato� Menteri Besar
      telah berjaya menyuarakan kehendak dan kepentingan
      orang melayu di Bandaraya Johor Bahru.Menyentuh soal
      perjuangan dan agenda melayu ialah bagaimana hendak
      menentukan agar teras negara ini tetap kepada
      orang-orang melayu. Menurut beliau lagi jika orang
      melayu hendak kekal menjadi teras, mereka perlu
      memastikan setiap bidang di negara ini dikuasai oleh
      orang-orang melayu. Di sinilah sebenarnya peranan yang
      mesti dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO peringkat
      bahagian dan cawangan yang sebenarnya menjadi
      pembimbing untuk memastikan kejayaan agenda melayu.
      Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bangsa melayu
      merupakan bangsa yang mempunyai organisasi yang
      tersusun dan mempunyai misi dan visi.

      Kesimpulanyan apa yang telah diperkatakan oleh YB
      Dato� Haji Shahrir Bin Haji Abdul Samad adalah satu
      luahan rasa pemimpin yang berjiwa rakyat dan sedar
      betapa rakyat di bawahnya sentiasa mengharapkan
      pembelaan daripada seorang pemimpin dan beliau juga
      pemimpin yang sangat sedar serta insaf bahawa bumi ini
      mesti terus kekal dikuasai oleh orang melayu yang
      menjadi pewaris kepada nenek moyang mereka.

      PEMUDA JOHOR BAHRU ANJUR KURSUS PENTADBIRAN,PERSEDIAAN
      DAN PENGENDALIAN MESYUARAT AGONG
      Oleh : Azman Bin Dawam

      Pemuda merupakan barisan pelapis yang bakal
      mengantikan kepimpinan UMNO yang ada pada hari
      ini.Untuk memastikan UMNO terus kuat dan mantap pada
      masa depan,Pemuda yang ada pada hari ini perlu
      mempunyai ilmu terutamanya ilmu dalam bidang politik.

      Untuk itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru
      melalui Biro Latihan telah menganjurkan kursus
      pentadbiran,persediaan dan pengendalian mesyuarat
      agong kepada ketua-ketua pemuda dan Pegawai-pegawai
      Prgerakan Pemuda UMNO cawangan-cawangan pada 6 hb
      Februari 2005 bertempat di Dewan Perbadanan
      Produktiviti Negara di Bandar Baru Uda.

      Dalam ucapan perasmiannya,saudara Khaled Bin
      Mohamad,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor
      Bahru mengucapkan tahniah kepada Biro Latihan yang
      diketuai oleh saudara Nor Nekman Bin Othman kerana
      telah berjaya merancang satu program yang begitu baik
      untuk pemuda dan beliau berharap agar peserta-peserta
      dapat mengikut program tersebut dengan
      bersungguh-sungguh.

      Para peserta kursus berpeluang mendengar penerangan
      berkenaan tatacara pengendalian mesyuarat agong
      tahunan dan menyediakan laporan\penyata tahunan
      daripada Tuan Haji Misbah Bin Haji
      Zainuddin,setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru.Selain
      itu satu sesi taklimat khas juga telah diberikan oleh
      saudara Ramlee Bin Bohani,Setiausaha Eksekutif Badan
      Perhubungan UMNO Negeri Johor.

      YB Dato� Haji Shahrir Bin Haji Abdul Samad,Ahli
      Parlimen Johor Bahru merangkap Ketua UMNO Bahagian
      telah menutup rasmi program tersebut dan menyampaikan
      CD serta salinan contoh penyata dan laporan tahunan
      kepada setiap ketua pemuda dari semua
      cawangan-cawangan.

      UMNO JOHOR BAHRU RANGKA LEBIH SEPULUH PROGRAM
      PENDIDIKAN TAHUN 2005
      Oleh : Borahan Bin Kassim

      Pendidikan merupakan satu alat yang amat penting untuk
      kemajuan sesuatu bangsa.Sejarah membukti ketamadunan
      yang tinggi sesuatu bangsa biasanya disertai dengan
      kemajuan bangsa tersebut dalam bidang
      pendidikan.Begitu juga dengan kebangkitan Jepun
      sebagai salah satu kuasa ekonomi dunia yang telah
      berjaya yang mencapai kemajuan yang begitu tinggi
      dalam bidang teknologi kesan daripada kemajuan
      pendidikannya.

      Menyedari hakikat itu maka Biro Pendidikan UMNO
      Bahagian Johor Bahru telah menyusun lebih daripada
      sepuluh program pendidikan bagi tujuan membantu
      meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak di kawasan
      Parlimen Johor Bahru.

      Menurut Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Johor
      Bahru,Borahan Bin Kassim,antara program yang dirangka
      ialah program kecemerlangan peperiksaan UPSR,PMR dan
      SPM.Selain itu pihak biro juga merangka program
      peningkatan disiplin bagi murid-murid yang bermasalah
      di sekolah rendah dan di sekolah menengah.Bagi program
      yang telah dilaksanakan pula ialah kursus peningkatan
      profesionalisme keguruan bagi sekolah-sekolah rendah
      kawasan parlimen Johor Bahru dan kursus motivasi tahun
      6 bagi sekolah angkat biro pendidikan iaitu Sekolah
      Kebangsaan Khir Johari.Setiap kali program
      dilaksanakan seramai 150 orang peserta telah turut
      serta.

      Walaupun program yang telah dirangka dijangka menelan
      belanja yang agak besar namun program ini dapat
      dilaksanakan dengan sokongan yang kuat daripada yang
      berhormat Dato� Haji Shahrir Bin Haji Abdul Samad,
      Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.Beliau sebagai seorang
      pemimpin yang berpandangan jauh memang menyedari dan
      dapat merasakan bahawa program-program pendidikan ini
      perlu dilaksanakan jika kita ingin melihat kejayaan
      cemerlang bangsa melayu di dalam pendidikan.

      Kesimpulannya,segala usaha yang dilakukan oleh UMNO
      Bahagian Johor Bahru bukanlah satu usaha yang dilihat
      sekadar melepas batuk di tangga malahan
      sebaliknya.Usaha dalam pendidikan dibuat dan dirancang
      dengan begitu rapi dan teliti serta mendapat sokongan
      padu daripada pihak sekolah,pejabat pendidikan daerah
      dan jabatan pendidikan Johor sekali.

      PEMINJAM TEKUN DISERU BAYAR BALIK PINJAMAN � YB ALI
      MOHAMAD
      Oleh : Azman Bin Dawam

      Usaha yang dilakukan oleh wanita mengadakan pasaria
      selama sehari di tapak letak kereta Pasaraya XTRA
      adalah usaha yang baik kerana melaluinya usahawan dan
      peniaga dapat dikumpulkan.Selain itu usahawan dan
      peniaga ini dapat mengeratkan hubungan sambil
      bertukar-tukar fikiran.

      Usaha seperti ini memang usaha yang menepati kehendak
      kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yan
      mampu bersaing dan berdaya maju pada masa depan.Untuk
      melahirkan usahawan-usahawan besar biasanya bermula
      dengan menjadi usahawan kecil-kecilan terlebih dahulu.

      Disamping itu juga kerajaan melalui Yayasan Tekun
      Nasional telah menyediakan pinjaman sebanyak RM 10,000
      hinggalah RM 50,000 untuk usahawan melayu bagi tujuan
      meningkatkan dan membesarkan perniagaan mereka.Namun
      begitu pinjaman yang dibuat perlulah dibayar semula
      supaya wang tersebut dapat digunakan usahawan yang
      lain.

      YB.Tuan Haji Ali Bin Mohamad,Ahli Dewan Undangan bagi
      kawasan Tanjung Puteri merangkap Timbalan Ketua UMNO
      Johor Bahru berkata demikian sewaktu berucap
      merasmikan pasaria anjuran Wanita UMNO Bahagian Johor
      Bahru pada 6 hb Mac 2005.




      __________________________________
      Do you Yahoo!?
      Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
      http://smallbusiness.yahoo.com/resources/
    • umnojbcom
      Assalamualaikum Sila layari laman web YB Dato Shahrir Abdul Samad dialamat berikut http://www.shahrir-umno.com. YB Dato Shahrir Abdul Samad adalah Ahli
      Message 2 of 17 , Mar 29, 2005
      • 0 Attachment
        Assalamualaikum

        Sila layari laman web YB Dato' Shahrir Abdul Samad
        dialamat berikut http://www.shahrir-umno.com
        YB Dato' Shahrir Abdul Samad adalah Ahli Parlimen
        Johor Bahru.

        Sekian Terima Kasih

        Webmaster
        Faizal



        __________________________________
        Do you Yahoo!?
        Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
        http://smallbusiness.yahoo.com/resources/
      • umnojbcom
        Artikel terbaru dilaman web YB Dato Shahrir Abdul Samad. Sila layari laman web http://www.shahrir-umno.com Sekian Terima Kasih Webmaster Shahrir cadang
        Message 3 of 17 , Apr 4 6:18 PM
        • 0 Attachment
          Artikel terbaru dilaman web YB Dato' Shahrir Abdul
          Samad. Sila layari laman web
          http://www.shahrir-umno.com Sekian Terima Kasih

          Webmaster

          Shahrir cadang Menteri dimestikan hadiri sidang
          Parlimen

          Seorang penyokong kerajaan hari Isnin mencadangkan
          supaya para menteri kabinet dimestikan hadir pada sesi
          bahas usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan
          Agong serta pembentangan belanjawan, bagi menjawab
          segala isu yang dibawa oleh anggota Parlimen.
          "Untuk memastikan segala cadangan, masalah dan isu
          yang dibawa wakil-wakil rakyat didengari dan diambil
          tindakan, adalah penting bagi menteri untuk hadir bagi
          menjawab perkara-perkara yang dikemukakan," kata Datuk
          Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Baharu) pada persidangan
          Dewan Rakyat Isnin.

          Beliau berkata konsep sebenar Dewan Rakyat sebagai
          dewan yang mulia perlu dilaksanakan supaya keutuhan
          dan keberkesanan Parlimen sebagai sebuah institusi
          penggubalan undang-undang yang luhur, dapat
          dilaksanakan.
          ------------------------------------------------------
          UMNO tidak akan berpecah kerana ada pertandingan dan
          kem� Menang idea bukan menang duit

          Wawancara
          Mingguan Malaysia
          Ahad 27 Jun, 2004
          Mukadimah

          Kehangatan pemilihan UMNO belum begitu dirasai namum
          polemik sudah tercetus ekoran pelbagai cadangan dan
          pandangan daripada pemimpin parti yang sesetengahnya
          saling bercanggah.

          Isunya ialah relevansi mengekalkan dua naib presiden
          sedia ada; mengelakkan kem dalam pertandingan; tuduhan
          jatuh-menjatuh pemimpin; dan syor wakil rakyat menjadi
          ketua bahagian.

          Bagi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir
          Abdul Samad, kepelbagaian pandangan itu baik mahal
          menggambarkan keterbukaan parti. Mengenai pemilihan
          kali ini, Shahrir berkata:

          �Paling penting ialah keperluan mewujudkan
          kepelbagaian dalam barisan kepimpinan iaitu mewakili
          semua kepakaran dan bidang, bukan setakat menteri.

          Sebab itu saya tidak setuju dengan badan-badan
          perhubungan negeri yang
          -----------------------------------------------------
          Greetings from Sabah YB Dato,
          Name: Darell Leiking

          Glad to have found your website again. I truly enjoyed
          all your comments and views in your previos website
          and was an ardent follower eversince. Now that I have
          found your new website I do hope that your will
          continue with your good work both on ground and on
          cyberspace and keep us informed as before.

          YB Dato, as you are the chairman of the Backbenchers
          Club, I do hope that you will push for a live
          transmission of the parliamentary sittings (either on
          the net or terresterial TV). It will, among others,
          indeed bring more awareness to our masses on the
          workings of our Parliamentarians and the issues
          debated over.
          -----------------------------------------------------
          SEEING IT MY WAY
          M Bakri Musa
          bakrimusa@...

          M. Bakri Musa
          Malaysiakini.com March 30, 2005

          Tun Mahathir: A Resource, Not A Burden

          Co-written with Din Merican*

          Editorial lead: The Prime Minister should not hesitate
          to co-opt his predecessor�s help with specific
          projects or simply for general advice. Were Abdullah
          to do that, he as well as the nation would benefit
          immensely.

          Former Prime Minister Tun Mahathir recently lashed out
          at those he felt were out to besmirch his legacy. Soon
          thereafter Prime Minister Abdullah Badawi, behaving as
          if he was the guilty party, went to great pains to
          reassure everyone that his predecessor was not causing
          him any headache!


          __________________________________________________
          Do You Yahoo!?
          Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
          http://mail.yahoo.com
        • umnojbcom
          YB Dato Shahrir : Pelancaran Laman Web & Khidmat SMS BNBBC (http://www.bnbbc.com.my & http://www.shahrir-umno.com) Keterbukaan diperlukan agar dipermudahkan
          Message 4 of 17 , Apr 5 8:29 PM
          • 0 Attachment
            YB Dato' Shahrir : Pelancaran Laman Web & Khidmat SMS
            BNBBC (http://www.bnbbc.com.my &
            http://www.shahrir-umno.com)

            Keterbukaan diperlukan agar dipermudahkan hubungan dua
            hala dan kiranya Parlimen ingin juga mempunyai sifat
            keterbukaan ini, pengundi dan rakyat haruslah
            diberikan pelbagai cara untuk berhubung dengan
            Parlimen serta Ahli-ahli Parlimen. Seseorang Ahli
            Parlimen tidak semata-mata terhad untuk menjaga
            kawasan dan pengundinya, malahan, kerana diperlu juga
            memainkan peranan sebagai seorang penggubal
            undang-undang, ianya harus juga memahami isu-isu
            semasa. Ini bermakna bahawa ia harus sedia menerima
            pandangan dan pendapat daripada mereka yang bukan juga
            pengundinya tetapi mengharapkan agar adanya tempat
            untuk mengadu.

            Maka BNBBC telah mengambil sikap untuk sedia mendengar
            pandangan dan pendapat daripada seberapa ramai pihak
            yang mungkin terhadap berbagai isu semasa dengan
            tujuan agar Ahli-ahli Parlimen BN dapat memahami dan
            oleh itu menyampaikan pandangan sebernas yang mampu
            bagi mendapatkan penyelesaian sebaik mungkin kepada
            isu-isu semasa. Selain daripada beberapa pendekatan
            yang lain, maka laman web BNBBC beserta khidmat SMS
            diharapkan membuka suatu lagi ruang hubungan dua-hala
            bagi mencapai matlamat keterbukaan dalam sistem
            politik negara.


            __________________________________________________
            Do You Yahoo!?
            Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
            http://mail.yahoo.com
          Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.