Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Al-Imran (1-200)

Expand Messages
  • perempuan.annisa
    AL-IMRAN (Keluarga Imran): Dengan Nama Allah, Pemurah, Pengasih. 1. Alif, Lam, Mim. 2. Allah itu, tidak ada Tuhan melainkan dia, yang hidup, yang berdiri
    Message 1 of 2 , Aug 3, 2012
      AL-IMRAN (Keluarga Imran):
      Dengan Nama Allah, Pemurah, Pengasih.

      1. Alif, Lam, Mim.
      2. Allah itu, tidak ada Tuhan melainkan dia, yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya.
      3. Ia turunkan kitab kepada mu dengan (membawa) kebenaran, pada hal menyetujui nya (isi kitab-kitab) yang ada dihadapan nya, dan ia turunkan Taurat dan Injil.
      4. Lebih dahulu, sebagai pertunjuk bagi manusia, dan ia turunkan pembeda. Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah, adalah bagi mereka azab yang sangat, dan Allah itu yang maha kuasa, yang mempunyai seksaan yang pedih.
      5. Sesungguhnya Allah itu, tidak tersembunyi atasnya sesuatu apa pun, (tidak) dibumi dan tidak dilangit.
      6. Ialah (Tuhan) yang merupakan kamu didalam kandungan-kandungan sebagaimana ia kehendaki, tidak ada Tuhan melainkan dia, yang maha kuasa , yang bijaksana.
      7. Ialah yang telah turunkan kitab kepada mu, sebahagian daripada nya adalah ayat-ayat yang menghukum, iaitu ibu-ibu bagi kitab, dan yang (sebahagian) lain adalah (ayat-ayat) yang samar. Adapun orang-orang yang dihati-hati mya ada kesesatan, mencari-cari apa yang samar daripadanya, kerana hendak membikin fitnah dan kerana hendak mengtakwil akan dia, pada hal tidak mengetahui taubatnya melainkan Allah, dan orang-orang yang jijik didalam ilmu berkata; "kami beriman kepadanya, (kerana) semua itu dari Tuhan kami". Dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang mempunyai fikiran.
      8. "Hai Tuhan kami ! janganlah engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurnia kan lah rahmat daripaa mu bagi kami, kerana sesungguhnya engkau lah yang amat mengurnia".
      9. "Hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkau lah pengumpul manusia dihari yang tidak ada syak pada nya" sesungguhnya Allah itu tidak menyalahi janji.
      10. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, harta-harta mereka dan anak-anak mereka, tidak akan dapat melepaskan mereka daripada (hukuman) Allah sedikit jua pun, dan mereka itu ialah bakaran neraka.
      11. (iaitu) sebagimana hal kaum firaun dan orang-orang yang dahlulu daripada mereka itu. Mereka telah dustakan keterangan-keerangan kami, maka Allah akan seksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Allah itu pedih seksaan nya.
      12. Katakan lah kepada orang-orang kafir itu; "kamu akan dikalahkan dan akan dikumpulkan ke jahanam, dan (iaitu) sejahat-jahat tempat persediaan.
      13. Sesungguhnya adalah satu tanda bagi kamu tentang dua golongan yang bertemu, (iaitu) segolongan berperang dijalan Allah, dan yang lain, (golongan) kafir, memandang golongan (Islam) dengan penglihatan mata biasa, (kelihatan) dua kali banyak dari (golongan) mereka, kerena Allah menangguhkan dengan pertolongan nya akan siapa yang ia kehendaki, sesungguhnya ditentang yang demikian itu ada satu peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
      14. Telah dihiasi (hati-hati) manusia (dengan) kesukaan kepada barang-barang yang di ingini iaitu perempuan-perempuan dan anak cucu dan emas dan perak yang berpikul-pikul dan kuda-kuda (kenaikan) yang bagus-bagus dan binatang-binatang ternak dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia, tetapi disisi Allah ada tempat kembali yang baik.
      15. Katakan; "mahukah kamu khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada yang demikian disisi Tuhan mereka, untuk orang-orang yang berbakti ? (iaitu) Syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai yang mereka akan kekal pada nya, dan isteri-isteri yang suci, dan keredaan dari Allah", dan Allah itu amat melihat akan hamba-hamba nya.
      16. (iaitu) orang-orang yang berkata; `hai Tuhan kami ! sesungguhnya kami telah beriman. Lantaran itu, ampunkan lah dosa-dosa kami dan pelihara kan lah kami daripada seksaan neraka".
      17. (iaitu) orang-orang yang sabar dan yang benar dan yang taat sunguh-sunguh dan yang membelanjakan (harta) dan yang meminta ampun diwaktu-waktu malam.
      18. Allah telah terangkan bahawa se nya tidak ada Tuhan melainkan dia yang berdiri dengan keadilan, dan (disaksikan) oleh melaikat dan ahli-ahli ilmu, bahawa se nya tidak ada Tuhan melain kan dia, yang amat berkuasa, yang bijaksana.
      19. Sesungguhnya agama (yang sah) disisi Allah ialah Islam, tetapi orang-orang (kafir) yang diberi kitab itu tidak berselisihan, lantaran ketamakan antara mereka, melainkan sesudah datang pengetahuan kepada mereka, dan barang siapa tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah itu penghitung yang cepat.
      20. Oleh sebab itu, jika mereka membantah mu, maka katakanlah; "aku telah serahkan diriku kepada Allah, begitu juga orang-orang yang menurutku", dan tanyalah orang-orang (kafir) yang diberi kitab dan orang-orang yang ami (tidak tahu membaca menulis); "sudahkah kamu masuk Islam ?" jika mereka telah masuk Islam, sesungguhnya terpimpin lah mereka, dan jika berpaling, maka tidak ada kewajipan atas mu melainkan menyampaikan (sahaja), dan Allah itu amat melihat akan hamba-hamba nya.

      [] http://www.facebook.com/groups/243378299108390/doc/269538246492395

      21. Sesungguhnya mereka yang kufur kepada perintah-perintah Allah, dan membunuh nabi-nabi dengan tidak sebenar nya, dan membunuh orang-orang yang menyerah (manusia melakukan) keadilan, maka berilah ancaman kepada mereka itu dengan seksaan yang pedih.
      22. Mereka itu ialah orang-orang yang gugur amal-amal nya didunia dan di akhirat, dan tidak ada penolong-penolong bagi mereka.
      23. Tidak kah engkau fikirkan (kejahatan) orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab ? diajak mereka kepada kitab Allah, supaya (kitab) itu memberi keputusan antara mereka, kemudian, sebahagian daripada mereka berpaling, pada hal mereka membelakangi (kebenaran).
      24. Yang demikian itu lantaran mereka berkata; "kami tidak akan disentuh oleh api melainkan beberapa hari sahaja", kerana mereka telah ditipu didalam (urusan) agama mereka oleh (khabar) yang (ketua-ketua) mereka adalah sendiri.
      25. Bagaimana kah (hal mereka) apabila kami himpunkan mereka disatu hari yang tidak ada sebarang syak tentang (datang nya), dan disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, apa yang ia telah usahakan, sedang mereka tidak teranyanya !.
      26. Katakanlah; "Hai Tuhan yang memiliki (sekelian) kekuasan ! engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki ditangan mu lah ada (sekalian) kebaikan kerana sesungguhnya engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu".
      27. "Engkau memasukkan malam pada siang, dan engkau memasukkan siang pada malam dan engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan engkau mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan engkau memberi rezeki kepada siapa yang engkau kehendaki dengan tidak berkira".
      28. Janganlah mukminum mengambil kafirin sebagai sahabat daripada mukmin, dan barang siapa berbuat begitu, maka tidaklah ia (mendapat penjagaan) dari Allah disesuatu apa pun, tetapi hendaklah kamu menjaga (diri) dari mereka (dengan) satu pekerjaan (yang betul), dan Allah ancam kamu dengan (seksaan dari) dirinya, dan kepada Allah lah tempat datang kamu.
      29. Katakan lah; "Jika kamu sembunyaikan apa yang ada didada-dada kamu atau kamu nyatakan dia diketahui dia oleh Allah, dan ia mengetahui apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, dan Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
      30. (Takutlah kepada) hari yang tiap-tiap seorang akan dapati (ganjaran) amal kebaikan nya sedia (dihadapan nya), dan apa-apa kejahatan yang ia telah kerjakan itu, ingin ia kalau diantara (balasan nya) dan antara dia ada satu masa yang jauh, dan Allah ancam kamu dengan seksaan dari dirinya, dan Allah itu amat sayang akan hamba-hamba nya.
      31. Katalah; "jika kamu cinta kepada Allah, turutlah akan daku, nescaya Allah akan cinta kepada kamu dan ia ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, kerana Allah itu pengampun, penyayang.
      32. Katakan lah; "hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. Sesudah itu, jika kamu berpaling, maka Allah tidak cinta kepada orang-orang yang kafir.
      33. Sesungguh nya Allah telah pilih Adam dan Nuh dan keluarga Ibrahim dan keluarga Harun atas sekelian bangsa.
      34. (iaitu) keturunan sebahagian nya adalah dari sebahagian, dan Allah itu yang mendengar, yang mengetahui.
      35. (ingatlah) tetakala perempuan Imaran berkata; " hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku telah nazarkan (anak) yang dalam perutku (ini) akan memperhambakan diri (kepada mu). Oleh sebab itu, terimalah daripada ku (Nur ku), kerana sesungguhnya engkau lah yang mendengar, yang mengetahui".
      36. Maka tetakala ia zahirkan dia, ia berkata; "Hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku zahirkan seorang (anak) perempuan" – pada hal Allah terlebih mengetahui apa yang ia zahrikan, kerena lelaki-lelaki itu tidak seperti perempuan – " dan aku namakan dia Mariam, dan aku lindungkan dia dan keturunan nya kepada mu daripada syaitan yang terkutuk".
      37. Maka Tuhan terima akan dia dengan penerimaan yang baik, dan ia besarkan dia dengan cara yang baik, dan ia jadikan Zakaria sebagai pemilihara nya. Tiap-tiap (hari) Zakaria datang berjumpa dia di mihraz, ia dapati ada makanan disisi nya, maka ia bertanya; "ya Mariam ! dari manakah engkau dapat ini ?" Meriam menjawab; " iaitu dari Allah kerana sesungguhnya Allah memberi rezeki kepaaa siapa yang ia kehendaki dengan tidak berhisab".
      38. Diwaktu itu Zakaria berdoa kepada Tuhan nya, ia berkata; "Hai Tuhan ku ! berilah kepada ku dari pihak mu keturunan yang baik kerana sesungguhnya engkaulah pendengar doa".
      39. Setelah itu melaikat menyeru dia sedang ia telah sembahayang di mihraz; "sesungguhnya Allah mengerangkan mu dengan Isa yang akan beriman kepada kalimah dari Allah dan akan jadi ketua dan akan terpilihara (dari kejahatan) dan akan jadi seorang nabi dari kaum yang baik".
      40. Ia berkata; "Hai Tuhan ku ! bagaimana aku akan dapat seorang anak, padahal aku telah tua dan isteriku mandul ?" Ia berkata; "walau pun bagitu, Allah berbuat apa yang ia kehendaki".

      [] http://www.facebook.com/groups/363042257060518/doc/437437622954314

      41. Dan berkata; "Hai Tuhan ku ! adakan lah satu tanda bagi ku", Firman nya; "tanda mu itu ialah engkau tidak akan bisa omong kepada manusia selama tiga hari, melainkan dengan isyarat sahaja, dan ingatlah banyak-banyak kepada Tuhan mu dan berbaktilah petang dan pagi".
      42. Dan (ingatlah) tetakala melaikat berkata; "hai Mariam ! sesungguhnya Allah telah pilih mu dan telah sucikan mu dan telah muliakan mu atas perempuan-perempuan sealim (suci)".
      43. "Hai Mariam ! taatlah kepada Tuhan mu dan sujud dan rukuk lah bersama orang-orang yang rukuk".
      44. Yang demikian itu sebahagian daripada khabaran-khabaran ghaib yang kami wahyukan dia kepada mu, dan engkau tidak ada dekat mereka, ketika mereka membuang undi mereka (buat mengetahui) siapakah dari antara mreka akan memilihara Mariam, dan engkau tidak ada dekat mereka, ketika mereka berbantahah.
      45. (ingatlah) tetakala melaikat bekata: "Ya Mariam ! sesungguhnya Allah mengkhabarkan kepada mu bahawa engkau dapat satu kalimah daripada nya, nama nya Al-Masih Isa bin Mariam, yang dimuliakan didunia dan diakhirat dan seorang dari mereka yang dihampiri".
      46. Dan dia akan berkata-kata kepada manusia dibuayian dan dimasa tua, dan (ia seorang) daripada solehin".
      47. Ia berkata; "Hai Tuhan ku ! bagaimana aku akan dapat anak, pada hal aku belum disentuh oleh manusia ?", ia berkata; "bagitulah Allah menjadikan apa yang ia kehendaki, apabila ia tentukan sesuatu hanya ia berkata kepada nya "Jadilah" maka sesuatu (yang dikehendaki) itu terus jadi".
      48. Dan ia akan ajar dia menulis dan hikmat dan Taurat dan Injil.
      49. Dan sebagai Rasul kepada bani Israel (berkata); "sesungguh nya aku bawa kepada kamu satu mukzizat dari Tuhan kamu' (iaitu)aku bisa membikin untuk kamu, dari tanah seperti rupa burung, lalu aku tiup padanya, lantas ia jadi burung dengan izin Allah, dan aku bisa menyembuhkan orang yang buta dan yang sopak, dan menghidupkan orang-orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku bisa khabarkan kepada kamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan dirumah-rumah kamu, sesungguh nya didalam yang demikian, ada satu tanda (kebenaran) bagi kamu, jika kamu beriman".
      50. "Dan (untuk) membenarkan taurat yang ada dihadapan ku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian daripada apa yang telah diharamkan atas kamu, dan aku bawa kepada kamu sesuatu mukzizat dari Tuhan kamu. Lantaran itu, hendaklah kamu takut kepada Allah, dan taatlah kepada ku".
      51. "Sesungguhnya Allah itu Tuhan ku dan Tuhan kamu. Lantaran itu, berbaktilah kepada nya, inilah jalan yang lurus".
      52. Ketika Isa merasa akan (terbit) kekufuran dari mereka, ia berkata; "siapakah penolong-penolong ku kejalan Allah ?", maka sahabat-sahabat nya berkata; "kami penolong-penolong (agama) Allah, kami telah beriman kepada Allah, dan saksikan lah, bahawa sesungguh nya kami (ini) orang-orang yang menyerah diri".
      53. "Hai Tuhan kami ! kami telah beriman kepada apa yang engkau turunkan, dan kami telah turut Rasul itu, oleh yang demikian, tulislah (nama-nama) kami berserta orang-orang yang menyaksikan (kebenaran)".
      54. Dan mereka membikin tipu daya, tetapi Allah (balas) membikin tipu daya, dan sesungguh nya Allah itu sepandai-pandai (pembalasan) tipu daya.
      55. (ingatlah) tetakala Allah berkata; "Hai Isa ! sesungguhnya aku akan ambil mu dan akan angkat mu kepada ku, dan akan bersihkan mu daripada mereka yang kafir, dan akan jadikan orang-orang yang mengikut mu diatas mereka yang kafir, hingga hari kiamat, kemudian, kepada ku lah tempat kembali kamu, maka nanti aku beri keputusan diantara kemu ditentang apa yang kamu berselisih kan.
      56. Maka ada pun mereka yang kufur itu aku akan siksa mereka satu siksaan yang keras didunia dan akhirat, dan tidak akan mereka dapat pembantu-pembantu.
      57. Dan ada pun mereka yang beriman serta beramal soleh, maka ia akan sempurna kan bagi mereka ganjaran mereka, kerana Allah itu tidak cinta kepada orang-orang yang menganyanyai.
      58. Yang demikian itu, (yang) kami bacakan dia kepada mu (adalah) sebahagian daripada tanda-tanda dan (sebahagian daripada) peringatan yang terpilihara.
      59. Sesungguh nya perbandingan Isa di sisi Allah adalah seperti Adam, ia jadikan dia dari tanah kemudian berkata kepadanya; "Jadilah" lalu jadilah ia.
      60. Kebenaran itu dari Tuhan mu, lantaran itu janganlah engkau jadi seorang daripada orang-orang yang ragu-ragu.

      [] http://www.facebook.com/groups/456661267697681/doc/456663497697458

      61. Maka barang siapa membantah mu ditentang itu, sesudah datang pengetahuan kepada mu, katakan lah (kepada mereka) ; "marilah kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami dan perempuan-peremuan kamu, dan kaum kami dan kaum kamu, kemudian kita berdoa dan kita jadikan laknat Allah atas orang-orang yang dusta".
      62. Sesungguh nya ini lah kisah yang benar, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Allah itu ialah yang gagah, yang bijak sana.
      63. Lataran itu, jika mereka berpaling belakang maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berbuat rusuh.
      64. Katakan; "Hai ahli Kitab ! marilah kepada kalimah yang adil antara kami dan kamu, iatu jangan lah kita menyembah melainkan Allah, dan jangan lah kita menyekutukan sesuatu dengan dia dan janganlah sebahagian daripada kita jadikan sebahagian sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah". Jika mereka berpaling belakang, hendaklah kamu berkata; "saksikan lah bahawa sesungguhnya kami (ini) orang-orang Islam.
      65. Hai ahli kitab ! mengapakah kamu berbantah-bantah ditentang Ibrahim, pada hal tidak diturunkan Taurat dan Injil melainkan sesudah nya, apakah kamu tidak berfikiran ?".
      66. Ingat ! kamu ini orang-orang yang pernah berbantahan ditentang urusan yang kamu ada mempunyai pengetahuan padanya, tetapi mengapakah kamu berbantahan ditentang urusan yang kamu tidak mempunyai pengetahuan pada nya ? dan Allah itu mengetahui dan kamu tidak mengetahui.
      67. Bukankah Ibrahim itu seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani, tetapi adalah ia seorang yang jauh daripada kesesatan, ia seorang Muslim dan bukanlah (pula) ia seorang daripada musrikin.
      68. Sesungguhnya manusia yang paling hampir kepada Ibrahim ialah mereka yang menurut dia dan Nabi ini dan orang-orang yang beriman, dan Allah itu pemimpin kaum mukmin.
      69. Segolongan dari ahli kitab suka hendak menyesatkan kamu, pada hal tidak bakal mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, sedang mereka tidak sadar.
      70. Hai ahli kitab ! mengapakah kamu kufur kepada ayat-ayat Allah, pada hal kamu saksikan ?.

      71. Hai ahli kitab ! mengapakah kamu samarkan kebenaran itu dengan kepalsuan dan kamu sembunyikan kebenaran, pada hal kamu tahu ?
      72. Dan segolongan dari ahli kitab telah berkata; "berimanlah kepada apa-apa yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu pada siang hari dan kufurlah kepadanya pada waktu petang sampai mereka kembali".
      73. "Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang menurut agama kamu" – katakanlah; "sesungguhnya pertunjukan (yang sebenar) itu ialah pertunjukan Allah" -- bahawa akan diberi kepada siapa-siapa sebagai mana pemberian yang diberikan kepada kamu, atau (akan ada siapa-siapa)mengugat kamu disisi Tuhan kamu" katakanlah; "sesungguhnya keutamaan itu ditangan Allah ia berikan kepada siapa-siapa yang ia kehendaki dan Allah itu lurus (pemberian nya) amat mengetahui".
      74. "Ia menentukan rahmatnya kepada siapa-siapa yang ia kehendaki, dan Allah itu mempunyai kurnia yang besar".
      75. Dan sebahagian ahli kitab ada orang yang kalau engkau percayai dia satu pikul, ia akan tunaikan dia kepada mu, dan sebahagian daripada mereka, ada orang yang kalau engkau percaya dia satu dinar, ia tidak akan tunaikan dia kepada mu, kecuali kalau tetap engkau menuntut dia, yang demikian itu lantaran mereka berkata; "tidak ada dosa atas kita tentang (memakan hak) orang-orang bodoh itu". Dan mereka berdusta atas nama Allah pada hal mereka tahu.
      76. Bahkan ! barang siapa menyempurnakan janji nya dan berbakti, maka sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang berbakti.
      77. Sesungguhnya merek a yang membeli (mendapat) benda yang sedikit dengan (menggunakan) perjanjian (atas nama) Allah dan (dengan) sumpah-sumpah mereka itu, ialah orang-orang yang tidak ada bagi mereka bahagian (baik) di akhirat, dan Allah tidak akan ampun kepada mereka, dan tidak akan melihat kepada mereka, pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.
      78. Dan sesungguhnya diantara mereka, ada segolongan yang memutar lidah pada kitab (mereka), supaya kamu menyangka dia sebahagian daripada kitab (mereka), pada hal bukan ia dari kitab itu, dan mereka berkata, bahawa ia (adalah) dari sisi Allah, pada hal bukan dari sisi Allah, dan mereka berdusta atas (nama) Allah, pada hal mereka tahu.
      79. Tidak bisa jadi, seorang manusia yang Allah beri kepada nya kitab (agama) dan hukum dan kenabian, kemudian ia berkata kepada manusia; "jadilah hamba-hamba ku, bukan (hamba-hamba) Allah", tetapi (ia berkata); "jadilah orang-orang yang bersandar kepada Tuhan (semata-mata) dengan sebab kamu mengajarkan kitab (agama) dan dengan sebab kamu membacanya".
      80. Dan tidak ia menyuruh kamu mengangap melaikat-melaikat dan nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Apakah (bisa jadi) ia menyuruh kamu kufur sesudah (jadi) muslimin ?.

      [] http://www.facebook.com/groups/352190498172559/doc/407560379302237
      81. Dan (ingatlah) tetakala Allah adakan perjanjian (dengan) nabi-nabi; "jika datang kepada kamu kitab dan hikmat, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul yang membenarkan apa-apa yang ada pada kamu, (hendaklah) kamu percaya sunguh-sungguh kepada nya, dan menolong sungguh-sungguh akan dia". Ia bertanya; "sudahkah kamu sanggupi dan kamu terima perjanjian ku atas yang demikian ? ", mereka jawab; "kami telah sanggup". Ia berkata; "saksikan lah, dan aku bersama kamu adalah dari golongan mereka yang menyaksikan".
      82. Lantaran demikian, barang siapa berpaling balakang sesudah itu, maka mereka orang-orang yang pasik.
      83. Apakah yang selain dari agama Allah mereka mahukan, pada hal apa-apa yang dilangit-langit dan (d)bumi telah menyuruh diri kepadanya dengan suka dan dengan terpaksa, dan kepada nya lah mereka akan dikembalikan ?.
      84. Katakan lah; "kami telah beriman kepada Allah, dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepada kami, dan (kepada) apa yang elah diturunkankepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan anak cucu (nya), dan (kepada) apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa dan (kepada) nabi-nabi dari Tuhan mereka, kami tidak membezakan antara seorang pun dari mereka itu, dan kepadanya lah kami berserah diri".
      85. Dan barang siapa cari satu agama lain daripada Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripada nya sedang ia diakhirat (adalah) seorang daripada mereka yang rugi.
      86. Bagaimana kah Allah akan memberi pertunjukan kepada satu kaum yang kufur sesudah beriman, serta sudah mengaku bahawa Rasul itu benar, dan telah datang keterangan-keterangan kepada mereka ? dan Allah tidak akan memberi pertunjukkan kepada kaum yang zalim.
      87. Mereka itu balasan nya ialah laknat Allah atas mereka dan (laknat) melaikat dan manusia semuanya.
      88. Pada hal mereka akan kekal padanya, tidak akan diringankan azab dari mereka, dan tidak pula mereka dari tempoh.
      89. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu, dan membikin kebaikan, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
      90. Sesungguh nya mereka yang kufur sesudah beriman, kemudian bertambah kufur mereka, tidak akan diterima taubat mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang sesat.

      91. Sesungguhnya mereka yang kufur, lalu mati, pada hal mereka tetap kafir itu, tidak akan diterima dari seorang dari mereka emas sepenuh bumi, walau pun ia (hendak) menebus diri dengan itu. Mereka itu akan mendapat azab yang pedih, dan mereka tidak akan mendapat pembantu-pembantu.

      JUZUD KE 4.

      92. Kamu tidak akan mendapat (balasan) kebaikan kecuali kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu derma kan itu, Allah mengetahui akan dia.
      93. Semua makanan dahulu nya adalah hal bagi bani Israel, kecuali apa-apa yang Israel haramkan (sendiri) atas diri nya sebelum diturun Taurat. Katakan; "Kalau bagitu, bawalah Taurat dan bacalah akan dia, jika memang kamu itu orang-orang yang benar".
      94. Oleh sebab itu, barang siapa berdusta atas nama Allah sesudah demikian, maka mereka itu ialah orang-orang yang zalim.
      95. katakan lah "Allah telah benar", lantaran itu, turutlah agama Ibrahim yang lurus dan bukan lah ia seorang daripada kaum musrikin.
      96. Sesungguhnya pertama rumah yang didirikan untuk (ibadat) manusia ialah yang di berkat, sebagai (rumah) yang berkat dan pertunjukan bagi manusia.
      97. Disitu ada tanda-tanda yang nyata, (iaitu) tempat berdiri Ibrahim dan barang siapa masuk kedalam nya amanlah dia, dan kerana Allah, (wajib) atas manusia pergi kerumah itu (yakni) siapa yang berdaya kesana, dan barang siapa kufur, maka sesungguh nya Allah itu terkaya daripada makhluk-makhluk.
      98. Tanyalah; "Hai ahli kitab ! mengapakah kamu kufur kepada perintah-perintah Allah, pada hal Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan?".
      99. Tanyalah; "Hai ahli kitab ! mengapa kamu membalingkan dari jalan Allah akan orang-orang yang telah beriman, dengan maksud hendak menunjukkan bahawa jalan Alah itu bengkok, pada hal kamu menyaksikan (kebenaran) ? dan Allah tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan ?".
      100. Hai orang-orang beriman ! kamu taat kepada segolongan dari (kafir-kafir) yang diberi kitab itu, nescaya mereka kembalikan kamu jadi kafir-kafir sesudah kamu beriman.

      [] http://www.facebook.com/groups/324533024305472/doc/328798820545559

      101. Dan bagaimana kamu akan kufur, pada hal ada dibacakan kepada kamu firman-firman Allah dan ada diantara kemu Rasul nya ? dan barang siapa berpaling dengan Allah, maka sesungguhnya akan dipimpin dia kejalan yang lurus.
      102. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dengan sebenar-benar keyakinan, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu (sebagai) muslimin.
      103. Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpisah-pisah, dan ingat lah nikmat Allah atas kamu, tetakala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinak kan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudaraan, pada hal, dahulunya, kamu dipingiri lubang dari neraka, tetapi ia selamatkan kamu daripada nya, bagitulah Allah terangkan kepada kamu tanda-tanda nya supaya kamu dapat pertunjukan.
      104. Dan hendaklah ada dari antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada bakti, dan menyerah (mereka berbuat) kebaikan, dan melarang (mereka) dari kejahatan, dan mereka itu, ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
      105. Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang telah berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan, dan mereka akan mendapat seksaan yang besar.
      106. Dihari yang akan putih beberapa muka dan akan hitam beberapa muka, ada pun orang-orang yang hitam mukanya (akan dikata); "bukankah kamu telah kufur sesudah kamu beriman ? maka rasalah azab dengan sebab kamu telah kufur".
      107. Dan ada pun orang-orang yang putih mukanya itu, akan berdiam didalam rahmat Allah yang mereka akan kekal padanya.
      108. Yang demikian itu ayag-ayat Allah, kami bacakan dia kepada mu dengan sebenarnya, dan Allah itu tidak maksudkan kezaliman bagi makhluk.
      109. Dan kepunyaan Allah lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa-apa yang ada dibumi, dan kepada Allah lah akan dikembalikan urusan-urusan.
      110. Adalah kamu sebaik-baik umat yang di adakan untuk manusia : kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah, dan jika ahli kita (semua) beriman, nescaya baik buat mereka (tetapi) sebahagian daripada mereka beriman, dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang pasik.

      111. Mereka tidak akan dapat membahayakan kamu kecuali menyakitkan (sedikit) dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan hadapkan belakang-belakang mereka kepada kamu, dan sesudah itu mereka tidak akan dimenangkan.
      112. Dikatakan atas mereka kehinaan dimana sahaja mereka ada, kecuali (kalau mereka berpegang) dengan tali dari Allah dan tali dari manusia, dan panaslah mereka dapat kemurkaan dari Allah dan dikenakan atas mereka kerendahan yang demikian itu, lantaran mereka kufur kepada perintah Allah, dan mereka bunuh nabi-nabi dengan tidak benar, yang demikian itu, lantaran mereka derhaka dan adalah mereka melewati batas.
      113. Mereka itu tidak sama, dari antara ahli kitab itu ada golongan yang lurus yang membaca firman-firman Allah diwaktu-waktu malam, pada hal mereka merendah diri.
      114. Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudain, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan mereka berlumba-lumba dalam kebaikan, dan mereka itu adalah dari orang-orang yang baik.
      115. Dan apa-apa kebaikan yang mereka kerjakan, tidak dihilangkan pahala nya dari mereka, dan Allah amat mengetahui orang-orang yang berbakti.
      116. Sesungguhnya orang-orang yang kufur itu, harta-harta mereka dan anak-anak mereka tidak akan dapat penolak dari mereka sebarang satu (seksa) dari Allah, dan mereka itu adalah ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.
      117. Bandingan sesuatu yang mereka belanjakan dipenghidupan dunia ini, adalah seperti angin, berserta dingin keras mengenai tanaman-tanaman kaum yang telah menganyanyai diri-diri sendiri, lalu angin itu membinasakan dia dan Allah tidak menganyanyai mereka, tetapi mereka menganyanyai diri-diri mereka sendiri.
      118. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu anggap sebagai sahabat karib lain daripada (golongan) kamu, mereka tidak putus-putus (berikhtiar) menarik kecelakaan atas kamu, mereka suka apa-apa yang menyusahkan kamu, sesungguh nya kebencian telah terbit dari mulut-mulut mereka, tetapi apa yang menyembunyikan oleh hati-hati mereka, ada lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda kepada kamu, jika kamu (mahu) berfikir.
      119. Kamu ini ialah orang-orang yang kasih kepada mereka, pada hal mereka tidak kasih kepada kamu, dan kamu beriman kepada (isi) kitab itu semuanya, pada hal mereka apabila bertemu kamu, (hanyalah) mereka berkata; "kami telah beriman", tetapi apabila mereka berpisah (dari kamu), mereka mengigit jari lantaran geram bercampur benci kepda kamu. Katakan; "matilah dengan kegeraman kamu yang bercampur kebebncian itu" sesungguh nya Allah amat mengetahui apa-apa yang ada didada-dada.
      120. Jika kebaikan mengenai kamu, mereka susah, dan jika bahaya menghinggapi kamu, mereka suka, dan jika kamu sabar dan berbakti, maka tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit jua pun, sesungguhnya Allah mengampun apa-apa yang mereka kerjakan.

      [] http://www.facebook.com/groups/333910469997414/doc/385481144840346

      121. Dan (ingatlah) tetakala engkau keluar pagi-pagi dari rumah ahlimu, (untuk) menetapkan bagi mukmin tempat-tempat kedudukan (masing-masing) buat peperangan, dan Allah itu mendengar, mengetahui.
      122. (ingatlah) tetakala dua golongan dari kamu hendak jadi lemah, tetapi Allah jadi pengurus mereka, dan kepada Allah lah hendaklah mukmin berserah diri.
      123. Dan sesungguhnya Allah telah tolong kamu d(peperangan) badar, pada hal kamu sedikit, lantaran itu, takutlah kepada Allah supaya kamu (bisa) menerima kasih.
      124. (Iaitu lah) tetakala engkau berkata kepada mukmin; "tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Tuhan kamu akan membantu kamu dengan tiga ribu melaikat yang diturunkan ?".
      125. Bahkan ! jika kamu sabar dan taat walau pun mereka itu datang kepada kamu dengan segera sekarang ini juga, Tuhan kamu akan bantu kamu dengan lima ribu melaikat yang menyerbu.
      126. Dan Allah tidak jadikan (yang demikian) itu melainkan sebagai khabar yang mengemarkankan bagi kamu, dan supaya tetap hati-hati kamu, tetapi Allah yang gagah, yang bijaksana.
      127. Kerana ia hendak binasakan sebahagian daripada orang-orang yang kufur atau mendukacitakan bereka, supaya mereka kembali dengan hampa.
      128. Engkau tidak mempunyai hak sedikit jua pun dari urusan itu, mahu pun Allah beri taubat atas mereka atau pun ia seksa mereka, lantaran mereka itu orang-orang yang zalim.
      129. Dan kepunyaan Allah lah apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, ia akan mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa yang ia kehendaki, dan Allah itu pengampun, penyayang.
      130. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu memakan riba berganda-ganda, dan takutlah kepada Allah supaya kamu dapat kejayaan.

      131. Dan hendaklah kamu takut kepada neraka yang disediakan untuk kafirin.
      132. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul itu, supaya kamu diberi rahmat.
      133. Dan berlumba-lumba lah kepada keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit-langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti.
      134. Yang menderma diwaktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah itu kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan.
      135. Dan yang, apabila telah berbuat kejelekan atau mengenai diri-diri sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka – dan bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah ? – dan mereka tidak berkekalan atas (kejelekan) yang mereka kerjakan, dan mereka tahu.
      136. Mereka itu balasan nya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, yang mereka akan kekal padanya, dan alangkah baik balasan bagi orang-orang yang bekerja ! .
      137. Sesungguhnya telah lalu dahulu dari kamu beberapa contoh-contoh, lantaran itu hendaklah kamu berjalan-jalan dibumi dan lihat bagaimana akibat mereka yang mendustakan.
      138. (Quran) ini satu penerangan bagi manusia dan satu pimpinan, dan satu nasihat untuk mereka berbakti.
      139. Dan janganlah kamu lemah dan jangan lah kamu berdukacita, kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu (memang) orang-orang yang beriman.
      140. Jika kamu disentuhi luka, maka kaum itu pun disentuhi luka seperti itu, dan hari-hari yang demikian, kami edarkan diantara manusia, dan kerana Allah hendak membuktikan mereka yang beriman dan hendak menjadikan dari antara kamu, penyampai-penyampai, dan Allah tidak kasih kepada orang-orang yang zalim.

      141. Kerana Allah hendak menyaring mereka yang beriman dan hendak menghapuskan kafirin.
      142. Apakah kamu sangka, bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal Allah belum buktikan mereka yang bekerja keras dari antara kamu dan belum buktikan mereka yang sabar ?
      143. Dan sesungguhnya kamu pernah harap-harap mati sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya (sekarang) kamu telah ketahui dan kamu sedang melihat.
      144. Dan Muhamad itu tidak lain melainkan seorang Rasul yang lalu dahulu daripada nya beberapa Rasul, Apakah jika ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling atas tumit-tumit kamu ? pada hal barang siapa berpaling atas dua tumitnya, maka tidak akan ia menyusahkan Allah sedikit jua pun, dan Allah akan balas mereka yang menerima kasih.
      145. Dan tidak ada satu pun jiwa akan mati melainkan dengan izin Allah – tulisan yang ditentukan tempoh nya, dan barang siapa mahu ganjaran dunia, kami akan beri kepada nya daripada (ganjaran dunia) itu, dan barang siapa mahu ganjaran Akhirat, kami akan beri kepada nya dariapda (ganjaran akhirat) itu, dan kami akan balas mereka yang bershukur.
      146. Dan beberapa banyak nabi yang telah berperang bersamanya beberapa banyak pengikut agama Tuhan, tetapi mereka tidak meresa lemah lantaran kena bahaya dijalan Allah, dan mereka tidak jadi lesu dan mereka tidak mundur, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang sabar.
      147. Dan tidak ada ucapan mereka melainkan perkataan; "hai Tuhan kami ! ampunkan lah dosa-dosa kami dan perlewatan batas kami dalam urusan kami dan tetapkan kaki-kaki kami dan tolonglah kami atas (mengalahkan) kaum kafirin".
      148. Maka Allah beri kepada mereka ganjaran dunia dan ganjaran akhirat yang baik, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
      149. Hai orang-orang yang beriman ! jika kamu taat kepada mereka yang karif itu, nescaya mereka paling kamu atas tumit-tumit kamu, maka kamu akan terpaling didalam keadaan rugi.
      150. Bahkan Allah itu pengawal kamu, dan ia sebaik-baik penolong.

      151. Kami akan letak kan ketakutan dihati-hati mereka yang kufur, lantaran mereka sekutukan dengan Allah sesuatu yang ia tidak turunkan keterangan untuk nya, dan tempat kembali mereka ialah api (neraka), dan ia itu sejahat-jahat tempat kembali bagi orang-orang yang zalim.
      152. Dan sesungguhnya Allah telah tunaikan perjanjian kepada kamu ketika kamu bunuh mereka sungguh-sungguh dengan izin Allah, hingga apabila kamu jadi lemah dan kamu berbantahan didalam urusan itu dan kamu tidak taat sesudah ia unjukkan kepada kamu apa yang kamu sukai, (iaitu) sebahagian daripada kamu mahu kepada dunia dan sebahagian daripada kamu mahukan akhirat, (maka Allah murka atas kamu) kemudian Allah palingkan kamu daripada (mengalahkan) mereka, untuk memberi percubaan kepada kamu, tetapi sesungguhnya ia telah ampunkan kamu kerana Allah itu mempunyai budi atas mukmin.
      153. (Ingatlah) waktu kamu lari dan kamu tidak berpaling kepada sesiapa pun, pada hal Rasul itu memanggil kamu dari belakang kamu, lalu ia katakan kepada kamu satu kesusuhan hati dengan sebab satu kesusahan hati, supaya kamu tidak berdukacita atas (keuntungan) yang telah luput dari kamu dan tidak (pula atas bahaya) yang telah mengenai kamu, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
      154. Kemudian ia turunkan atas kamu, sesudah kesusahan hati itu, satu keamanan, (iaitu) ngantuk yang mengenai segolongan daripada kamu, sedang segolongan (lain) sesungguhnya telah pentingkan diri-diri sendiri, mereka menyengka-yangka terhadap Allah (sangkaan) yang benar, sangkaan jahiliah, (iaitu) mereka berkata; "bukankah kita tidak berkuasa apa-apa ditentang urusan itu?" katakan lah; "sesungguhnya urusan-urusan itu semuanya kepunyaan Allah". Mereka sembunyikan dihati-hati mereka apa yang tidak sebutkan kepada mu, (iaitu) mereka berkata (diantara mereka); "kalau kita ada perkiraan diurusan itu, tentu tidak terbunuh (kaum kita)disini" katakanlah; "walaupun kamu tinggal tetap dirumah-rumah kamu, nescaya keluar orang-orang yang telah ditakdirkan akan terbunuh itu ketempat-tempat mati mereka, tetapi Allah hendak menguji apa-apa yang ada didada-dada kamu, dan ia hendak saring apa-apa yang dihati-hati kamu, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang ada didada-dada".
      155. Sesungguhnya orang-orang yang telah berpaling dari antara kamu pada hari pertemuan dua tentera itu, tidak lain melainkan mereka digelincirkan oleh syaitan dengan sebab sebahagian daripada (kesalahan) yang mereka telah kerjakan, tetapi sesungguhnya Allah telah ampunkan mereka, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyabar.
      156. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu jadi seperti mereka yang kafir dan berkata tentang saudara-saudara mereka apabila (saudara-saudara) mereka itu berpelarian dibumi atau jadi tentera; "kalau mereka tinggal bersama kita, tentu mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (yang demikian ialah) kerana Allah hendak jadikan yang tersebut itu satu dukacita dihati-hati mereka dan Allah itu menghidupkan dan mematikan, dan Allah amat melihat apa yang kamu kerjakan.
      157. Dan sesungguhnya jika kamu terbunuh dijalan Allah atau kamu mati, maka keampunan dari Allah dan rahmat itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.
      158. Dan sesungguhnya jika kamu mati atau terbunuh, maka kepada Allah lah akan dikumpulkan kamu.
      159. Maka dengan rahmat dari Allah lah engkau telah berlaku lembut kepada mereka, kerana jika engkau kasar, keras hati, nescaya mereka berpecah dari sekeliling mu, lantaran itu, ampunkan lah mereka, dan minta kan lah ampun untuk mereka, dan ajaklah mereka bermesyuarat didalam urusan itu, lantas apabila engkau telah taguh hati, maka bertawakallah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu cinta kepada mereka yang bertawakal.
      160. Jika Allah mahu menolong kamu, maka tidak ada sesiapa pun yang bisa menghalahkan kamu, dan jika ia mahu mengalah kan kamu, maka siapakah yang akan menolong kamu selain daripada nya ? dan Allah lah hendak nya mukmin berserah diri ! .

      []http://www.facebook.com/groups/156827834447917/doc/193103564153677

      161. Dan menipu itu bukan (pekerjaan) seorang Nabi, kerana barang siapa menipu, nescaya ia akan membawa apa yang ia tipu itu dihari kiamat. Kemudian akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang apa yang ia telah kerjakan dan mereka tidak akan dianyanyai.
      162. Apakah orang yang menurut keredaan Allah itu serupa orang yang kembali dengan kemurkaan dari Allah, pada hal tempat kembalinya itu jahanam, sedang ia itu sejahat-jahat tempat kembali ?
      163. Mereka itu (terbahagi) beberapa darjat pada sisi Allah, kerana Allah itu melihat apa-apa yang mereka kerjakan.
      164. Sesungguhnya Allah telah berbuat budi atas mukmin, kerana ia telah bangkitkan diantara mereka seorang Rasul dari jenis mereka sendiri, yang membaca kepada mereka ayat-ayat nya dan menyisihkan mereka dan mengerjakan kepada mereka kitab itu dan kebijaksanaan pada hal sesungguhnya mereka itu, dahulunya adalah didalam kesesatan yang terang.
      165. Apakah diwaktu kami kena satu kecelakaan – pada hal kamu tak dapat kemenangan dua kali – itu kamu berkata; "dari mana ini?" katakanlah; "yang demikian itu dari diri-diri kamu sendiri". Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
      166. Dan apa yang telah mengenai kamu pada hari bertemu dua tentera itu, adalah dengan izin Allah, dan kerana Allah hendak buktikan (iman) orang-orang mukmin.
      167. Dan ia hendak membuktikan orang-orang yang munafik dan (ketika) dikata kepada mereka; "marilah berperang dijalan Allah, atau bela lah diri-dirikamu", mereka jawab; " kalau kami tahu berperang, nescaya kami sudah turut kamu (berperang)". Mereka itu, pada hari yang tersebut, lebih hampir kepada kufur daripada (kehampiran) mereka kepada iman. Mereka berkata dengan mulut-mulut mereka apa yang tidak ada dihati-hati mereka dan Allah itu lebih mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan.
      168. (ialah) mereka berkata kepada saudara-saudara mereka sambil mundur; "kalau mereka itu taat kepada kita, tentu tidak mereka terbunuh". Katakan lah; "kalau bagitu, tolaklah kematian dari diri-diri kamu jika memang kamu itu orang-orang yang benar".
      169. Dan janganlah engkau sangka orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan (mereka itu) hidup disisi Tuhan mereka, diberi rezeki.
      170. (dalam keadaan) bersukacita dengan apa yang Allah telah untukkan bagi mereka dari kurnianya, dan mereka bergirang hati untuk orang-orang yang dibelakang mereka yang belum berhubung dengan mereka, (iaitu) bahawa tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka dukacita.

      171. Mereka bergirang hati dengan sebab (mendapat) nikmat dan kurnia dari Allah, dan (dengan sebab) Allah tidak mensia-siakan ganjaran mukmin.
      172. Orang-orang yang memperkenankan ajakan Allah dan Rasul, sesudah mendapat luka besar, adalah bagi yang berbuat kebaikan dari mereka dan berbakti, satu ganjaran yang besar.
      173. (ingatlah) mereka yang orang-orang hidupkan perkataan; "sesungguh nya kaum (kuraish) itu telah kumpulkan(tentera) buat (memerangi) kamu, lantaran itu, hendaklah kamu takut kepada mereka itu". Maka (perkataan itu) menambah iman mereka dan mereka berkata; "Allah cukup buat kami, dan ia sebaik-baik petunjuk".
      174. Maka kembalilan mereka itu dengan nikmat dan kurnia dari Allah, dalam keadaan tidak mengenai mereka satu pun bahaya lantaran mereka mencari keredaan Allah, kerana Allah itu mempunyai kurnia yang besar.
      175. Yang demikian, tidak lain melainkan syaitan hendak menakutk-nakutkan pengikut-pengikut nya, lantaran itu, jangan lah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada ku, jika memang kamu itu orang-orang yang beriman.
      176. Dan janganlah mendukacitakan mu oranng-orang yang bersyukur kepada kekufuran, kerana mereka itu tidak dapat menyusahkan Allah sedikit jua pun. Allah hidup membikin mereka tidak dapat bahagian (baik) diakhirat dan adalah bagi mereka azab yang besar.
      177. Sesungguhnya orang-orang yang membeli kekufuran dengan (harga) iman itu tidak akan bisa menyusahkan Allah sedikit jua pun, tetapi adalah bagi mereka seksa yang pedih.
      178. Dan jangan lah orang-orang kafir itu menyangka, bahawa kami biarkan mereka itu, baik buat diri-diri mereka. Kami tidak biarkan mereka melainkan supaya mereka bertaubat dosa-dosa dan adalah bagi mereka azab yang menghina.
      179. Allah tidak akan biarkan mukmin atas keadaaan yang kamu ada padanya, hingga ia bezakan yang jelek dari yang baik dan Allah tidak akan unjukkan kepada kamu perkara azab, tetapi Allah memilih dari Rasul-Rasul nya siapa yang ia kehendaki, lantaran itu, berimanlah kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, kerana jika kamu beriman dan kamu berbakti, maka adalah bagi kamu ganjaran yang besar.
      180. Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan apa yang Allah telah berikan kepada mereka, dari kurnianya itu, menyangka (bahawa) iaitu baik buat mereka, bahkan iaitu jahat buat mereka. Apa yang mereka bakhil kan itu akan digantungkan dileher-leher mereka pada hari kiamat, dan bagi Allah lah warisan langit-langit dan bumi, dan Allah itu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan.

      []http://www.facebook.com/groups/356434347728777/doc/431059920266219

      181. Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang-orang yang berkata; "Allah miskin dan kami kaya". Kami akan tulis apa yang mereka telah katakan, dan (juga) pembunuhan mereka akan nabi-nabi dengan tidak patut, dan kami akan berkata; "rasalah seksa bakaran".
      182. Yang demikian itu lantaran (dosa-dosa) yang telah dilakukan oleh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah itu tidak menganyanyai hamba-hamba nya".
      183. Orang-orang yang berkata; "sesungguhnya Allah telah pesan kepada kami, bahawa tidak boleh kami beriman kepada seorang Rasul kecuali kalau ia bawakan kepada kami satu korban yang dimakan api". Katakan; "sesungguhnya telah datang beberapa Rasul dahullu daripada ku dengan beberapa keterangan dan dengan (korban) yang kamu katakan itu, tetapi mengapakah kamu bunuh mereka, jika memang kamu itu orang-orang yanbg benar ?".
      184. Lantaran itu, jika mereka dustakan mu, maka telah didustakan beberapa Rasul dahulu daripada mu, pada hal mereka telah membawa keterangan-keterangan dan beberapa macam kitab yang menerangi.
      185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati, dan tidak akan disempurnakan balasan kamu melainkan pada hari kiamat. Lantaran itu, barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga, maka selamatlah ia, kerana penghidupan yang rendah ini tidak lain melainkan benda menipu.
      186. Sesungguhnya kamu akan dikenakan percubaan diharta-harta kamu dan di diri-diri kamu, dan sesungguhnya kamu akan mendengar pencelaan yang banyak dari orang-orang yang diberi kitab dahulu daripada kamu dan dari orang-orang yang menyekutukan Allah, tetapi jika kamu sabar dan kamu berbakti, maka sesungguhnya yang demikian itu sebaik-baik perkara.
      187. Dan (ingatlah) tetakala Allah mengambil perjanjian mereka yang diberi kitab (iaitu) sesungguhnya hendaklah kamu terangkan (kitab) itu kepada manusia dan jangan lah kamu sembunyikan dia. Tetapi mereka buang (perjanjian) itu kebelakang mereka dan mereka tukarkan dia dengan harga yang sedikit, maka alangkah jahat barang yang mereka tukar !.
      188. Jangan lah sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang sangat suka dengan apa yang mereka telah lakukan dan suka dipuji atas sesuatu yang mereka tidak kerjakan itu – jangan lah sekali-sekali engkau sangka mereka – akan terlepas daripada seksaan, tetapi adalah bagi mereka azab yang pedih.
      189. Bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, dan Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
      190. Sesungguhnya ditentang kejadian langit-langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu, ada beberapa tanda-tanda bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.

      191. Yang mengingat Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan smbil berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata); "Hai Tuhan kami ! engkau tidak jadikan ini (semua) dengan sia-sia ! maha suci engkau ! lantaran itu, pilihara lah kami (daripada) seksaan neraka".
      192. "Hai Tuhan kami ! sesungguhnya siapa-siapa yang engkau masuk kan neraka, sesungguhnya engkau telah celakakan dia, dan tidak ada pembantu-pembantu bagi orang-orang yang mengenai".
      193. "Hai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru yang menyeru kepada iman, (katanya) "bahawa beriman lah kepada Tuhan kamu, maka kami pun telah beriman. Hai Tuhan Kmi ! lantaran itu, ampunkan lah dosa-dosa kami dan hilangkan lah kejahatan-kejahatan kami dan terimalah kami digolongan orang-orang yang berbakti".
      194. "Hai Tuhan kami ! dan berilah kepada kami apa yang engkau telah janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-Rasul mu, dan janganlah engkau hinakan kami dihari kiamat, kerana sesugguhnya engkau tidak akan memungkiri perjanjian.
      195. Maka Tuhan mereka telah perkenankan (seruan) mereka; "bahawa se nya aku tidak akan sia-siakan amalan orang yang beramal dari antara kamu, dari laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian daripada kamu, (jadi) dari sebahagian tetapi orang-orang yang berhijrah, dan dikeluarkan dari negeri-negeri nya, dan disakiti dijalanku, dan berperang, dan terbunuh itu, sesungguhnya aku akan hilangkan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya aku akan masukkan mereka disyurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, sebagai ganjaran dari Allah, kerana Allah itu, disisi nya ada ganjaran yang baik.
      196. Janganlah engkau ditipu olah kebebasan mereka yang kafir di negeri-negeri nya.
      197. (iaitu) kesenangan yang sediikit, kemudiantempat kembali mereka itu dijahanam, dan alangkah jelek tempat ketetapan (itu) !.
      198. Tetapi mereka yang berbakti kepada Tuhan mereka, adalah bagi mereka syurga yang padanya mengalir sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Satu pemberian dari sisi Allah, kerana sesuatu yang disisi Allah itu lebih baik buat mereka yang berbakti.
      199. Dan sesungguhnya sebahagian daripada ahli kitab ada yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka merendah diri kepada Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Adalah bagi mereka ganjaran yang disisi Tuhan mereka kerana sesungguhnya Allah itu pengira yang cepat.
      200. Hai orang-orang yang beriman ! sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah, dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu dapat kejayaan.

      [] http://www.facebook.com/groups/281021048623092/doc/403201309738398
    • mac.knajid
      AnNisa (1-10), [] http://groups.yahoo.com/group/tamankelisaria/message/4 ... RENUNGAN ... Must see MIRACLE OF MECCA , [YT] http://youtu.be/mGfy0mG7Pl4 [FB]
      Message 2 of 2 , Aug 6, 2012
        AnNisa (1-10),
        [] http://groups.yahoo.com/group/tamankelisaria/message/4


        -------------
        RENUNGAN
        -------------
        Must see "MIRACLE OF MECCA",
        [YT] http://youtu.be/mGfy0mG7Pl4
        [FB] http://lnkd.in/Vdbsuu
      Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.