Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Fw: Poco-Poco : Benarkah Haraam

Expand Messages
  • razak@ibtech.com.my
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. ... From: edd zahir Date: Mon, 4 Apr 2011 20:57:56 To: izana
    Message 1 of 1 , Apr 25, 2011

      Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


      From: edd zahir <edd_zahir@...>
      Date: Mon, 4 Apr 2011 20:57:56 -0700 (PDT)
      To: izana hani<izanahani@...>
      Cc: <andrehmd@...>; <fkmaju@...>; <hadie_mus@...>; <joefizan@...>; <Kijang_318@...>; <mohdpoziatan@...>; <mohd.radzi60@...>; <mohd.sofian.mat.nor@...>; <Muhamadsukri.hashim@...>; <rzmie17@...>; <norazam_sharif@...>; <shamsuri@...>; <abdul_shukor@...>; <sharkiepenang@...>; <yusri@...>; <zam_1971@...>; <zaufix@...>; <asmeer_ahmad@...>; <tkjudi@...>; <hisbulyusof@...>; <mnazir_hamid@...>; <mrboru84@...>; <khairihasan@...>; <nurziehaznilkhamis@...>; <almizan_zz@...>; <zakie.abdullah@...>; <Rafizah.Che-Man@...>; <prtdi@...>; <edd_zahir@...>; <pedu_00@...>; <nfzr02@...>; <hairilnahar2000@...>; <ozaizul@...>; <mahuk2003@...>; <izanahani@...>; <saiful.perliscomm@...>; <fajriyusuf@...>; <hussin00@...>; <Megat@...>; <zulkifli_othman@...>; <mohd.said12@...>; <shamelia92@...>; <zaikaria@...>; <retaudin.said@...>; <abu.hadhari@...>; <tajdid_hadhari@...>; <razak@...>; <fatimisaid@...>; <macam_ni@...>; <bin_idris@...>; <sudink999@...>; <mustafasudin@...>; <che_azman25@...>; <avannn@...>; <fizzi_evo@...>; <abja_87@...>; <khazin.sudin@...>; <pulut_kuning11@...>; <Taufiq_nas@...>; <hamid3773@...>; <nusabina@...>; <ibs197@...>; <abu_maisarah@...>; <ayubks@...>; <ghazalia@...>; <amziehajati_9401@...>; <harizzayub@...>; <rezan@...>; <sabja114@...>; <isada01@...>; <lee3524ks@...>; <seinomar@...>; <izwanikasim@...>
      Subject: Poco-Poco : Benarkah Haraam

      Salaamun 'alaikum,
       
      Terima kasih atas semua perhatian dan maklumbalas yang sangat berinformasi, ilmiah dan membina.
      Untuk makluman,
      Saya telah pun memberikan maklumbalas, agak panjang.
      secara langsung kepada Puan yang bertanya.
       
      Wassalam
       
      Tanah Liat, Bukit Mertajam 
       
       
      ----- Forwarded Message ----
      From: Mohdpozi Atan <mohdpoziatan@...>
      To: edd_zahir@...izanahani@...; sabja114@...
      Cc:
      Sent: Sat, April 2, 2011 4:12:22 PM
      Subject: Re: Poco-Poco : Benarkah Haraam
       
      DARI : MOHAMMAD POZI (buat semua yang mengni’mati as-sunnah & mengamalkannya ) 02 April  2011 /28 Rabiulakhir 1432 H
       
      Sama-sama Kasih...saudara, kerana memberi maklum balas ini. Izinkan saya memberi sediki lagi maklum-balas saya seperti di bawah ini. Tujuannya untuk memperluaskan pemikiran dan kefahaman para jamaah kita melalui asal usul kesalahan, kemudian menilai dan berpegang teguh dengan Al-Quraan dan As-Sunnah. 

      Penulisan Asal : Sahabat saya

      Sabtu, 2 April 2011

      Oleh : Abu Numair Nawawi B. Subandi

       

      Ada Apa Dengan Tarian Poco-poco?

      Dalam beberapa hari ini, ramai rakan facebook bercerita tentang tarian poco-poco. Situasi tersebut mungkin sebagai respon terhadap fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perak.

       

      Dari mana atau asal-usul tarian tersebut sendiri masih samar-samar dan tiada sesiapa pun lagi yang tampil memberi penjelasan tuntas tentangnya. Peliknya ia begitu cepat tersebar dan menjadi kegilaan masyarakat kita di Malaysia tanpa mengira usia dan pangkat. Walau bagaimanapun, asas yang terdapat dalam tarian poco-poco tersebut adalah jelas. Iaitu mengandungi unsur seni joget lenggok tubuh, muzik, dan nyanyian. Ditarikan oleh lelaki dan wanita, sama ada secara tertutup mahupun terbuka, dalam kumpulan berasingan atau bersamaan lelaki dan wanita.

       

      Tepuk tangan dan seni joget tari-menari

       

      Di zaman awal Islam, praktik bergembira dengan cara tepuk-tangan, bersiul, dan tari-menari dikenali sebagai salah satu bentuk ritual milik masyarakat Arab jahiliyyah. Selain itu, disebutkan juga mereka yang mula-mula mencipta praktik tarian adalah pengikut Samiri dari kalangan umat Nabi Musa ‘alaihis Salam yang ingkar. Tarian dijadikan oleh mereka sebagai satu bentuk praktik meraikan kegembiraan dan ritual penyembahan ke atas patung lembu. Imam Abu Bakar ath-Thurthusi rahimahullah (Wafat: 520H) berkata:

       

      وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري، لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار قاموا يرقصون حواليه ويتواجدون؛ فهو دين الكفار وعباد العجل

       

      “Adapun menari dan mengolah perasaan, ia mula direka oleh pengikut Samiri (dari kalangan umat Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membinakan untuk mereka sebuah patung berbentuk anak lembu yang mengeluarkan suara. Mereka pun menari-nari di sekelilingnya sambil berdendang riang gembira dengannya. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.” (Tafsir al-Qurthubi, 11/238)

       

      Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menceritakan perlakuan kaum Arab (Quraisy) jahiliyyah:

       

      وَمَا كَانَ صَلاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

       

      “Solat mereka di sekitar Baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan.” (Surah al-Anfal, 8: 35)

       

      Apabila Islam datang, ritual-ritual jahiliyyah tersebut pun ditinggalkan tanpa mengasingkan sama ada semata-mata tarian atau tarian yang disertakan dengan kepercayaan. Begitu juga dengan praktik tepuk-tangan dan siulan untuk hiburan. Rasulullah mengajar bagaimana praktik ibadah (solat) dan tawaf yang benar. Manakala tepuk-tangan yang berbentuk isyarat dibenarkan bagi wanita ketika dalam solat apabila mendapati imam melakukan kesilapan. Jauh sekali untuk praktik hiburan dan bersuka-ria.

       

      Ada sebahagian pihak yang membenarkan tarian dengan dalil kaum Habsyah yang membuat persembahan tombak di masjid ketika hari raya. Dalam hadis persembahan tombak tersebut, terdapat lafaz : 

       

      جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ

       

      “Orang-orang Habsyah datang seperti orang menari (yazfinuun) ketika hari ‘Ied di masjid.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/418, no. 1483)

       

      Para ulama menjelaskan bahawa menari di sini merujuk kepada seni bermain senjata sambil melompat, tunduk, dan berdiri yang mana seolah-olah seperti orang sedang menari. (Rujuk: Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 6/186). Sebenarnya perkara tersebut sama juga dengan praktik seni mempertahankan diri atau seni bermain senjata dalam ilmu persilatan. Maka, tidaklah boleh disamakan dengan tarian berbentuk hiburan yang diketahui umum. Tidak juga dapat disamakan seperti tarian poco-poco.

       

      Bahkan, permainan tombak orang Habsyah tersebut dimainkan di masjid. Secara logiknya, adakah tarian poco-poco ini sesuai dimainkan di masjid?

       

      Maka, tradisi jahiliyyah yang telah sedia ditinggalkan Rasulullah bersama-sama para sahabatnya ini tidak perlulah untuk kita hidupkan kembali. Apatah lagi bila mengenangkan ia salah satu bentuk syi’ar agama yang dimulakan dan dimainkan oleh orang-orang kafir semenjak dahulu kala hingga kini. Juga merupakan seni yang sinonim dengan orang-orang fasiq. Bahkan Ummu ‘Alqamah menceritakan:

       

      أن بنات أخي عائشة رضي الله عنها خفضن فألمن ذلك فقيل لعائشة يا أم المؤمنين ألا ندعو لهن من يلهيهن قالت بلى قالت فأرسل إلى فلان المغني فأتاهم فمرت به عائشة رضي الله عنها في البيت فرأته يتغنى ويحرك رأسه طربا وكان ذا شعر كثير فقالت عائشة رضي الله عنها أف شيطان أخرجوه أخرجوه فأخرجوه

       

      “Bahawasanya anak-anak perempuan saudara lelaki ‘Aisyah dikhitankan. Mereka kesakitan disebabkan khitan tersebut. Lalu ada dari kalangan mereka meminta kepada ‘Aisyah, “Bolehkah kami menjemput orang yang dapat menghiburkan mereka?”

       

      ‘Aisyah berkata, “Boleh.” Maka mereka pun menjemput seorang lelaki (si fulan) untuk menyanyi. Kemudian datanglah ‘Aisyah menghampiri mereka di rumah tersebut dan beliau melihatnya sedang menyanyi sambil melenggok-lenggokkan kepala. ‘Aisyah berkata, “Uhh, syaitan! Keluarkan dia! Keluarkan dia! Maka ia pun dikeluarkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, 1/427, no. 1247. al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 10/223. Dinilai hasan oleh al-Albani)

       

      Sebagaimana kata Syaikh al-Albani rahimahullah, hadis ini menunjukkan dibolehkan berhibur dengan sedikit nyanyian tanpa alat muzik (berbentuk seperti syair). Tetapi tidak boleh diiringi dengan tarian, joget, menghentak-hentak kaki, atau yang sama dengannya yang menjadikan jatuhnya maruah diri. Tidak juga boleh dijadikan sebagai profesion pekerjaan untuk meraih pendapatan.

       

      Nyanyian dan Muzik

       

      Hukum nyanyian berserta alat muzik dalam Islam memiliki perbahasan yang agak panjang. Secara ringkasnya, para imam empat mazhab sepakat mengharamkannya. Melainkan nyanyian kanak-kanak atau hamba perempuan yang dimainkan dengan kompang pada hari raya dan majlis pernikahan (walimatul urus) secara khusus. Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:  

       

      فَذَهَبَ الْأَئِمَّةُ الْأَرْبَعَةُ أَنَّ آلَاتِ اللَّهْوِ كُلَّهَا حَرَامٌ فَقَدْ ثَبَتَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ

       

      “Berdasarkan Imam keempat-empat mazhab, bahawasanya keseluruhan alat muzik adalah haram sebagaimana telah ditetapkan dalam Shahih al-Bukhari dan selainnya.” (Majmu’ al-Fatawa, 11/576)

       

      Manakala dari sebahagian pengkaji kontemporari, ada di antara mereka yang membolehkan nyanyian bermuzik dengan syarat-syarat tertentu seperti tidak keterlaluan dan dengan lirik-lirik yang baik. Walau bagaimanapun, syarat-syarat yang mereka tetapkan ini sangat subjektif, tidak konsisten, dan saling bertentangan dengan dalil-dalil yang lainnya. Apapun, apabila melihat pendapat dari kedua-dua kelompok ini sebenarnya tidak ada pun yang boleh dijadikan hujah untuk menyokong muzik dan lirik nyanyian tarian poco-poco. Apatah lagi untuk menyokong bentuk-bentuk tariannya.

       

      Jika kita perhatikan baik-baik, pasti akan kita fahami liriknya penuh dengan pujian terhadap bentuk dan lenggok tubuh wanita yang berbaur syahwat berahi. Muziknya pula mengarahkan kepada irama dan joget yang mengkhayalkan.

       

      Pergaulan bebas (Ikhtilath)

       

      Dalam praktik tarian poco-poco yang diketahui umum di Malaysia hari ini, ia telah mula dimainkan secara terbuka sama ada oleh lelaki mahupun wanita, sama ada secara bersama atau berasingan. Dari sudut syara’, percampuran lelaki dan perempuan seperti itu telah masuk ke dalam bentuk pergaulan bebas yang dilarang keras oleh Islam.

       

      Semenjak anak-anak berusia seawal 10 tahun lagi, Islam telah menyeru ibu bapa supaya mengasingkan tempat-tempat tidur mereka. Dilarang pula kaum sesama jantina tidur berkongsi selimut. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

       

      مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

       

      “Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka”. (Hadis Riwayat Ahmad, 11/369, no. 6756. Dinilai hasan oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)

       

      لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

       

      “Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki lain dan tidak boleh seorang wanita memandang aurat wanita yang lain, dan tidak boleh seorang lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu kain (selimut) dan tidak boleh seorang perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu kain (selimut).” (Hadis Riwayat Muslim, 2/238, no. 512)

       

      Dalam solat, Islam mengasingkan saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan. Hendak masuk masjid pun Rasulullah telah mengasingkan pintu-pintu masuknya untuk lelaki atau perempuan sahaja. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

       

      خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

       

      “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/435, no. 664)

       

      Selain itu, Islam juga memerintahkan supaya menundukkan pandangan terhadap wanita melainkan dengan sebab-sebab tertentu yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat menjaga batas pergaulan di antara lelaki dengan wanita. Di antara hikmah peraturan ini adalah bagi mendidik hati dan mengelakkan nafsu syahwat menguasai diri. Apabila batas-batas ini diabaikan, maka tidak hairanlah berleluasanya pelbagai bentuk gejala sosial dan negatif sebagaimana dapat kita lihat pada hari ini. Sehingga ada anak-anak seawal usia 10 tahun pun sudah pandai bercumbuan, merogol, dan berzina.

       

      Kesimpulan

       

      Tanpa ciri-ciri di atas tadi, tidaklah ia dinamakan sebagai tarian poco-poco. Apatah lagi tarian, muzik, nyanyian, dan praktik tepuk-tangan itu sendiri antara perbuatan yang dibenci Islam. Demikianlah apa yang ada di dalam praktik tarian poco-poco. Maka, tidak perlu lagi bagi kita teragak-agak untuk meninggalkannya. Banyak lagi bentuk hiburan dan riadah di luar sana yang lebih selamat lagi bermanfaat.

      Jadi, kenapa masih mahu terus berpoco-poco? Wallahu a'lam.....

       

      From: sabja114@... <sabja114@...>
      Subject: Re: Poco-Poco : Benarkah Haraam
      To: mohdpoziatan@..., edd_zahir@...;  izanahani@...
      Cc:

      Date: Saturday, 2 April, 2011, 5:26 AM

      Salam.

      Poco-poco haram di Perak. Majlis fatwa negeri telah mengeluarkan fatwa. Semua aktiviti itu haram di negeri tersebut.

      Pandangan Dr Asri merupakan pandangan kedua. Sungguhpun yang demikian pandangan tersebut tetap terbatal di Perak.

      Soal mereka berkelayakkan atau tidak dalam fatwa bagi pandangan saya, sudah tentu mereka berkelayakkan, berilmu. Mereka dilantik oleh raja di negeri masing2. Bersederhana dan berlapang dadalah.

      Terima kasih

      Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

       

      From: Mohdpozi Atan <mohdpoziatan@...>
      Date: Sat, 2 Apr 2011 04:48:38 +0800 (SGT)
      Cc:
      Subject: Re: Poco-Poco : Benarkah Haraam
       

      DARI: MOHAMMAD POZI (buat semua yang mengni’mati as-sunnah &mengamalkannya) 01 April 2011/27 Rabiul Akhir 1432H

      بسم الله الرحمن الرحيم

      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

       

      إنّ الحمدَ لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذُ بالله مِن شرور أنفسنا، ومِن سيئات أعمالنا، مَن يهده الله فلا مُضِلَّ له، ومَن يُضلِل فلا هادِيَ له . وأشهدُ أن لا إله إلا الله وحده لا شريكَ له, وأشهد أنّ محمداً عبدُه  ورسولُه.

       

      Segala puji hanya bagi ALLAH SWT, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan Kepada-Nya, kami berlindung kepada  ALLAH dari kejahatan diri-diri kami dan keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang ALLAH beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang ALLAH sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

       Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali  ALLAH semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan Rasul-Nya.

      Dr Asri: Tarian poco-poco tak wajar diharam

      The Malaysian Insider –  Thu, Mar 31, 2011 6:47 AM MYT
       
      Oleh G Manimaran
      KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.
       
      Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. 
      “Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
       
      Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
       
      Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”
       
      “Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. 
      “Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.
       
      Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. 
      “Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan. 
      “Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.
       
      Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”
      “Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. 
      “Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.
       
      Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”
      “Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. 
      “Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.
      Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.
       
      Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.
      Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.
       
      Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.
       
       
      From: Izana Hani <izanahani@...>
      Subject: Poco-Poco : Benarkah Haraam
      To: edd_zahir@...
      Cc:
      Date: Friday, 1 April, 2011, 4:13 AM

      Assalamua'laikum Tuan Haji,
       
      Saya sebutkan ringkas sahaja sama seperti tajuknya : Benarkah Haraam Tarian Poco-Poco itu seperti yang difatwakan di negeri Perak. Surat pengesahan fatwa itu saya sertakan (secara pdf).
       
      Perincian kemusykilan saya :
       
      1. Validity Majlis fatwa itu sendiri : adakah ini sistem mengistinbat hukum yang selaras dengan kehendak Allah Swt dan rasulNya. Apakah contoh syara' yang melayakkan mereka ini mendapat hak menggubal hukum. Siapa yang menjadikan institusi mereka ini sah. Benarkah mereka ini sah disisi Allah Swt dan rasulNya?
       
      2. Siapa mereka ini, apa ciri mereka ini yang melayakkan mereka sehingga dianggap berhak membuat hukum? bukankah Allah Swt dan rasulNya telah menetapkan semua urusan, bukannya memberikan hak itu kepada manusia lain pula. Kenapa pula mereka ada hak?
       
      3. Sekiranya fatwa itu tidak dipatuhi, adakah dikira berdosa! adakah dikira melanggar syari'at Allah Swt dan rasulNya dan menjadikan kita terkeluar dari Islam? Adakah fatwa ini satu taraf dengan ayat-ayat Allah Swt dan rasulNya yang wajib ditaati tanpa soal?
       
      4. Sekiranya fatwa itu tersalah, apa boleh diubah atau ikut sesedap hati tok mufti saja? mahukah mereka mengaku salah dan menukarnya? atau perlu tunggu sehingga satu tok mufti lain yang batalkan?
       
      5. Apa nak jadi apabila dalam negara sekangkang kera ini, satu negeri kata haraam lagi satu negeri kata halal? yang berkata bersimpang siur ini  adalah tok-tok mufti juga? misalnya hal fatwa ESQ. Maka, boleh dipercayai ke fatwa tok mufti ini?
        
      5. Sekiranya sekarang difatwakan haraam, bagaimana pula dengan orang yang yang sedang melakukannya serta ada yang bergantung hidup kepadanya? apa nak jadi dengan mereka ini.
       
      6. Sekiranya perkara ini benar-benar melanggar hukum Allah Swt dan rasulNya dan sememangnya haraam, kenapa dulu dibiarkan berkembang, takkanlah dulu halal sekarang haraam? tak kurang juga mak-mak guru yang terlibat untuk senaman. Malah, setelah diketahui haraam, tidak pula diberitahu kepada orang ramai, ditanya baru bagi tahu? Takkanlah nak kena pergi beratur depan pejabat agama untuk bertanya itu ini?
       
      Saya concerns kerana ada membuat poco-poco ini bersama group perempuan, memang untuk tujuan senaman, dalam dewan tertutup.
       
      Harap dapat memberi maklumbalas, memang terasa musykil. Dah tersebar merata-rata juga, orang dok mengata buruk-buruk hal fatwa ini termasuk ke atas mufti nya sekali.
       
      Wassalam  
       
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.