Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Fw: Makanan Halalan Toyyiban

Expand Messages
  • razak@ibtech.com.my
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. ... From: edd zahir Date: Thu, 7 Oct 2010 07:19:53 To:
    Message 1 of 1 , Oct 7, 2010
    • 0 Attachment

      Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


      From: edd zahir <edd_zahir@...>
      Date: Thu, 7 Oct 2010 07:19:53 -0700 (PDT)
      To: <andrehmd@...>; <fkmaju@...>; <hadie_mus@...>; <jamaluddin@...>; <joefizan@...>; <Kijang_318@...>; <mohdpoziatan@...>; <mohd.radzi60@...>; <mohd.sofian.mat.nor@...>; <Muhamadsukri.hashim@...>; <rzmie17@...>; <norazam_sharif@...>; <shamsuri@...>; <abdul_shukor@...>; <sharkiepenang@...>; <yusri@...>; <zam_1971@...>; <zaufix@...>; <marzukishariff@...>; <asmeer_ahmad@...>; <tkjudi@...>; <hisbulyusof@...>; <mnazir_hamid@...>; <mrboru84@...>; <khairihasan@...>; <nurziehaznilkhamis@...>; <almizan_zz@...>; <zakie.abdullah@...>; <Rafizah.Che-Man@...>; <prtdi@...>; <pedu_00@...>; <edd_zahir@...>; <nfzr02@...>; <hairilnahar2000@...>; <sabja114@...>; <ozaizul@...>; <mahuk2003@...>; <izanahani@...>; <saiful.perliscomm@...>; <fajriyusuf@...>; <hussin00@...>; <Megat@...>; <zulkifli_othman@...>; <mohd.said12@...>; <shamelia92@...>; <zaikaria@...>; <retaudin.said@...>; <abu.hadhari@...>; <tajdid_hadhari@...>; <razak@...>; <fatimisaid@...>; <macam_ni@...>
      Subject: Makanan Halalan Toyyiban

      بسم الله الرحمن الرحيم
      السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


      Segala puji bagi Allah swt. Shalawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw.

      Ada 2 artikel menarik berkenaan hal ditanyakan, saya paparkan disini untuk pembacaan dan penelitian rakan-rakan. Kali ini adalah artikel ke 2. Atas beberapa sebab, tidak saya nyatakan sumber artikel tersebut.

      Artikel 2

      Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

      Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya.

      Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut `pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.


      DARI SUDUT HUKUM
      Jika dilihat dari sudut hukum, tindakan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

      Fakta berikut perlu difahami:
      1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

      Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

      Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA.

      Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

      2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

      Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan `hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yang berpindah apabila disentuh oleh seseorang.

      3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?

      Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi.

      Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn `Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225).

      PANDANGAN ULAMA MAZHAB

      Ulama Hanafi menyebut :-
      Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61).

      Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab Maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69).

      Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
      Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. (Al-Majmu' , 9/428).

      Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
      Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka  wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212).

      Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
      Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606).

      RINGKASAN DALIL
      Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan `derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

      1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah saw menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

      Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Hadis Sohih)

      Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16). Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.


      2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

      3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

      KESIMPULAN
      Warga emas, faqir dan miskin di Pulau Pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

      Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini.

      Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

      Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

      Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

      Tamat.

      Semoga kedua-dua artikel ini telah mencerahkan sedikit minda kita semua ke atas hal yang diperkatakan ini. Lebih utama lagi adalah kita tidak turut sama memfatwa itu-ini, memberi pendapat itu ini dan terlompat-lompat sana sini sesuka hati tanpa pengetahuan yang tepat. Kelak akan membawa fitnah amat berat, tidak sekadar kepada diri kita tetapi kepada Islam keseluruhannya.

      Akan saya berikan ulasan saya sendiri nanti, InsyaAllah.
      Mudah-mudahan Allah swt. memberikan kelapangan masa dan kesempatan.

      Wassalam.

      eddzahir@38
      Tanah Liat, Bukit Mertajam

      ----- Forwarded Message ----
      From: <edd_zahir@...>
      To:
      Cc:
      Sent:
      Wed, October 6, 2010 7:29:17 AM
      Subject: Makanan Halalan Toyyiban

      بسم الله الرحمن الرحيم
      السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


      Segala puji bagi Allah swt. Shalawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw.

      Saya ada menerima banyak soalan berkenaan halal dan haraam ini. Sebelum saya memberikan maklumbalas kepada soalan-soalan itu, baiklah saya maklumkan :
      1. Artikel saya itu berkenaan makanan dan pemakanan dan yang sama waqtu dengannya.
      2. Prinsip-prinsip asas dalam Halalan Toyyiban ini boleh digunapakai bagi hal mua'mmalah lain (seperti soalan ditanyakan) namun tidaklah ia bersifat qati'e kerana setiap satu perkara mempunyai kerangka hukum tersendiri.
      3. Qaedah mengistinbatkan hukum ke atas sesuatu perkara juga berbeza dan kerana itu, tidaklah boleh diborongkan hukum sesuatu ke atas sesuatu perkara yang lain.

      Ada 2 artikel menarik berkenaan hal ditanyakan, saya paparkan disini untuk pembacaan dan penelitian rakan-rakan. Akan saya berikan ulasan saya sendiri nanti, InsyaAllah. Atas beberapa sebab, tidak saya nyatakan sumber artikel tersebut.

      Artikel 1 :

      1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut. Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.


      2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi. Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.


      3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

      “dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am (6) : ayat 164)

      4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi saw. di mana Baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan Baginda kambing, Baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi Baginda tetap menerima hadiah mereka. Begitu juga seperti riwayat al-Bukhari- Baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga Baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang Yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.


      5. Rasulullah saw. tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk Baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah rha. telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi saw, lalu Baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

      “Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

      Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi saw. Jika ia disedekah kepada Nabi saw, Baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi Baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk Baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.


      6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud ra. :

      “Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

      Dalam riwayat al-Baihaqi,

      seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

      7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin rh. pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab :

      “Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi saw. pun menerima hadiah dari Yahudi, memakan makanan Yahudi, membeli dari Yahudi sedangkan Yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah saw. memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.

      8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

      “Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

      9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi saw :

      “Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

      Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.


      10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.


      11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.


      Tamat

      Ini adalah artikel pertama. Akan saya masukkan nanti, artikel kedua untuk pembacaan dan ilmiah kita bersama.

      Wassalam.

      eddzahir@38
      Tanah Liat, Bukit Mertajam


      ----- Forwarded Message ----
      From: <mohdpoziatan@...>
      To:
      Cc:
      Sent:
      Sat, October 2, 2010 4:30:31 AM
      Subject: Makanan Halalan Toyyiban

           السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد


      Allahummarham Tuan Haji Ustadz Mad Zahir wa ikhwaanana fil Islam fii kulli makaan….


      Jazakumullah khairan ya akhi, ana telah membaca sebahagian koleksi kajian-kajian melalui penulisan email oleh ust. Mad. Ia begitu baik sekali, tak pernah ana terjumpa lagi orang lain atau ustaz lain yang menulis dengan panjang lebar dan menjelas secara meluas seperti tajuk Makanan Halalan Toyyiban dan Hukum Faraaid. Ana doakan semoga anta di berikan kemudahan dan kelapangan masa serta kesihatan yang sihat, agar jihad dalam penulisan anta berterusan selagi hayat masih dikandung badan oleh Allah Subhanallahutaa’lla. Begitu juga kepada semua Jamaah kita. Insya Allah.  Ia sangat bermanfaat untuk ana dan keluarga serta orang-orang yang ana cintai.

      Memandangkan kita para jamaah telah pun atau masih sedang membincangkan tentang Halalan Toyyiban ini, maka sudah tentulah ia berhubung kait dan terkena pula tepat pada masanya dengan isu yang timbul baru-baru ini,  Berkenaan duit bantuan kepada orang-orang fakir miskin dan warga emas yang diperolehi dari sumbangan kelab lumba kuda di Penang. Rasanya tn hj Mad belum menjawab mana-mana soalan pun lagi, Oleh kerana itu saya nak menambah sedikit dengan pertanyaan hal yang telah menjadi keraguan dan kemusykilan bagi sesetengah pihak dikalangan masyarakat kita pada hari ini.

      1 .Apa status sebenar duit sebegini. Adakah ianya haram secara keseluruhan sehingga tidak boleh dimafaatkan lagi. Sekiranya ia adalah halal, apakah sebabnya dan dapatkah ia dimafaatkan secara keseluruhannya.

      2. Saya tak mahulah bercakap dalam perspektif politik yang penuh haru biru dan saling jatuh menjatuh antara satu sama lain. Kerana hal halal dan haram ini bukanlah suatu hal main-main, mempengaruhi roh di dalam jasad, darah dan daging pada batang tubuh orang-orang islam itu sendiri . Amat baik sebenarnya dan kita berterima kasih juga kerana ada pihak-pihak yang membangkitkan isu haram itu, kerana ia membuka ruang kepada pemikiran dan kesedaran semula ke atas banyak perkara dalam amalan kita selama ini.

      Dan di masa yang sama, sekiranya hendak menghukum haram ke atas apa yang dibuat di Pulau Pinang sahaja, maka tidak adil juga rasanya sedangkan di peringkat persekutuan, amal
      an begini dah berpuluh tahun dihalalkan, malah jumlah duit yang jauh lebih besar setiap tahun, yang dikutip dari hasil yang haram seperti judi-judi nombor ekor, keuntungan arak dan seumpamanya.


      3. Bagaimana pula kutipan duit yang di ambil dari konsert-konsert dan pesta-pesta melalui hasil penjualan tiket-tiket program tersebut. Dengan adanya penari-penari berpelukan lelaki dan pe
      rempuan dalam tarian, penyanyi wanita terkangkang terkoyak. Duit yang sedemikian juga pernah digunakan untuk membasmi golongan fakir-miskin yang lain. Bolehkah kita buat amal disamping yang sama juga kita berbuat maksiat
      .

      Walau apa pun yang berlaku di hari ini, saya berkehendakkan agar dapat semua lapisan masyarakat islam dapat menumpukan kepada, apa pendirian yang sebenar-benarnya yang
      berdasarkan Al Qur'an dan As Sunnah, fahaman para sahabat dan orang-orang mengikuti mereka (salafus soleh) yang kita ummat Islam ini patut pegangi, bukanlah dari sudut politik. Saya tak berminat dengan pendekatan politik dalam hal ini.


      Harap dapat tn hj memberi ulasan seberapa segera.  

        

      سكين والسلام

                                                                                                          & nbsp;                 Abu Muhamad Haffizh.

                                                                                       /m/p/Ozi        

                        02/10/10 23:55Pm

      Syawal 23/1431 Hijiriah

       


      ----- Forwarded Message ----
      From: edd zahir <edd_zahir@...>
      To:
      Cc:
      Sent:
      Wed, September 29, 2010 11:54:42 AM
      Subject: Makanan Halalan Toyyiban

      Waa'laikum Salaam,

      Saranan dan soalan yang sangat baik juga. Dan, seperti yang saya katakan sebelumnya, hal-hal begini memang sensitif, implikasi sangat besar. Bila disebut jer memang akan banyak yang panas mendidih.

      Karena perihal halal haraam ini juga, boleh menjadikan kita-kita orang ini hampir hilang akal dan sewel. Dalam kes terbaru, sibuklah satu golongan menjaja haraamnya duit lumba kuda, macamlah cukai dari toto, magnum, carlsberg dan genting yang dok kutip dan nikmati bertahun-tahun tu halal pulak. Seruan saya para alim ulama', kena benar-benar tegas dan neutral, seterusnya bercakap benar. Itulah cara kemelut ini boleh diselesaikan.

      Memang agak panjang saya tulis, kerana saya khuatir jika terlalu ringkas tidak akan mencapai maksud. Dah terlalu biasa sekarang nih, dizaman orang terlalu bijak dan pandai belaka, kita belum habis cakap lagi dia dah takwil maksud kita. Yang kita tulis habis pun, dia bagi maksud macam lain pula. Lebih dahsyat lagi, habis segala yang buruk disabitkan kepada kita kalaupun kita sendiri tak tahu hujung pangkal. Sebab itulah sekarang ni, ada beribu laman webmail yang dibuat hanya untuk mengata, mencaci, mengeji, menfitnah, menghina dan mengkafirkan orang yang tak disukai. Apa nak jadi dengan kita-kita ni. Paling menyedihkan webmail itu dibuat oleh mereka yang mengaku alim ulama dan pejuang Islam. Apa dah jadi ni!

      InsyaAllah akan saya usahakan apa yang terbaik untuk saranan dan soalan tu, cuma dalam tempoh tak terhadlah. Namun sekiranya mendapat kerjasama dari rakan-rakan lain, ianya sangat saya hargai.

      Wassalam

       
      eddzahir@38
      Tanah Liat, Bukit Mertajam


      From: <prtdi@...>
      To:
      Cc:
      Sent:
      Wed, September 29, 2010 5:34:33 AM
      Subject: Makanan Halalan Toyyiban

      Assalamua'laikum kepada ustaz mad dan semua rakan,

      Saya ucapkan terima kasih atas huraian lengkap mengenai halal dan haram ini. Saya tanya sikit ja hari tu, tak sangka panjang jadinya pulak. Amat baik sekali kiranya artikel ni kita bukukan dan diedarkan sebagai bacaan dan rujukan kita nanti. Lagipun secara email ni, tak dapat bertahan lama rasanya. Harap dapatlah ustaz Mad atau usahakan. Kalaulah ada rakan-rakan yang volunteer untuk compilekan, kuranglah beban ustaz mad sikit. Itulah cadangan saya.

      Saya pun nak bertanya, mengenai riba. Sekarang ni hampir semua bentuk pinjaman rumah, kereta, personal tak lari dari riba rasanya. Malah apa-apa jual beli pun kita akan tertakluk kepada riba. Ini kerana sistem yang diamalkan sekarang memang macam tu. Kita tak boleh nak lari dah. Saya percaya juga yang ia salah dan haram kerana riba.

      Jadi apa yang kita boleh buat dalam keadaan ni! tak buat loan mcmmana nak hidup dalam zaman sekarang ni. Bukannya kita terlalu kaya dan banyak cash, semua boleh beli tunai.

      Harap dapatlah kita bertukar fikiran dalam hal ini. Pasti akan ada cara yang kita boleh buat untuk mengurangkan riba dan syubhat dalam hidup kita ni.

      Semoga mendapat maklumbalas dari semua rakan-rakan.

      Wassalam.

      Warmest Regards
      " Knight Malaysia "

      012-5732456


      ----- Forwarded Message ----
      From: <edd_zahir@...>
      To:
      Sent: Tue, September 28, 2010 12:33:53 PM
      Subject: Makanan Halalan Toyyiban

      بسم الله الرحمن الرحيم
      السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


      Artikel kali ini adalah yang terakhir dari beberapa siri yang dapat saya nukilkan untuk perkongsian ilmiah kita bersama. Memang amat banyak masa yang diperuntukkan. Kerana itu, saya berharap sangat agar hasil usaha ini benar-benar memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

      Ketetapan Halal dan Haraam Disebabkan Kesan Kebaikan dan Keburukannya – sekalipun  Allah swt. atas sifat RabbaniyahNya berkuasa penuh atas status Halal dan Haraam sesuatu, namun Dia  juga maha berbelas-kasih kepada hambaNya. Oleh karena itu, Dia menentukan halal dan haram dengan alasan yang ma'qul (rasional) demi kemaslahatan manusia itu sendiri. Justeru itu, Allah swt. tidak akan menghalalkan sesuatu kecuali yang baik, dan tidak akan mengharamkan sesuatu kecuali yang jelek.

       

      Dengan demikian itu, dalan Islam dikenal bahawa, asas mengharamkan sesuatu yang asalnya halal itu kerana ia membawa satu keburukan dan bahaya. Sedang, seluruh bentuk bahaya adalah hukumnya haram. Sebaliknya yang bermanfaat hukumnya halal. Kalau suatu persoalan bahayanya lebih besar daripada manfaatnya, maka hal tersebut hukumnya haram. Sebaliknya, kalau manfaatnya lebih besar, maka hukumnya menjadi halal. Kaedah ini diperjelaskan sendiri oleh Al Quran ul Kariim, misalnya tentang arak, Allah swt. berfirman :

       

      "Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang hukumnya arak dan berjudi, maka jawablah: bahwa keduanya itu ada suatu dosa yang besar, di samping dia juga bermanfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya".

      Surah Al Baqarah (2) : ayat 219.

       

      Dan begitu juga suatu jawaban yang tegas dari Allah swt. ketika Nabi Muhammad saw. ditanya tentang masalah halal dalam Islam. Jawabannya singkat - Thayyibaat (yang baik-baik, bagus, halal). Begitulah seperti yang difirmankan oleh Allah swt. Di dalam al-Quran ul Haaq :

       

      "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa saja yang dihalalkan untuk mereka? Maka jawablah: semua yang baik adalah dihalalkan buat kamu".

      Surah Al Maidah (5) : ayat 4.

       

      Dan firmanNya lagi :

       

      "Pada hari ini telah dihalalkan untuk kamu semua yang baik".

      Surah Al Maidah (5) : ayat 5.

       

      Oleh karena itu, amat tidak layak bagi seorang muslim yang mengetahui dengan jelas tentang hal diharamkan Allah lantaran adanya jelek dan bahaya sesuatu itu, tetapi kadang-kadang dia akan menyembunyikan dari dinampak orang lain. Dia berusaha menutup kejelekan dan melakukan sembunyi-sembunyi. Namun, pasti ada kejelekan yang tidak tampak pada suatu masa, tetapi di waktu lain dia akan tampak jua. Lantaran itu, dalam menghadapi status Halal dan Haraam yang diperintahkan Allah swt. dan Rasul-Nya ini, tiada lain bagi manusia Muslim selain berkata Sami'na wa Atha’naa (kami mendengar dan kami mentaati).


      Allah swt. Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Pengampun – Kepada sesiapa yang telah terlanjur perbuatan, akibat dari lemahnya ilmu dan iman, juga akibat pengaruh persekitaran dalam bergelumang dengan yang haraam, pintu kebenaran dan kasih Allah swt. serta redho RasulNya tidak pernah tertutup. Allah swt. penuh ihsan memperuntukkan beberapa cara kepada HambaNya untuk menutupi kesalahan lalu, antaranya ialah:


      1.    Taubat dengan ikhlas (taubatan nasuha) dan menghentikan terus perbuatan salah. Taubat ini dapat menghapuskan dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.

      2.    Dengan banyak mengerjakan amalan-amalan yang baik, karena amalan-amalan yang baik itu dapat menghilangkan kejelekan.

      3.    Dengan banyak bersedekah (shadaqah) karena shadaqah itu dapat menghapus dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api.

      4.    Dengan ditimpa oleh beberapa musibah dan percobaan, dimana musibah dan percobaan itu dapat meleburkan kesalahan-kesalahan, bagaikan daun pohon kalau sudah kering akan menjadi hancur.

       

      Hikmah Halal dan Haraam yang Ditetapkan Allah swt. – asalnya, tidak seorang Islam pun yang mengerti sebab diharamkannya daging babi itu, selain karena kotor. Tetapi kemudian dengan kemajuan zaman, ilmu pengetahuan telah menyingkapkan, bahwa di dalam daging babi itu terdapat cacing pita dan bakteria yang membunuh. Sekiranya ilmu pengetahuan tidak membuka sesuatu yang terdapat dalam daging babi itu seperti tersebut di atas atau lebih dari itu, nescaya sampai sekarang ummat Islam tetap berkeyakinan, bahwa diharamkan daging babi itu justeru karena najis (rijsun).


      Contoh lain, Nabi saw. bersabda :

       

      "Takutlah kamu kepada tiga pelaknat (tiga perkara yang menyebabkan seseorang mendapat laknat Allah), yaitu: buang air besar (berak) di tempat mata air, di jalan besar dan di bawah pohon (yang biasa dipakai berteduh)."

      Hadis shohih riwayat imam Abu Daud, imam Ibnu Majah, imam Hakim dan imam Baihaqi rh.

       

      Pada abad-abad permulaan tidak seorang pun tahu selain hanya karena kotor, yang tidak dapat diterima oleh perasaan yang sehat dan kesopanan umum. Tetapi setelah ilmu pengetahuan mencapai puncak kemajuannya, maka akhirnya kita mengetahui, bahwa justeru tiga pelaknat di atas adalah memang sangat berbahaya bagi kesehatan umum. Dia merupakan pangkal berjangkitnya wabah penyakit anak-anak, seperti anchylostoma dan bilharzias.

       

      Begitulah, setelah sinar ilmu pengetahuan itu dapat menembus dan meliputi lapangan yang sangat luas, maka kita menjadi makin jelas untuk mengetahui halal dan haram serta rahsia setiap hukum. Bagaimana tidak! Sebab dia adalah hukum yang dibuat oleh Zat yang Maha Tahu, Maha Bijaksana dan Maha Berbelas-kasih kepada hambaNya. Yaitu seperti yang difirmankan Allah di dalam al-Quran ul Muniir :

       

      "Allah mengetahui orang yang suka berbuat jahat dari pada orang yang berbuat baik; dan jika Allah mau, niscaya Ia akan beratkan kamu, karena sesungguhnya Allah Maha Ga

      (Message over 64 KB, truncated)

    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.