Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

Daripada En Khairul Nurul Iman

Expand Messages
  • abi_umarhaikal
    Memanjangkan dari saudara Khairul Penaung Rmah Anak Yatim Nurul Iman. Assalamualaikum semua.... Terima kasih atas keperihatinan Tuan/Puan semua terhadap
    Message 1 of 1 , Mar 3, 2010
      Memanjangkan dari saudara Khairul Penaung Rmah Anak Yatim Nurul Iman.

      Assalamualaikum semua....
       
               Terima kasih atas keperihatinan Tuan/Puan semua terhadap permasalahan Rumah Nurul Iman. Semoga Allah membalas dengan keberkatan dalam setiap urusan harian dan keluarga Tuan/Puan semua.
       
               Di sini saya ingin menegaskan bahawa Rumah Nurul Iman / Pusat Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman / Pertubuhan Kasih Nurul Iman adalah badan yang menjalankan kerja-kerja amal kepada kanak-kanak, ibu tunggal dan remaja yang bermasalah dengan bantuan orang ramai serta menjana pendapatan sendiri.
       
              Kami TIDAK bernaung dibawah mana-mana badan termasuk Pertubuhan Anak Yatim Malaysia, Yayasan Perak,  Yayasan Kledang, Yayasan Pembangunan Nurhikmah, Yayasan Taqwa atau Yayasan Scomi. Adalah terlalu hebatlah Rumah Nurul Iman jika benar-benar
      kami bernaung dibawah Yayasan-Yayasan tersebut yang realitinya sehingga kini kami masih lagi tidak mampu untuk membina Rumah Anak Yatim di tapak tetap yang telah dimiliki. Untuk pengetahuan, Badan-badan tersebut adalah hanya diantara badan-badan yang telah memberi sumbangan dan yang pernah menjalankan aktiviti dengan Rumah Nurul Iman.
       
             Kami juga TIDAK pernah melantik mana-mana badan atau individu untuk mengutip atau menerima sumbangan bagi pihak kami dan menjalankan aktiviti kutipan derma kecuali kepada kakitangan tetap Rumah Nurul Iman dengan disahkan oleh saya dan setiausaha dengan arahan tetap iaitu sasar tuju yang telah dihubungi terlebih dahulu. Walaubagaimanapun aktiviti kutipan derma seperti yang pernah dijalankan oleh Respeks Group dan Tranungkite Online dibenarkan oleh pihak kami kerana tiada menggunakan AKAUN PENDUA/TRANSIT serta CEK-CEK ditulis terus atas nama PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM NURUL IMAN dan hanya meminta pengesahan penerimaan dari pihak kami.
       
      ISU
       
      Sejak Tahun 2007 sehingga tarikh email ini ditulis saya telah mendapat email-email dari pelbagai pihak yang menyatakan kemuskilan, keraguan, kekeliruan, meminta kepastian bekenaan perjalanan Rumah Nurul Iman dan aktiviti kutipan sumbangan oleh BEBERAPA YAYASAN . Yang telah secara langsung memberi kesan terhadap pentadbiran Rumah Nurul Iman atas sangkaan yang Rumah Nurul Iman telah dibiaya oleh Yayasan TERTENTU, serta kami diajukan dengan soalan mengapa perlu meminta sumbangan lain padahal telah dibiaya.
       
      Jawapan saya adalah, Rumah Nurul Iman TIDAK dibiaya oleh mana-mana Yayasan atau kumpulan yang telah disebutkan yang HANYA PERNAH memberi bantuan yang kami ketegorikan sama seperti BANTUAN IKHLAS dari individu awam yang lain kecuali bantuan pendidikan tetap setiap bulan sebanyak RM2000 oleh Yayasan Scomi dan Tan Sri S.M. Nasimudin ( Naza) sebanyak RM1000 setiap bulan yang digunakan untuk membiaya kos tuisyen Smart Reader dan Tuisyen sekolah menengah anak-anak Rumah Nurul Iman.
       
       
      Kami memang mengharapkan bantuan kewangan atau apa sahaja dari mana-mana Yayasan atau Badan atau Individu tetapi dalam masa yang sama KAMI TIDAK MAHU DITAFSIRKAN sebagai badan yang TIDAK PUAS-PUAS ATAU CUKUP DENGAN BANTUAN, oleh kerana ada yang beranggapan telah memberi bantuan kepada kami tetapi melalui BADAN LAIN.
       
      Untuk TIDAK ada perasangka-perasangka negatif kepada pihak kami ( Rumah Nurul Iman ) atau mana-mana Badan atau Yayasan yang ikhlas mahu mambantu kanak-kanak atau anak-anak yatim termasuk Yayasan Pembangunan Nurhikmah, SAYA BERHARAP KEPADA TUAN/PUAN SEMUA SUPAYA TERUS MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA AKAUN-AKAUN RASMI KAMI YANG BOLEH DIDAPATI DI www.nuruliman.org.my.
       
      Sesungguhnya kami sentiasa memerlukan sokongan dan bantuan anda semua bagi meneruskan kelangsungan operasi Rumah Nurul Iman.

      Semoga Allah S.W.T. sentiasa meyayangi kita seperti Nabi Muhammad S.A.W dan Rasul-rasulNya.
       
      Kemaafan juga dipinta jika ada perkara-perkara yang menyingung mana-mana pihak atas penulisan diatas.
       
      Sekian, Wassalam...
       
      "BERSAMA BERAMAL"



      Khairul Anuar Bin Mohmad Razi
      Penaung/Pengurus/Yang Dipertua/ Pemegang Amanah
      Rumah Nurul Iman/Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan MIskin Nurul Iman/Pertubuhan Kasih Nurul Iman
      email : khairul@...
      Pej: 05-5260071 Fax: 05-5280071 Hp:016-5460071
       
      Sila ke weblog abi_umarhaikal

      Sila ke :

      respeks-blog
      respeks_group


    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.