Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

6180Fwd: !♥mcm2ada♥! Fwd: Tips Khusyuk Dalam Solat ( Menarik!)

Expand Messages
  • Abdul Razak Muhamed
    Mar 25 11:15 PM
    • 0 Attachment


      ---------- Forwarded message ----------
      From: Brad Brad <brader777@...>
      Date: 2012/3/25
      Subject: !♥mcm2ada♥! Fwd: Tips Khusyuk Dalam Solat (Menarik!)
      To: mcm2ada <mcm2ada@...>





      Tips Khusyuk Dalam Solat (Menarik!)


      Tips Khusyuk Dalam Solat (Menarik!) | Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menunaikannya. Rasanya semua orang boleh menunaikan solat sebagai amalan yang diwajibkan Allah, tetapi menjadi masalah ialah menunaikan solat dengan khusyuk ni memang susah dan bukan semua orang boleh dapat perkara ini. Maka kepada yang mencari-cari tips bagaimana hendak solat kusyuk, ia ada di bawah ini. Semoga kita khusyuk dalam solat, Insha Allah.


      Tips untuk khusyuk dalam solat ini ialah :

      1.     Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makan makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa untuk mendapat solat kusyuk. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. Dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
      2.     Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
      3.     Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
      4.     Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
      5.     Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia menolong kita untuk mendapat solat kusyuk. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

      Melayukini.net - Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 27 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.

      Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net



      --


       

      --
      Bersama dimcm2ada sebagai kawan dan keluarga...
      Join us at http://groups.google.com/group/mcm2ada/subscribe