Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.
 

GOLONGAN BERSEKUTU

Expand Messages
  • kerajaan pasai
    ... Surah 33 ( 73 ayat ) 33 GOLONGAN BERSEKUTU Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati
    Message 1 of 1 , May 31 2:11 PM


      Surah 33 ( 73 ayat )

      33

      GOLONGAN BERSEKUTU

      Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 

      33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana. 

      33:2. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat. 

      33:3. Dan kamu percayakanlah (tawakal) kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil. 

      33:4. Allah tidak membuatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia membuatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (menceraikan dengan berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku.") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia memberi petunjuk pada jalan. 

      33:5. Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu membuat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu merancangkan. Allah adalah Pengampun, Pengasih. 

      33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut berbuat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab. 

      33:7. Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh, 

      33:8. Supaya Dia menanyai orang-orang yang benar mengenai kebenaran mereka; dan Dia menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih. 

      33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami mengutuskan kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak melihat; dan Allah melihat apa yang kamu buat. 

      33:10. Apabila mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan apabila penglihatan kamu menyimpang, dan hati kamu sampai di kerongkongan kamu, sedang kamu menyangka sangkaan-sangkaan terhadap Allah. 

      33:11. Di situlah orang-orang yang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras. 

      33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan." 

      33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka meminta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya menghendaki untuk lari. 

      33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk membuat penganiayaan, tentu mereka melakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar. 

      33:15. Namun begitu, mereka telah membuat perjanjian dengan Allah sebelum itu, bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang; dan perjanjian dengan Allah akan ditanya. 

      33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit." 

      33:17. Katakanlah, "Siapakah dia yang akan melindungi kamu daripada Allah jika Dia menghendaki kejahatan untuk kamu, atau menghendaki pengasihan untuk kamu?" Mereka akan mendapati bagi mereka, selain daripada Allah, tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong. 

      33:18. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang antara kamu yang menghalangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, "Datanglah kepada kami", dan mereka tidak mendatangi peperangan kecuali sedikit, 

      33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang yang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk memiliki yang baik. Mereka itu tidak pernah mempercayai; Allah menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah. 

      33:20. Mereka menyangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan menginginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit. 

      33:21. Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingat Allah dengan banyak. 

      33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan rasul-Nya menjanjikan kita, dan Allah dan rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan. 

      33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran, 

      33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih. 

      33:25. Dan Allah mengembalikan orang-orang yang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah menahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah adalah Kuat, Perkasa. 

      33:26. Dan Dia menurunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan. 

      33:27. Dan Dia mewariskan kamu bumi mereka, dan tempat tinggal mereka, dan harta benda mereka, dan bumi yang belum kamu pijak. Allah adalah berkuasa atas segala sesuatu. 

      33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu dengan pelepasan yang manis. 

      33:29. Tetapi jika kamu menghendaki Allah, dan rasul-Nya, dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik antara kamu dengan upah yang besar." 

      33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang melakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah. 

      33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan rasul-Nya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Kami akan memberikan upahnya dua kali; Kami menyediakan untuknya rezeki yang mulia. 

      33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. 

      33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. 

      33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari. 

      33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar. 

      33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata. 

      33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah merahmati, dan kamu telah merahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu menyembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah menyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat. 

      33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah menetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan. 

      33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung. 

      33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah mengetahui segala sesuatu. 

      33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak, 

      33:42. Dan sanjunglah Dia pada waktu awal pagi dan petang. 

      33:43. Dia yang merahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin 

      33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka menemui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia menyediakan bagi mereka upah yang mulia. 

      33:45. Wahai Nabi, Kami mengutus kamu sebagai seorang saksi, dan pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, 

      33:46. Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya. 

      33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka adalah pemberian yang besar daripada Allah. 

      33:48. Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan janganlah mempedulikan gangguan mereka, dan kamu percayakanlah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil. 

      33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis. 

      33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukimn, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih. 

      33:51. Kamu menangguhkan siapa yang kamu mengkehendaki antara mereka, dan siapa yang kamu mengkehendaki, kamu mengambil kepada kamu; dan jika kamu mengingini sesiapa yang kamu telah melepaskan, maka tidaklah bersalah ke atas kamu. Demikian itu boleh jadi mereka bergembira, dan tidak bersedih, dan masing-masing mereka akan sangat berpuas hati dengan apa yang kamu memberinya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah adalah Mengetahui, Penyantun. 

      33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh menukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu memiliki; Allah menjagai atas segala sesuatu. 

      33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diundang, maka masuklah; dan apabila kamu telah selesai makan, bertaburlah, dan janganlah berpanjangan dalam hadis; itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu meminta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti rasul Allah, dan tiada juga untuk mengahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah. 

      33:54. Sama ada kamu menampakkan sesuatu, atau kamu menyembunyikannya, maka sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu. 

      33:55. Tidaklah bersalah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan perempuan-perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu. 

      33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar. 

      33:57. Orang-orang yang menyakiti Allah dan rasul-Nya, merekalah yang Allah melaknatkan di dunia dan akhirat, dan menyediakan bagi mereka azab yang hina. 

      33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata. 

      33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah adalah Pengampun, Pengasih. 

      33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang membuat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka menjadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit. 

      33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh. 

      33:62. Sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan mendapati tiada pertukaran pada sunnah Allah. 

      33:63. Manusia menanyai kamu mengenai Saat. Katakanlah, "Pengetahuannya hanyalah di sisi Allah; apakah yang membuat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?" 

      33:64. Allah melaknatkan orang-orang yang tidak percaya, dan menyediakan untuk mereka yang Menyala, 

      33:65. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; mereka mendapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong. 

      33:66. Pada hari apabila muka mereka berbalik-balik di dalam Api, mereka berkata, "Aduhai, sekiranya kami telah mentaati Allah dan mentaati rasul!" 

      33:67. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah mentaati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka menyesatkan kami daripada jalan. 

      33:68. Wahai Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!" 

      33:69. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa yang mereka mengatakan, dan dia terhormat di sisi Allah. 

      33:70. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran. 

      33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar. 

      33:72. Kami mengemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh. 

      33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.


      http://asnlf.com | http://serambi.cjb.net | http://acheh-eye.org | http://acheh.just.nu | http://acehkita.com | http://www.achehtimes.com | http://krueng.org | http://www.acehcenter.s5.com | http://www.achehcenter.com | http://www.fpdra.com | http://cut-mizarda.da.ru

      Ny versjon av Yahoo! Messenger
      Nye ikoner og bakgrunner, webkamera med superkvalitet og dobbelt så morsom

    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.