Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

31148Re: «PPDi» Indonesia keliru kenyataan Austra lia

Expand Messages
  • adi m.
    Dec 10, 2013
    • 0 Attachment


      Sent from my iPhone

      On 10/12/2013, at 10:01 AM, "Sunny" <ambon@...> wrote:

       

       
       
      ARKIB : 09/12/2013

      Indonesia keliru kenyataan Australia

       

      JAKARTA 8 Dis. - Indonesia hari ini melahirkan kekeliruan berhubung pelbagai kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia tentang kegiatan pengintipan yang melibatkan kedua-dua negara itu.

      Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Teuku Faizasyah (gambar) berkata, pihaknya menerima pelbagai kenyataan berbeza tentang kegiatan pengintipan daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan Menteri Luarnya, Julie Bishop.

      "Dua kenyataan yang bercanggah tidak dapat membantu mewujudkan kesefahaman serta kerjasama antara Indonesia dan Australia," katanya yang dipetik oleh laman web berita Detik.com.

      Sehubungan itu, Indonesia perlu meneliti semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Australia, termasuk oleh Abbott tentang keengganan negara itu untuk berhenti mengintip negara ini.

      "Kenyataan Bishop kepada Marty adalah berbeza dengan surat yang ditulis oleh Abbott kepada Presiden, maka kami perlu meneliti semula perkara itu," ujar Teuku.

      Teuku juga menolak dakwaan bahawa Indonesia menggunakan kedutaannya di Canberra bagi mengintip komunikasi Australia.

      Semalam, Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan bahawa keengganan Australia untuk berhenti daripada mengintip negara ini bukanlah satu ancaman. - AGENSI

    • Show all 2 messages in this topic