Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Contoh Ringkasan Eksekutif dalam Kertas Kerja Perniagaan

Expand Messages
  • studioperintis@perintis.com.my
    Penyediaan Kandungan Dokumentasi Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa kertas kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi
    Message 1 of 3 , Jul 13, 2009
    • 0 Attachment
      Penyediaan Kandungan Dokumentasi
       
      Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa kertas kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi kesemua tajuk berikut. Segala isi kandungan yang ingin disampaikan terletak di bawah tajuk-tajuk ini. Namun begitu, isi kandungan ini juga tertakluk kepada jenis perniagaan yang ingin diusahakan, jika perniagaan yang ingin dijalankan merupakan perniagaan yang banyak menjurus ke sektor perusahaan, maka tajuk seperti Strategi Pemasaran, Implikasi Kewangan dan Janaan Pendapatan haruslah diberi penekanan. Manakala jika anda bakal mengusahakan perniagaan berbentuk perkhidmatan maka tajuk seperti Situasi Masa Ini, Konsep Pelaksanaan dan Kajian Sasaran dan Persaingan haruslah dititik-beratkan.
       
       
      1.Ringkasan Eksekutif/Pelan
       
      Merupakan tajuk selaku pembuka tirai bagi kertas kerja anda. Di bawah tajuk ini, ditulis sinopsis atau ringkasan penulisan anda agar pembaca mendapat gambaran menyeluruh tentang perkara yang ingin disampaikan melalui kertas kerja dan pelan perniagaan anda. Ringkasan itu dimulakan dengan memberikan idea serba ringkas tentang objektif dan matlamat kertas kerja dan nyatakan hasil (output) yang diharapkan pada akhir penyampaian pembentangan tersebut. Ringkasan Eksekutif/Pelan ini kebiasaannya tidak terlalu panjang dan hanya perlu disediakan untuk 1 atau 2 muka surat sahaja.
       
      Di sini jugalah anda perlu menyatakan perkara-perkara yang bakal dibentangkan untuk menarik perhatian pembaca atau penilai. Secara psikologi, kita juga kadang-kala akan melihat dahulu tajuk-tajuk menarik sesuatu bahan bacaan sebelum membelinya, bukan? Begitu juga dengan kertas kerja dan pelan perniagaan ini, perlu diperjelaskan agenda-agenda yang akan dibentangkan sebagai faktor psikologi untuk pembaca atau penilai khususnya.
       
      Sebagai contoh di sini diberikan cara Ringkasan Eksekutif/Pelan harus ditulis;
       
      Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan Pusat Cucian Kenderaan xx ini dibangunkan adalah untuk memperlihatkan secara lebih dekat dan terperinci berkenaan perkhidmatan/servis perniagaan yang dijalankan sebagai satu Panduan Tindakan (guideline) dalam memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat setempat khususnya. Dalam Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini juga disertakan pelbagai informasi dan keupayaan Pusat Cucian Kenderaan xx yang merangkumi lapangan seperti yang berikut:
       
      Perkhidmatan yang disediakan – jenis perkhidmatan cucian dan servis yang diusahakan.
       
      Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan.
       
      Pelan pemasaran terperinci merangkumi Perniagaan Luar Lanjutan bagi tujuan meningkatkan kuantiti pelanggan dan kaedah promosi.
       
      Prosedur Operasi Kerja (S.O.P) bagi perkhidmat-an yang terdapat di Pusat Cucian Kenderaan xx.
       
      Strategi pelaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi perancangan ini.
       
      Diagram Konsep Perkhidmatan (Concept Diagram) Pusat Cucian Kenderaan xx dan Konsep Perkhidmatan Luar (Workflow) yang diusahakan.
       
      Senarai aset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan harian dan jangkaan purata kemasukan bulanan.
       
      Jangka masa pelaksanaan (timeline) yang dicadangkan.
       
      Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini dapatlah dikenal pasti hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan kepada para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi memulakan perniagaan ini. Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah satu syarat utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan seperti yang dikehendaki.
       
      Satu kelebihan jika anda berjaya menyiapkan Ringkasan Eksekutif kerana melalui pendekatan ini, anda sebenarnya telah tahu perkara yang ingin disampaikan melalui kertas kerja perniagaan tersebut. Saya yakin bahawa anda akan berasa selesa untuk meneruskan penulisan kandungan yang seterusnya.
       
       
      Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.