Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Muntahan demokrasi di Perak - Peringatan Kepada Gerakan Islam

Expand Messages
  • Ahmad
    [SN182] Bermula dengan sketsa Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim dari UMNO yang melompat ke PR, kemudian disusuli ‘misteri’ kehilangan dua orang Exco PKR
    Message 1 of 1 , May 17 1:26 AM
    • 0 Attachment
      [SN182] Bermula dengan sketsa Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim dari UMNO yang melompat ke PR, kemudian disusuli ‘misteri’ kehilangan dua orang Exco PKR yang setelah itu muncul semula dan mengisytiharkan diri keluar parti bersama seorang lagi Adun DAP. Kemudian, ‘kekartunan’ politik di Perak ini bertambah menarik apabila Nasharudin melakukan ‘u-turn’ ke UMNO semula. Setelah itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang merupakan Menteri Besar yang tidak dipertikaikan waktu itu memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN, namun tidak diterima, malah Sultan melantik pula Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai MB yang baru. Setelah pelantikan Zambry, bermulalah pula babak baru drama rampasan kuasa oleh UMNO/BN yang kemudiannya terus mengheret Sultan Perak untuk ‘dipergunakan’ mereka habis-habisan. Kemudian, berlakulah pula lakonan tuduh-menuduh derhaka-menderhaka kepada Raja yang menyebabkan Perak gegak gempita. Untuk terus hidup, UMNO terpaksa bertaut sepenuhnya kepada institusi Raja memandangkan PR terus kukuh berhujah dan berpegang teguh dengan Undang-undang Tubuh Negeri. Masing-masing kini bermain hujah, satu berpegang kepada Raja dan satu lagi kepada undang-undang. Justeru, kedudukan persoalan yang muncul adalah di antara “Raja dan undang-undang”, siapakah yang lebih berkuasa? Untuk menyelesaikan drama demokrasi ini, maka Nizar yang dikatakan sebagai bekas Menteri Besar, mengheret Dr. Zambry yang dikatakan Menteri Besar ‘haram’, ke Mahkamah bagi memutuskan siapakah menteri besar yang sebenar dan sah mengikut hukum demokrasi. [KLIK SINI UNTUK ARTIKEL PENUH]



      Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
      Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
      Ada yang menghisabnya.

      Ahmus

    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.