Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

PUASA-PUASA SUNNAT DAN HARI-HARI YANG DI-HARAMKAN & DI-MAKRUHKAN BERPUASA.

Expand Messages
  • MR RIVER KAWAH
    PUASA-PUASA SUNNAT DAN HARI-HARI YANG DI-HARAMKAN & DI-MAKRUHKAN BERPUASA. Add Addresses ... Dan Dimakruhkan Berpuasa ... dilakukan pada hari ... hari-hari
    Message 1 of 1 , Nov 7, 2000
    • 0 Attachment
      PUASA-PUASA SUNNAT DAN HARI-HARI YANG DI-HARAMKAN &
      DI-MAKRUHKAN BERPUASA.
      Add Addresses



      ---->Puasa-Puasa Sunat Dan Hari-Hari Yang Diharamkan
      Dan Dimakruhkan
      Berpuasa
      >
      >
      > PUASA-PUASA SUNAT DAN HARI-HARI YANG DIHARAMKAN
      > DAN DIMAKRUHKAN BERPUASA
      >
      > (BILANGAN 72 BAHAGIAN KETIGA)
      >
      >
      >
      > PUASA HARI-HARI HITAM
      >
      > Puasa hari-hari hitam ialah puasa sunat yang
      dilakukan pada hari
      >yang ke 28, 29 dan 30 setiap bulan. Dinamakan
      hari-hari tersebut dengan
      >hari-hari hitam kerana kegelapan malam-malamnya pada
      waktu itu disebabkan
      >ketiadaan bulan. Maka dengan berpuasa pada tiga hari
      tersebut itu sebagai
      >permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta
      > ----------
      >
      >
      >�ala supaya menghilangkan kegelapan
      >pada malam-malam itu.
      >
      > Adalah wajar juga berpuasa pada hari ke 27 di
      samping berpuasa pada
      >hari-hari ke 28, 29 dan 30 sebagai langkah
      berhati-hati dan keluar daripada
      >perselisihan pendapat ulama yang mengatakan bahawa
      hari yang ke 27 itu
      >adalah awal bagi hari yang ke 28.
      >
      > Jika perkiraan bulan hanya 29 hari iaitu
      tidak genap hingga 30
      >hari, maka diganti satu hari puasa yang kurang itu
      pada hari yang pertama
      >bulan yang baru bagi menggenapkan bilangan puasa itu
      sebanyak tiga hari
      >yang perkiraannya bermula daripada hari yang ke 28.
      >
      >
      >
      > PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS
      >
      > Puasa hari Isnin dan Khamis ialah puasa yang
      disunatkan pada
      >hari-hari tersebut di setiap minggu. Adapun hikmat
      disunatkan berpuasa pada
      >hari Isnin dan Khamis itu ialah ada hubungkait dengan
      amal perbuatan
      >manusia di dalam satu minggu. Diriwayatkan daripada
      Usamah bin Zaid
      >berkata:
      >
      > Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Allah
      Shallallahu �alaihi wasallam
      >(melakukan) puasa pada hari Isnin dan Khamis, dan
      ditanya (Baginda) akan
      >(sebab) sedemikian itu, baginda bersabda:
      "Sesungguhnya amalan manusia itu
      >ditunjukkan (dibentangkan) pada hari Isnin dan
      Khamis."
      >
      > (Hadits riwayat Abu Daud)
      >
      > Dalam hadits yang lain pula, diriwayatkan
      daripada Abu Hurairah
      >Radhiallahu �anhu bahawa Rasulullah Shallallahu
      alaihi wasallam bersabda:
      >
      > Maksudnya: "Ditunjukkan amalan (anak adam)
      itu pada hari Isnin dan
      >Khamis, maka aku suka supaya ditunjukkan amalanku itu
      pada hal aku sedang
      >berpuasa."
      >
      > (Hadits riwayat Tirmidzi)
      >
      > Tersebut di dalam Kitab I�anah Ath-Thalibin
      bahawa berpuasa pada
      >hari Isnin adalah lebih afdhal daripada berpuasa pada
      hari Khamis kerana
      >keistimewaan yang berlaku pada hari tersebut. Di
      antaranya sebagaimana yang
      >diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
      >
      > Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah
      Shallallahu �alaihi wasallam)
      >akan perihal berpuasa pada hari Isnin, Baginda
      bersabda: "Itulah hari aku
      >dilahirkan dan hari aku diutus atau diturunkan ke
      atasku (perutusan) pada
      >hari itu."
      >
      > (Hadits riwayat Muslim)
      >
      > PUASA DI BULAN-BULAN HARAM
      >
      > Di antara bulan yang disunatkan berpuasa
      ialah di bulan-bulan
      >haram. Bulan-bulan haram adalah terdiri daripada
      bulan Zulqaedah,
      >Zulhijjah, Muharram dan Rajab. Diriwayatkan daripada
      Mujibah Al-Bahiliyyah
      >daripada ayahnya atau bapa saudaranya berkata:
      >
      > Maksudnya: "Sesungguhnya dia pernah mengadap
      Rasulullah Shallallahu
      >�alaihi wasallam. Kemudian setelah dia pergi selepas
      setahun, dia menghadap
      >Baginda sedang perihal dan bentuk (badannya) sudah
      berubah. Lalu dia
      >berkata: "Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau
      mengenaliku?" Baginda bersabda:
      >"Siapa awak?" Dia berkata: "Saya adalah Al-Bahili
      yang datang mengadap
      >engkau pada tahun lalu" Baginda bersabda: "Apa yang
      telah membuatmu berubah
      >padahal engkau dahulu mempunyai bentuk (badan) yang
      bagus?" Dia berkata:
      >"Saya tidak makan makanan kecuali di malam hari sejak
      berpisah denganmu"
      >Maka Rasulullah Shallallahu �alaihi wasallam
      bersabda: "Kenapa engkau
      >menyiksa dirimu?" Selanjutnya baginda bersabda:
      "Berpuasalah pada bulan
      >Sabar (Ramadan) dan sehari setiap bulan" Dia berkata:
      "Tambahkan lagi
      >untukku, sesungguhnya saya masih kuat" Baginda
      bersabda: "Berpuasalah dua
      >hari (setiap bulan)" Dia berkata: "Tambahkan lagi
      untukku" Baginda
      >bersabda: "Berpuasalah tiga hari (setiap bulan)" Dia
      berkata: "Tambahkan
      >lagi untukku" Baginda bersabda: "Berpuasalah pada
      bulan-bulan haram
      >(Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab) dan
      tinggalkanlah! Berpuasalah
      >pada bulan-bulan haram dan tinggalkanlah! Berpuasalah
      pada bulan-bulan
      >haram dan tinggalkanlah! Sambil baginda bersabda itu
      baginda memberi
      >isyarat dengan tiga jari, digenggamnya keras kemudian
      dilepaskannya."
      >
      > (Hadits riwayat Abu Daud)
      >
      > Berkata Imam Nawawi: "Sesungguhnya Rasulullah
      memerintahkan
      >meninggalkan (setelah tiga hari) kerana menjadi
      kesusahan ke atasnya
      >memperbanyakkan puasa sebagaimana tersebut di awal
      hadits. Adapun bagi
      >sesiapa yang tidak menjadi kesusahan ke atasnya, maka
      berpuasa seluruhnya
      >(di bulan-bulan haram) adalah satu fadhilat." (Lihat
      Kitab Al-Majmu� 6/438,
      >I�anah Ath-Thalibin 2/307)
      >
      > Dinamakan bulan-bulan ini dengan nama
      bulan-bulan haram kerana
      >dahulu orang-orang Arab menghormati dan
      mengagungkannya serta mengharamkan
      >di dalam bulan-bulan tersebut pembunuhan sehinggakan
      jika salah seorang
      >daripada mereka bertemu orang yang telah membunuh
      bapanya atau anaknya atau
      >saudaranya di bulan-bulan ini, orang yang membunuh
      itu tidak akan diganggu.
      >
      > Adapun bulan yang terlebih afdhal untuk
      mengerjakan puasa di antara
      >bulan-bulan haram itu ialah bulan Muharram. Ini
      adalah berdasarkan hadits
      >yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu
      �anhu berkata:
      >
      > Maksudnya: Puasa yang afdhal sekali selepas
      puasa di bulan Ramadan
      >ialah (puasa) di bulan Allah iaitu bulan Muharram,
      dan sembahyang yang
      >afdhal sekali selepas sembahyang fardhu ialah
      sembahyang sunat malam."
      >
      > (Hadits riwayat Muslim)
      >
      > Adapun jawaban yang disebutkan oleh para
      ulama, kenapa Nabi
      >Shallallahu �alaihi wasallam lebih banyak melakukan
      puasa-puasa sunat di
      >bulan Sya�ban daripada bulan Muharram sedangkan bulan
      Muharram adalah bulan
      >yang lebih afdhal untuk mengerjakan puasa selepas
      bulan Ramadan sebagaimana
      >yang tersebut di dalam hadits, ialah:
      >
      > 1. Kemungkinan Nabi Shallallahu �alaihi
      wasallam mengetahui
      >kelebihan bulan Muharram itu ketika di akhir hayat
      baginda dan tidak sempat
      >mengerjakannya.
      >
      > 2. Kemungkinan kebetulan pada waktu itu,
      Nabi Shallallahu �alaihi
      >wasallam mendapat keuzuran daripada musafir atau
      sakit atau sebagainya yang
      >menghalang baginda daripada memperbanyakkan puasa di
      bulan Muharram itu.
      >(Lihat Kitab Al-Majmu� 6/439 dan Syarh Shahih Muslim
      4/295)
      >
      >
      >
      > PUASA DI BULAN SYAABAN
      >
      > Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya�ban
      sebagaimana yang
      >diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu �anha
      berkata:
      >
      > Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu
      �alaihi wasallam berpuasa
      >sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan
      baginda berbuka
      >sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya
      tidak pernah melihat
      >Rasulullah Shallallahu �alaihi wasallam
      menyempurnakan puasa satu bulan
      >kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah
      melihat baginda berpuasa
      >lebih banyak daripadanya pada bulan Sya�ban."
      >
      > (Hadits riwayat Bukhari)
      >
      >
      >
      > Rasulullah Shallallahu �alaihi wasallam
      memperbanyakkan berpuasa
      >pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa
      perkara sebagaimana yang
      >diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
      >
      > Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum
      pernah melihat engkau
      >berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana
      (banyaknya) engkau
      >berpuasa di bulan Sya�ban" Baginda bersabda:
      "Sedemikian itu kerana bulan
      >Sya�ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak)
      di antara bulan Rajab
      >dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan dimana
      diangkat padanya
      >amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul �Alamin,
      maka aku suka supaya
      >diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan
      berpuasa."
      >
      > (Hadits riwayat An-Nasa�i)


      =====




      __________________________________________________
      Do You Yahoo!?
      Thousands of Stores. Millions of Products. All in one Place.
      http://shopping.yahoo.com/
    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.