Loading ...
Sorry, an error occurred while loading the content.

Punca Seseorg Suka Melakukan Maksiat

Expand Messages
  • nur Islam
    From: Best of Forum myMasjid ============================================================= Tajuk :Punca Seseorg Suka Melakukan Maksiat ~~! Untuk memberi
    Message 1 of 1 , Mar 9, 2003
    • 0 Attachment
      From: "Best of Forum myMasjid"
      =============================================================
      Tajuk :Punca Seseorg Suka Melakukan Maksiat ~~!
      Untuk memberi respond kepada topik ini, sila ke URL berikut :
      http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=276273
      =============================================================
      ....apa khabar warga MM hari ini..semoga ceria selalu..

      Punca Seseorg Suka Melakukan Maksiat ~~!

      Antara sebab penting yang menjadikan seseorang suka melakukan (maksiat) mengumpat - dan tidak merasai terkedus hati atau tidak terjejas dengan dosa besar itu, bahkan bila buka mulut saja dia akan memakan daging saudaranya,- ialah beberapa perkara:

      1. Ia lupa akan keaiban dirinya,
      2. Ia memandang remeh kepada kelemahan sendiri,
      3. Ia tidak memuhasabah diri,
      4. Ia rasa dirinya bebas dari sebarang kekurangan atau kelemahan

      Bahkan syaitan memperelokkan perbuatan itu pada pandangannya sehingga ia sungguh yakin bahawa ia sebenarnya sedang melaksanakan nahi mungkar dan memainkan peranan sebagai pendakwah yang menyeru kepada Allah, walaupun ia sendiri bergelumang dengan keaiban, dan kekurangan terpampang didepan mata tanpa perlu diteropong.

      Apabila ia tersalah atau tergelincir melakukan maksiat ia tidak pandang berat, bahkan ada saja alasan yang direka untuk mengharuskan kelemahannya itu. Dengan itu ia dapat mengelak dari cercaan orang. Inilah sebesar-besar aib yang dilupai oleh kebanyakan manusia.

      Kecuali orang-orang yang "berjaga" dari kalangan sahabat, tabiin dan cucu cicit mereka yang tidak pernah lalai daripada keaiban yang besar ini.

      Ambil saja sebagai contoh Jaafar bin Muhamad bin Ali bin Husain memberi wasiat kepada cucunya Musa dengan katanya:

      "Sesiapa yang memandang remeh kepada kesilapan dirinya akan membesarkan kesilapan orang lain dan barangsiapa yang memendang remeh kesilapan orang lain akan memandang besar kesilapan dirinya" (sifat golongan pilihan:2/170).

      Ini tidak bermakna sama sekali kita menggalakkan supaya membiarkan kemungkaran orang yang melakukan maksiat, tetapi bermaksud supaya dalam kita melakukan nahi mungkar, kita tidak lupa pada keaiban diri sendiri, kerana ingkar kesalahan orang lain tidak akan berkesan selama tidak keluar dari seorang "kudwah" yang melaksanakan pada dirinya terlebih dahulu sebelum mengingkari kesalahan orang lain.



      Ku mulai dengan "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang"...

      Oleh :finn_a
      http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=276273
      myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid
      =============================================================

      "Modern in perspective of Islam, not modernizing Islam"

      --

      _______________________________________________
      Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com

    Your message has been successfully submitted and would be delivered to recipients shortly.